EGO BETUL
-----------------
Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju je Johor Bharu melalui lebuhraya. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Setelah berehat agak lama, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,
Isteri: "Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!"
Suami: "Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la. Cermin mata tu pun awak tak boleh nak jaga. Nak pusing balik lagi, kena bayar tol lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni."
Si suami terus membebel sepanjang jalan manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamanapun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai di tempat tadi si isteri turun tergesa-gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tiba-tiba si suami memanggilnya semula.
Suami: "Nak pergi mana?"
Isteri: "Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!"
Suami: "Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!"
Isteri: *&^%^(##$!!!
================================================
KakChik :- Moralnya jangan cepat nak mengata orang, cek diri sendiri dulu.... kisah sebegini pernah berlaku dalam keluarga kami. Memanglah kelakar bila orang tua merajuk setelah dua-dua buat silap tapi saling tak nak mengaku... hehehe
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Hahaha...!
ReplyDeleteLawak tul.. dah sama2 tua biasalah tu.
gelak le puas-puas... hilang sikit tekanan kan?
ReplyDeletehi hi...kelakarnya...harap2 kak tie dan hubby tak jadi gitu lak...kerana dua2 pakai spek laa...
ReplyDeletehahhaha... sakit perut anis baca kisah ni.. hampess laa hb die tu...
ReplyDeletekak tie & anis,
ReplyDeletesekali-sekala hidup kita kena ada humor barulah seronok kan?