Followers

10.2.11

Alangkah bagus kalau pandai cakap Mandarin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dapat juga kemaskini blog selepas sehari menghilangkan diri. Bukan ke mana-mana pun tapi kerja yang banyak menyebabkan kakchik tak dapat nak mencurahkan idea di ruangan blog ni. Macam-macam nak kena buat termasuklah usaha nak tambah pendapatan bagi memastikan kakchik mampu membayar hutang yang masih berbaki. Hidup dengan berhutang dengan orang ni memang sentiasa beringat-ingat. Hutang wajib dibayar.

Pamplet DiGi Internet.
Sejak kontrak broadband dengan Celcom tamat bulan Jan lepas, kakchik agak sukar untuk online di waktu pejabat. Kalau ke MariBaca memang tak dapat online langsung. Itulah penyebab kakchik agak lembab dalam mengemaskini status dan blog di siang hari. Malam pula banyak urusan rumahtangga, suami nak kena layan makan, minum dan pakainya jadi masa untuk duduk depan komputer jadi terhad.

Jadi petang tadi semasa menanti cik abe habis kerja, kakchik singgah sebentar di DiGi. Haha, kelakar sungguh rasanya bila kakchik melangkah masuk je ke dalam pejabat DiGi, salah seorang dari kakitangannya yang berbangsa Cina terus kata, "Ni hau ma?". Kakchik jawablah, "wo hau..." sebab yang ni senang, kakchik tahu maknanya. Habis je orang tu terus cakap Cina dengan kakchik. "Alamak! Mana kakchik pandai." Huhu.

Disangka Cina oleh orang Cina.
Terus kakchik bagitau dia dalam Bahasa Inggeris yang kakchik tak pandai cakap Cina. Silap pulak gi cakap dalam Bahasa Inggeris, patut terus je cakap dalam dialek Kelantan, tentu dia faham. Dalam Bahasa Inggeris yang lintang-pukang, dia tanya kakchik, "Dah lama ke Muslim?". Lagilah terasa kelakarnya. Dia ingatkan kakchik ni Mualaf. Tentu dia tengok mata kakchik yang sepet ni sebab bila pakai purdah, mata aje yang dia boleh nampak.

Panjang pulaklah nak kena terangkan yang kakchik ni Melayu dan Islam asal lagi. Tapi kan, kakchik terfikir lama selepas peristiwa petang tadi. Walaupun agak kelakar tapi kakchik dapat satu pengajaran, alangkah bagusnya kalau kakchik mampu berbahasa Cina. Banyak kelebihannya bila kita hidup bermasyarakat majmuk ni. Kaum Cina akan rasa lebih dekat dengan kita kerana tiada batas bahasa. Iyalah, Bahasa Melayu itu mestilah nombor satu tapi ada ramai orang Cina yang tak fasih. Tentu sangat baik bila kita pandai bahasa mereka. 

Nak berdakwah pun insyaallah lebih senang. Tak perlu menggunakan jurubahasa dan selalunya dari pengalaman kakchik, bangsa Cina dan India sangat respek kakchik bila boleh berbahasa Inggeris dengan mereka. Sudah tentu jika kakchik boleh menggunakan bahasa mereka, banyak aspek jurang antara kami akan dikurangkan. Sesungguhnya sangat beruntung sesiapa saja yang mampu berbahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa kedua atau bahasa ketiga.

Dalam perniagaan pun ada banyak juga kebaikannya bila boleh berbahasa Cina terutama Mandarin, Hokkien dan Kantonis. Bagi kakchik yang berniaga ni, terasa ingin benar nak belajar. Tapi tiap kali melihat huruf-huruf dalam tulisan Mandarin, hajat terus terbantut. Bila ingat orang lain dah ramai yang belajar dan boleh berkomunikasi dalam bahasa itu, semangat datang balik.

Kat KB tu memang merata-rata ada iklan Kelas Mandarin tapi dua kali cuba telefon dan tiada jawapan, niat terus terbantut. Memang jeles sungguh kat kawan-kawan yang pandai cakap Cina ni. Kawan pandai cakap Tamil pun kakchik cemburu, bertuahnya mereka. Nampaknya kakchik kena betul-betul ambil tindakan ni agar kakchik juga boleh pandai macam mereka. Selagi rajin berusaha tentu ada hasilnya. 

Ada sesiapa yang nak ikut kakchik belajar Mandarin tak?

20 comments:

  1. nk ikut la kakcik...hehe...sy ade blaja mandarin kt ipta dlu...tp mcm ingt2 lupa dh skang

    ReplyDelete
  2. salam ieyda! :) ade kat sini juga kamu hihihik.

    kakchik, saye pun jelez kalau orang boleh terel bahasa lain selain dari malay n english. lagi2 macam saudari Muna dari IKIM.fm tu.. berhabuk cakap arab. fuwww...

    mungkin, ada video kat youtube kot? tapi leen tak search lagi. apa pun mmg best kalau terel third language ni. Bonus!

    ReplyDelete
  3. petua die kak, kene selalu bergaul dgn orang cina. kalau setakat blaja je memang susah nak cakap apatah lagi nak fasih. mana-mana bahasa pun macam tu. kena bergaul dengan orang yang cakap bahasa tu barulah senang nak cakap. buktinya, kita belajar bahasa inggeris dari darjah satu sampai abes sekolah. tapi cuba tanya, siapa yang tamat tingkatan 5 yang fasih berbahasa inggeris? tidak banyak bukan?

    saya boleh berbahasa mandarin sedikit sebanyak. saya boleh bantu yang mana mampu...

    ReplyDelete
  4. ermm..bagus lah kalau kita ada kemahuan nak belajar bahasa ketiga ni kan.....untuk menambahkan pengetahuan dan kenalan dikalangan bangsa lain...

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum wrt.wbt kak chik, ni hau ma??
    saya stuju dan sokong 150% tentang keperluan menguasai banyak bahasa.

    saya memang dah lama mengidam nak ambil kursus bhs mandarin, tapi belum juga kesampaian.

    terdekat, sudah plan dgn en.suami, mahu ke Syiria, menajamkan penguasaan bhs arab!sebab sudah berkarat!tapi ada angin2 di timur tengah ni mcm kene pikirkan semula. InsyaAllah, tiada aral, kami akan sampai juga...

    utk kakchik dan semua, jom sama2 kita blaja bhs dan berbahasa:)

    ReplyDelete
  6. saya ada belajar mandarin kat UiTM dulu...ingat sikit2 je perkataan n ayat mandarin...sbb tak apply, lupa dah...

    http://cerpenuntukmusayang.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. salam..
    dulu kat uitm mmg wajib amik 3rd language..so pilih mandarin lah..bila pergi pasar..boleh la kautim sket2 ngan tauke mintak murah..hehe..tapi mmg best belajar mandarin..unik!

    ReplyDelete
  8. leyda: jom, kita sama-sama masuk kelas mandarin. leyda dok kat mana? kalau dok kb boleh kita berpakat. bahasa ni kalau tak praktis memang cepat lupa.

    ReplyDelete
  9. Leen: Pn.Muna tu dia memang lahir di Mesir dan ibunya orang Mesir jadi dia memang mahir bahasa Arab dan guna setiap hari pulak tu. Sedap je dengar lidahnya fasih. Memang jeles la kan? Ada banyak video kat YT tapi tak ambil kesempatan mencarinya. Jom Leen, kita belajar bahasa ke-3.

    ReplyDelete
  10. super-1 JR: nak selalu bergaul tu susah sikitlah sb di Kelantan ni 90% orang melayu. kalau dok penang atau ipoh mgkn lebih senang. bahasa inggeris ni w/pun tak ramai org kelate yang guna tp sebab media banyak dan kakchik pun setiap hari baca akhbar inggeris jadi takde masalah sangat. super-1 JR bantulah kakchik ya.

    ReplyDelete
  11. shiori: itulah... kakchik ni paling nak guna untuk kerja dakwah selebihnya macam yang shiori katalah, tambah kawan dan pengetahuan.

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam leen..mmg ade kt sini..baca blog kak cik...hehe

    kakcik: ieyda kt jerteh la...nk sgt pndai 3rd language...skang duk belek2 buku time kt uitm dlu..huhu...tp xde org nk ckp2...susah jgk...kang ckp sorg2 smua org xpaham..heeee

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam rose.
    Wa hau. Terima kasih sebab rose pun sokong. Sebaiknya begitulah rose. Macam dah jadi keperluan dah untuk kita menguasai bahasa ke-3 ni. Kakchik pun nak juga lanjutkan pengajian dalam bahasa Arab komunikasi. Yang belajar masa sekolah dulu dr ting 1 - 3 tu tak praktis jadilah hilang. Sayang sungguh. Semoga hasrat rose nak ke Syria untuk belajar bhs arab tu tercapai.

    ReplyDelete
  14. Aisya Humaira: Sayang tu kalau dibiarkan hilang. Kakchik cadangkan Aisya baca novel, majalah atau suratkhabar Mandarin. Insyaallah boleh recover balik.

    ReplyDelete
  15. wkslm mazura. syoklah kalau macam tu. kira dapat cakap dengan penjual cina di pasar pun oklah tu. kalau selalu sembang dgn mereka tentu makin meningkat penguasaannya.

    ReplyDelete
  16. Ieyda: Nampak cam dekat je tu Jerteh - KB, jomlah turun KB Ieyda, kita belajar mandarin sama2.

    ReplyDelete
  17. Tak rugi kalau kita mengetahui lebih banyak bahasa dalam hidup kita. Bangsa lain akan lebih respect dan tak mudah utk mereka kelentong kita lg!

    ReplyDelete
  18. kakchik, kat mane ade kelas mandarin kt KB tu ye?

    ReplyDelete
  19. Ieyda, kakchik pun tak pasti lagi. Kata guru yang mengiklankan nombor tel tu, dia mengajar rumah ke rumah. Kakchik kurang selesa kalau buat di rumah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs