Followers

15.12.08

Memasak Itu Mudah

Assalamualaikum semua. Hari ni badan terlalu letih dan kerja nak siapkan 'slide presentation' baru je selesai. Kat luar tu sedang hujan lebat. Dalam ofis ni KakChik padamkan pendingin sebab dah ketar kesejukan. Tapi mata pulak dah naik mengantuk jadi nak kena cepat gi ambik wudhuk untuk solat Zohor, sebelum tu, layan entri yang ni dulu ya.


MEMASAK ITU MUDAH - Salah sebuah buku yang baru sampai petang semalam dari PTS. Buku ni ditujukan untuk remaja tapi KakChik rasa sesiapa yang memang tak pandai masak atau hanya pandai masak yang 'basic' je, memang patut ada buku ini. Harganya cuma RM15.90 je. Kat dalamnya dibahagi kepada 7 bahagian.
  1. MOTIVASI DIRI - makan adalah keperluan, kita pun boleh jadi chef, masak sendiri makanan lebih terjamin kualitinya, orang perempuan elok pandai masak, memasak pun satu ibadah, orang tersayang lebih senang dipikat dengan masakan, jimat belanja, bosan makan masakan kedai, jamu orang satu kepuasan.
  2. RINTANGAN MEMASAK - tak pandai, takde masa, senang beli makanan segera @ siap, penat balik kerja, ibu yang selalu masak, dah kahwin baru nak belajar masak, dah ada pembantu rumah, rasa macam memasak cam takde 'class', siapa masak sama saja rasanya.
  3. REBUTLAH PELUANG! - nak masak rancang menunya, ke pasar sendiri @ bersama ibu, tolong-tolong di dapur, rajin kemas dapur, tawar diri untuk masak, rajin bertanya & mencuba, cipta resepi baru - kreatiflah sikit, buat buku masakan sendiri, bila nak hidangkan makanan.
  4. TIP MEMASAK - merancang, apa itu makanan sihat, ke pasar, urus dapur & simpan stok, penyediaan makanan, memasak, cara memasak yang diberkati Allah, kebersihan & keselamatan, menghidang makanan.
  5. RESEPI MUDAH - resepi nak 'survive', sarapan pagi mudah, makan tengah hari cepat, minum petang, makan malam sedap, sos & pencicah, makanan berkelah @ rekreasi, perayaan & jamuan, biskut-kek-roti.
  6. PETUA MASAKAN - beberapa petua masakan.
  7. DOA PILIHAN - doa-doa untuk orang di dapur.
Sedutan dalam buku:
"Walau apa pun dan walau betapa penat pun badan kita, ia hilang seandainya kita ikhlas melakukannya. Tambahan pula kepenatan kita hilang sebaik sahaja kita melihat ahli keluarga kita berselera makan masakan kita, percayalah."
~ Rintangan 4

"Apabila kita ada kemahiran memasak setidak-tidaknya 'saham' kita naik, apabila sudah berumah tangga nanti, suami lebih sayang kepada kita dan anak-anak kelak lebih bahagia kerana dapat makan masakan ibu. Itulah aset seorang wanita."
~ Rintangan 6
Sketsa:

Di dapur rumah Anis.
Anis: "Mak, hari ni saya ingin masak mi bandung."
Emak: "Bagusnya anak Mak ni. Anis dah beli bahan-bahannya?"
Anis: "Anis nampak ada mi kuning semalam. Bahan-bahan lain nanti Anis cari dalam peti sejuk. Mak rehat saja hari ni. Tanggung beres!"

Satu jam kemudian.

Anis: "Mak marilah makan, makanan dah siap."
Emak: "Eh, ni mi segera! Mana mi bandung yang Anis buat tadi?"
Anis: "Maaflah Mak, Anis tak jadi buat mi bandung... bahan-bahan tak cukup. Lain kali saja ya Mak!"
Emak: "Tak mengapa, cuma lain kali kena ingat. Apa-apa kerja pun kita perlu rancang dulu!"

~ dari Tip 1.
Bagaimana? Menarik tak buku ni?

6 comments:

  1. wah cam best je buku tu..smlm nk singgah kedai buku..tp aiman plak tak mahu..duk tunjuk kat mainan yg tabung tu..

    ReplyDelete
  2. betul best yan...
    aiman tu yan kena belikan buku siri Aiman pulak. Semalam ada buku Garaj Aiman pasal budak kecik buka garaj kecik buat jual buku lama dia.

    ReplyDelete
  3. a^a, betul maklang. saya yg bukan anak dara pun dok baca ni

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan. Maaf saya baharu ternampak blog Kakcik malam ini. Terima kasih atas komen yang ikhlas itu. Alhamdulillah rata-rata pembaca memberikan komen yang positif tentang buku itu. Baru-baru ini seorang menegur saya di masjid dan mengatakan yang anaknya yang akan berkahwin tidak lama lagi membeli buku itu sebagai persediaan menempuh alam perkahwinan.Kemudian si ibu pula yang membaca buku itu. Alhamdulilah. Rohayati Bakri

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan bersambut.
    Tidak apa-apa ummuaizat.Sama-sama. Apa yang baik akan lebih banyak manfaatnya bila kita berkongsi, itulah yang kakchik cuba lakukan.
    Huhu, tahniah! Itu tandanya buku itu telah pun mempengaruhi sebahagian ahli masyarakat. Lagipun buku ummuaizat tu sangat mudah dibaca dan diikuti.
    Kakchik ucapkan terima kasih sebab telah berusaha menulis sebuah buku yang bagus untuk anak-anak gadis atau orang yang tak pandai memasak.
    Jemput datang lagi ya ummuaizat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs