aA + bB
oleh Hlovate
Inilah novel yang paling banyak mempunyai persamaan dengan kenangan lampau kakchik terutama zaman belajar di sekolah menengah. Cara penulisan dan penceritaan yang menggunakan bahasa basah dan santai (seperti yang tercatat di kulit belakang) memanglah menyeronokkan untuk dibaca (sampai pukul 3 pagi pun belum mengantuk, penangan aA + bB).
Dua insan yang menjadi musuh ketat di zaman sekolah, seorang head girl dan seorang lagi ex-taiko bertemu lagi di bumi Holland. Seorang kenal, seorang lagi tidak mengecam. Bermusuh kerana pernah dimalukan di khalayak ramai di sebuah shopping mall. Kebencian tahap 'petala ke lapan' mengikut kata Addin @ Didi, watak utama, terhadap Aie @ Benz Alif kerana lelaki itu pernah membuatkan jiwa dan dirinya hampir gagal dalam SPM.
Kisah mereka kembali bertaut apabila kedua ibu bapa yang bersahabat baik (hero dan heroin tak tahu) ingin menyatukan mereka setelah masing-masing pulang ke Malaysia. Seorang doktor dan seorang jurutera akhirnya bersatu sebagai suami isteri kerana permintaan seorang abang yang sedang parah kemalangan, yang juga saudara kembar heroin kita dan kawan karib hero.
Marriage of convenience itulah yang berlaku. Sebumbung tapi berasingan. Boleh menang anugerah pelakon terbaik di hadapan kaum keluarga.
Rahsia... semakin menjauhkan antara keduanya namun akhirnya rahsia itu juga telah menyatukan dua hati yang keras seperti diamond dan ferum. Dua-dua egomaniacs mengikut pandangan rakan-rakan terdekat. Sinar bahagia akhirnya datang juga... tapi... cuma sebentar. Ujian datang menjadikan salah seorang darinya fail emotionally, wallow in self pity. Cinta yang baru mekar, musibah pula yang menjelma.
Dalam kehilangan, perasaan yang menipu diri sendiri, hidayah Allah datang melalui satu siaran radio. Kebahagiaan janganlah engkau sirna. Lapan tahun penantian Benz, biarlah bulan yang jatuh ini akan terus memancar selepas ini. Menatang cinta bersama ego tahap maksima. Menipu diri dengan segala penafian. Hati kata mahu, lidah kata benci. Moga bahagia juga akhirnya.
Menangis di hujung-hujung. Banyak persamaan tentang ujian itu. Cinta... hadirnya setelah terlerai segala persoalan. Allah, sandaran yang tidak pernah melupakan hamba-Nya yang rajin meminta, tidak malu untuk berubah. Ternyata... hidup ini begitu indah bila diri kembali dekat kepada-Nya.
Bacalah! Tentu tidak menyesal.

ada kena mengena dengan diri ke azizi? hehehe...
ReplyDeletebacalah buku ni, mmg 4 bintang ni.
Wahh, kakchik ni peminat tegar novel ya. Sejak tingkatan 4 tu kumpul novel. Ada buat novel sendiri tak?hehe. Boleh saya bagi 10 bintang.
ReplyDeleteIbnurashidi,
ReplyDeletenak kata peminat tegar novel tu tak boleh kot sebab novel kakchik hanya sekitar 500 buah tapi buku kategori lain ada dalam 2 ribu buah.
tapi tiap-tiap bulan kena baca juga sebab koleksi novel untuk disewa perlu ditambah barulah pelanggan terus setia.
kakchik sedang menulis tapi bukan novel sebab tak pandai tulis novel. kalau nak bagi 10 bintang tu agaknya tak padan. hehehe.