Habiskan membaca semua buku ini! Kalau tak habis juga, jangan berangan nak beli yang baru! Ehem, ni pesan kat sapa ni? Dah pandai beli tu, kenalah pandai juga manfaatkannya. Tak gitu cik puan? Terlalu banyak 'temptation' sebenarnya. Dalam dok sibuk dengan kertas periksa, sempat lagi habiskan 2 buah buku cerita. Kalau orang lain dah lama kena marah ni... tapi itulah yang sebenarnya... hehehe.
Yang ni hadiah dari ejen buku PTS sebab dia suka sangat 'entice' KakChik dengan buku-buku baru. Mungkin nak kita order untuk MariBaca lah tu... tapi tak mengapa, alhamdulillah KakChik terima sebab tak payah beli !!
Baru tadi habis membacanya. 'Speed reading' je, buku kecil setebal 300 m/surat ni baca tak sampai sehari. Kalau yang jenis macam ni memang cepat habis sebab cerita steriotaip, KakChik baca cara jalan pintas je.
Buku Fatimah Syarha ni belum mula membacanya sebab sangat tebal, nampak menarik tapi kena bagi masa yang lebih santai... lepas 'exam.
Yang ni, dah baca beberapa mukasurat, ingat nak habiskan terus tapi asyik kelek ke hulu ke hilir tak juga ingat nak sambung pembacaannya. Nak tahu? Buku ni penghuni tetap beg tangan KakChik.
Buku yang dibeli di Chowrasta, Penang. Sudah dibaca tapi belum habis sebab setiap bab ada latihan yang perlu dilakukan. Seronoklah buku ni.
Setakat ni KakChik buat rujukan dulu. Sentiasa di atas rak paling dekat, sebab bila ada memerlukan apa-apa sandaran hujah atau dalil KakChik cuba cari dalam ni nak tengok ayat atau hadis mana yang 2 Tok Guru ni guna.
Ini juga KakChik buat rujukan dulu. Dah dibaca beberapa bab tapi masih perlukan masa khas untuk menghayatinya.
Ingatkan tak 'best' rupanya sangatlah 'best' sampai bila rekomen kat kanak-kanak @ remaja di MariBaca, terus je diorang beli. Sekarang dah habis stok dah buku ni. Walaupun ditujukan khas untuk remaja, orang tua pun tak rugi membacanya. Intraktif sangat buku ni.
Membelinya setelah membaca sinopsis dari blog seorang teman, CarrieKirana, yang gemar membuat ulasan buku. Kisah persahabatan di alam persekolahan hingga ke dewasa. KakChik dah baca bab 1, tarikannya amat kuat tapi terpaksa KakChik redakan sebab 'exam' belum betul-betul tamat lagi. Sabar ya...
Yang ini, memang kena baca sebab kita orang berniaga semestinya tidak mahu terlibat dengan dosa riba ini. Harta riba, harta yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Semoga perniagaan dan kekayaan yang diperolehi terhindar daripada riba.
Harap-harap semuanya dapat habis baca sepanjang bulan 12 ni. Sebabnya dalam kepala dah ada impian baru ni. Nantikan yang ni tak habis baca, dah datang 'New Additions' lagi. Menggeleng tak hentilah Cik Abe nanti.
Salam Chik..
ReplyDeleteKak Tirana dan kena ban dari baca novel..hehehe..ada dua sebab:
1)kalau dah baca novel, buku ilmiah langsung tak sentuh
2)kalau dah start baca novel, tak boleh berhenti selagi tak sampai "the end". Dah tu mulalah dapur tak berasap dan kerja rumah semua terbengkalai..hehehe..
Wkslm Kak Tirana.
ReplyDeleteSebenarnya Chik pun setuju kalau ban dari membaca novel ni, kerana 2 sebab tu jugalah, tapi kini Chik dah pandai control, hehehe...
Tapi kena baca juga sebab Chik bisnesnya buku, sewa novel... kena baca dulu sebelum customer...
salam kakchik..
ReplyDeletebanyak nya buku..
rajin kakchik mbaca ya..
patut la entry dalam ni bernas2...hehee..rajin membaca..
wkslm azza.
ReplyDeletealhamdulillah kalau azza rasa bernas. kadang-kadang kakchik pun tak pasti apa yang kakchik tulis tu ada faedah ke tidak.
buku banyak tu untuk minda, yg baik boleh diamalkan dalam hidup sehari-hari. lagi baik dikongsikan, betul tak?
wah.. banyaknya buku. saya nak menghabiskan sebuah buku pun memakan masa yang sangat panjang. Sekarang ni dok kelek ke sana-sini buku Kemuncup Dalam Perjuangan -tulisan Tok Guru, tapi tak sudah-sudah baca juga.
ReplyDeleteAslkm.
ReplyDeleteChik,bila habis exam?
Nak minta cadangan dari Chik buku-buku cerita dlm bahasa Inggeris utk anak-anak (peringkat sekolah rendah).Anak-anak Kak Ummi ni memang hantu dengan huku-buku cerita&novel melayu.Dah beralmari kat rumah tu.Kak Ummi nak latih diaorang baca yg english version pulak tapi tak tau le buku camana yg bagus.
Kak Ummi cadangkan,Chik terus aja iklankan kat sini dan boleh order kat sini terus.Nanti Kak Ummi tinggal bank-in je.Tolong ya,Chik.He,he.Nak kerja mudah le ni.
suri,
ReplyDeletekelek saja tak baca pun takpe, kira ada niat nak baca tu. niat nak buat benda baik dah ada pahala kan?
baca sikit-sikit lama-lama habislah tapi kurang umph la..
Wkslm Kak Ummi.
ReplyDeleteAlhamdulillah exam dah habis sebentar tadi, kira dah merdeka untuk semester ni.
Pasal buku bahasa Inggeris utk kanak-kanak sek rendah ni sebenarnya ada di blog MariBaca's Blog sebab kalau boleh Chik tak nak blog ni bercampur dengan bisnes sangat. Tapi sebab Kak Ummi buat permintaan khusus, insya-Allah Chik akan cuba buat entri khas untuk buku-buku yang sesuai. Sabar ya.