Malam tadi riuh satu rumah bila adik bongsu bawa keluarkan belut peliharaannya. La.... dia bawa balik belut tu ke rumah dari KL ??? Katanya belut tu dibeli semasa kecil kat pasar dekat rumah dia . Katanya dia mimpi 7 hari berturut-turut ada orang alim suruh beli belut tu. Semasa dibeli hanya tinggal 2 ekor saja belut kat pasar tu. Seekor dah digulainya dan yang ini dia rancang nak buat minyak lintah. Entah bagaimana caranya kakchik pun tak tahu tapi adik bongsu ni dia pandai mengubat orang.
Inilah belutnya selepas beberapa bulan. Masa mula-mula beli dia tak nampak pun tulisan kat atas kepala belut tu. Tapi bila dah makin besar makin nyata ayatnya. Cuba tengok...
Nampak tak perkataan Bismillahirrahmanirrahim kat atas tu?. Gambar ni kakchik yang ambik malam tadi. Kata adik bongsu, belut ni ada nama, Puteri Siti Aisyah dan ada khadam (jin Islam) sendiri. Setakat ni air dalam baldi ni mujarab juga sebagai ubat asalkan orang yang nak berubat tidak berniat jahat.
Nak percaya ke tak nak ya? Tapi memang kami satu keluarga tengok belut ni. Dia ada teman yang lebih kecil tu. Kata adik sebelum ni dah beberapa ekor belut lain dibunuhnya tapi baru kali ni serasi. Hmmm... belut pun ada pilihan hati jugak ke?
Sebenarnya kejadian makhluk ini walaupun apa spesis sekalipun ada ciptaan Yang Maha Kuasa. Hakikatnya kita tidak mampu untuk mentafsir di sebalik segala kejadian ini. Tapi kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran darinya. Sama-samalah kita menginsafi diri melihat kejadian ini. Wallahu'alam.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Allah Maha Berkuasa.. DIA yang menjadikan semua makhluk di alam ini. Walaupun nampak pelik tapi itulah kekuasaan Allah..Kena yakin..
ReplyDeleteInsya-Allah chik percaya ini kenyataan bukan buatan. Belut ini mungkin berharga sekali untuk menginsafkan kita.
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeletebetul ke apa yg kittun tengok ni..?
kat mana belut tu sekarang ni k.cik? Rasa nak gi tengoklah.
Insya-Allah betul KiTTuN. Belut ni ada kat rumah KakChik sekarang ni tapi esok Adik Bongsu akan bertolak ke Sg. Petani. Jemputlah datang ke rumah di Pulau Melaka ni, depan Petronas.
ReplyDeleteallahhuakbar..mmg benar2 menakjubkan..kuasa tuhan kan..kita kena percaya..
ReplyDeletebetul tu yan.
ReplyDelete