Followers

15.12.08

Entah kenapa roti nasi jadi kegilaan

Aku bertanya diriku
"Aku ni kenapa hah?
Sejak dua menjak ni asyik nak buat roti je."
Bukannya aku nak makan sangat
tapi aku jadi 'happy' bila tengok ahli keluargaku
seronok makan roti tu.

Aku tahu Allah takdirkan aku
kenal hana dan cikmin
yang dok tayang roti nasi depa
yang buat aku terliur
jatuh cinta pandang pertama
masih sedang hangat bercinta.

Semua pakat dok kata,
"boleh buka bakeri dah ni..."
Betul ke?
Hmm... aku rasa angin aku ni mungkin tak lama
Itu rasa aku lah...
Rancangan Allah aku tak tahu...

Tapi... ada kemungkinan juga idea buka bakeri ni
Dulu aku pernah dok teringin nak buka kiosk jual pastries
berkenan tengok di alamanda ke... mid valley
entah, tak ingat
tapi pernah lah luangkan masa nak angan-angan benda tu
lamaaaaaa... dulu

Ada kemungkinankah, bakeri jadi kenyataan?

14 comments:

  1. insyaAllah kchik...mana tau kan? :) tuh dh ade loyang roti dh makin cantik n gebu roti kakchik.. tapi btul juga la kakchik, kadang tuh tgh kemaruk nak buat mende tuh, asyik tu jerk yg nk di hadapnyer.. bukan apa, sbb kita bangga dengan hasil kita kan? sonok gtu! heeeee.. kan kchik kan?

    pas ni kchik boleh pelbagaikan roti nasi ni ngan inti n sebagainyer.. try la.. ade skit variasi... hehehe.. eh btul ke ayat ni? heeeee....

    ReplyDelete
  2. Wow..roti lagi.. Chik, memang ada jual ke acuan untuk bakar roti tu? Kak Tirana selalu buat roti bun aje..tak payah acuan. Teringin jugak nak buat loaf bread..

    ReplyDelete
  3. saya setuju kakchik buka kedai bakery. tp biar maribaca stable dulu n betul2 kukuh, bleh la buka kedai lain.hehe

    ReplyDelete
  4. hana, makasih ya sebab hadir dalam hidup kakchik. dapat banyak inspirasi untuk memasak. tang buat roti ni betullah tu seronok bila orang lain suka makan. kita tak makan sangat.
    malam tadi tu ada 6 biji roti-cuppies dan 1 loaf kakchik taruk inti jem buah-buahan campuran. Budak-budak dan Ayah yang nak... diorang suka manis.

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana, hehehe... Chik ni dah kemaruk buat roti, tak makan tak pe, janji dapat buat roti. Acuan tu Chik beli kat kedai, RM10.50 satu bujur telur, ada juga yang btk segi4 tepat.

    ReplyDelete
  6. salam kakchik..

    cantiknya roti tu.. bila blh rasa tu??? nanti blh lah kalau sarah nak tempah ya...
    keep up a good work...

    ReplyDelete
  7. azizi, trm kasih. buka bakeri ni belum masuk dlm perancangan 5 tahun ni... kalau jadi, insya-Allah lepas cawangan MariBaca OK dulu.

    ReplyDelete
  8. Wkslm sarah @ mamahusna. Hari ni datanglah ke rumah, boleh la rasa roti tu... iiii nak tempah ngan kakchik ke, belum expert lagi ni... tapi kalau dah expert, tempahan boleh dipertimbangkan... hehehe.

    ReplyDelete
  9. sukanya roti...apa kata kakchik cerita ttg resepi membuat roti di dalam blog. menarik juga!.

    saya juga ada teringin nak bukak bisnes suatu hari nanti. tengokla, bila dah bukak hati nak pencen..

    menarik juga buat bisnes bakery ni. lagipun kalau tak cukup modal, boleh buat kat rumah dulu...

    ReplyDelete
  10. ustazah, nak cite ke? sebenarnya resepinya tu kakchik ambik dari cikmin, cikmin ambik kat hana dan kakchik tak tau pulak hana ambik dr sapa hehehe...
    ooo ustazah pun ada minat bisnes juga ya? bagus tu... berniaga sunnah Nabi S.A.W yang elok kita tiru kan. Tapi takkan bila dah pencen kot. Skrg dah blh mula dari rumah, kalau masa ada la kan?

    ReplyDelete
  11. amboi kakchik...makin menjadi ni loaf roti tu..ni yg wat cikmin x sabar2 nak wat lagi ni..dak hana amik dari ros kt myresepi tu kakchik..rajin2 la pi myresepi.com..mcm2 ada...

    ReplyDelete
  12. cikmin, kakchik selalu gak gi myresepi tapi tak le semangat macam sekarang ni, sejak kenal hangpa lah... hehehe

    ReplyDelete
  13. Chik,kat mana nak dapat resepi roti nasi ni?Selalu Chik duk tayang-tayang,terliur pulak Kak Ummi!Hihi..

    ReplyDelete
  14. Kak Ummi, resepi tu asalnya dari myResepi tapi chik pun ambik dari kawan2 yang di Foodies Blogs tu. Kalau Kak Ummi nak resepinya, boleh ke sini: http://keluargakusayang.blogspot.com/2008/12/seharian-buka-kedai-roti.html

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails