Followers

21.2.11

Macaron Manis Istimewa Untuk Ulang Tahun

Assalamualaikum warahatullah wabarakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar? Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah SWT dari godaan nafsu dan Syaitan di mana saja berada. Alhamdulillah, hari ni kakchik sihat-sihat saja begitu juga dengan cik abe. Sekarang ni kakchik sedang bertugas di Kaunter Zahra' dan sementara pengunjung tidak ramai ni, kakchik mahu mengemaskini blog ini sebentar. 

Macaron. Sumber: Iris Lam

Pagi ni kakchik nak buat review khas untuk kawan baik kakchik yang kini telah bergelar usahawan MACARON. Kalian tahu tak apa itu macaron? Sejak dua menjak ni macaron telah menjadi satu ledakan trend baru dalam industri makanan pencuci mulut di negara kita. Sebelum ini orang hanya bercerita tentang macaron di dalam blog dan facebook, tapi beberapa minggu lepas, suratkhabar juga sudah mula menyediakan rencana khusus tentang macaron.

Nak tahu apa itu macaron, boleh baca apa yang cikmin tulis ni:

Apa itu Macaron?
Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan egg white. 2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.
Apa rasa Macaron ni?
Crispy kat luar chewy kat dalam tu..bila kita gigit rasa crispy lepas tu kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling..ada macam variety filling…fuhhh sedap you!

Kalau nak baca rencana tu boleh klik di link The Star Online di bawah ni.
Macarons take the cake.

Beberapa bulan lepas kakchik membaca pasal macaron buat pertama kalinya di dalam blog kawan kakchik iaitu cikmin.com . Kalau tak silap kakchik, cikmin bercerita tentang betapa dia sangat mengidam nak makan macaron hingga sanggup membelinya dari Laduree, Perancis. Oleh kerana passionate sekali cikmin dengan macaron, dia ambil kelas belajar membuat macaron dan kini cikmin telah berjaya menjadi usahawan macaron. Tahniah cikmin!

Sticker rasmi CM Macarons

Sempena hari ulang tahun perkahwinan kakchik yang ke-9, kakchik telah memesan macaron daripada cikmin. Siapa yang tak terliur bila selalu sangat dok lihat gambar macaron yang comel berwarna-warni. Walaupun kakchik tak berapa suka makanan manis (sebab tu tak minat sangat kuih-muih Kelantan), kakchik nak cuba juga macaron tu dan dengan siapa lagi kakchik nak beli kalau bukan dengan cikmin kan?

Ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada hari Selasa tapi kerana kakchik lewat buat tempahan, Macaron sampai pada hari Khamis secara by-hand melalui kurier Gdex. Alhamdulillah... gembira sangat hati ni sebab boleh makan macaron yang dibuat oleh cikmin dan berkongsi dengan cik abe makanan yang susah nak dapat ni.

Macaron banyak yang rosak mungkin kesan lambungan semasa kurier.

Melihat kepada ketelitian cikmin membungkus macaron kakchik ingatkan kandungan di dalam bungkusan tidak mengalami apa-apa masalah. Sayangnya pihak kurier yang sepatutnya memberikan lebih perhatian kepada penghantaran by-hand ini telah cuai dan banyak macaron yang telah rosak. Insyaallah cikmin sudah dimaklumkan dan mungkin dia akan ambil tindakan segera untuk penghantaran lain selepas ini.

Oleh kerana dah rosak, kakchik tanpa membuang masa telah memakan 2 biji macaron tanpa sempat menunggu cik abe balik dari kerja, hehe. Mmm... yummy! Sedap sangat rasanya. Rupa dah tak cantik tak mengapalah asalkan masih edible dan sedap dimakan.

Warna yang sangat cantik, menarik pandangan dan selera makan.
Kakchik bayangkan jika macaron ni tidak rosak tentu sangat cantik dipandang kerana bentuknya yang bulat, comel dan warnanya pula sangatlah terang berwarna-warni. Anak-anak saudara kakchik cukup suka bila kakchik hadiahkan sebiji seorang mencuba macaron ni. Kiranya mereka tak pandang pun dengan bentuk yang dah tak rata asalkan sedap dimakan haha.

Dari 5 jenis macaron yang cikmin hantar ni, kakchik paling suka yang warna coklat tu. Memang sedap sangat hinggakan kakchik cukup sayang nak makan semuanya. Sampai hari ni masih ada kakchik simpan dalam peti ais. Baru makan 2 biji hehe. Cik abe makan yang warna biru sebiji je. Dia memang sangat-sangat kurang makan makanan manis, jadi tak hairanlah kalau dia taknak tambah.

Kakchik paling suka yang coklat ni. Yummylicious!

Apa yang pasti, kakchik tak akan makan habis dengan cepat macaron ni. Sebiji sehari je. Kena jimat cermatlah sebab susah nak dapat, jauh datangnya dan berharga pulak tu. Kalau senang nak beli macam kuih akok tu lainlah kan. Jadi... kesimpulannya macaron yang cikmin buat ni rasanya sangat sedap. Cuma cikmin kena kemaskini cara penghantaran agar macaron tak jadi macam yang kakchik ni. Insyaallah kakchik yakin cikmin sudahpun mempunyai caranya untuk mengatasi masalah ni.

Rasanya sedikit masa lagi macaron juga akan mula menjadi tarikan para pengusaha makanan di sini. Mungkin sudah ada yang menjualnya di KB ni tapi kakchik je yang tidak tahu. Apa yang pasti, di sini belum begitu meluas pasaran macaron. Kakchik percaya bisnes cikmin ini boleh berkembang maju kerana macaron yang cikmin hasilkan ni sangat cantik dan sedap.

Kek cawan pun mungkin akan mendapat saingan yang hebat daripada macaron tak lama lagi. Setuju? Kalau promosi melalui media makin hebat percayalah, ia akan menjadi satu kenyataan. Untuk cikmin, semoga bisnes CM Macarons berkembang maju dan berkekalan. Tahniah! Kawan-kawan, cubalah makan macaron buatan cikmin, rasa sekali pasti nak lagi.

CM Macarons - fighting!

21 comments:

  1. Nak gak macaron ni....errr...sedapnye cikmin kita wat....:) yang blue colour tu, rase ape yer kak?

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik..

    sedih jugak bila lihat keadaan macarons tu..sebab 1st delivery sebelum ni semua cantik tersusun..keciwa sangat2 apa yang berlaku..cikmin sedang cuba nak selesaikan masalah ini dengan pihak kurier..menjadi masalah cikmin tak boleh nak claim jika ada kerosakan pada barang makan..sebab itu dah perjanjian antara cikmin dah pihak kurier..sedang berfikir mencuba kurier yang lain selepas ini.
    Cikmin ada sms susulan kepada kakchik ari tu..yang itu antara cikmin dan chik je.. :) Terima kasih atas review macaron yang istimewa..

    p/s ada seseorang dari kelantan jugak mengoder macaron ni..kittun..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. wah kakchik pun dah merasa air tangan cikmin ye? ohh..kakchik suka yg warna coklat tu, umi suka yang ada filling peanut butter. Anak2 kat rumah ni kurang gemar, jadi umi dapat makan semua haha..

    ReplyDelete
  4. tengok pon dh taw mesti sedapp :)

    ReplyDelete
  5. wahhh erin blom lg berjodoh ngan macaroons ni..
    nak kner coba ni

    ReplyDelete
  6. hmm...sabo jelah dgn kurier ni ...ari tu cikmin hantar lawa je macaron nye tak pecah pon..mesti ada individu yang tak bertanggungjawab mishandle parcel macaron ni..

    tapi memang sedap!tak rugi mencuba!sy pun nak masuk second order ni hehehe tunggu turn!

    ReplyDelete
  7. waaaaah kak chik dah merasa ye...sy pula tak sabar menunggu hehehe...
    cantik dipandang dan ramai ckp sedap...teruja nak merasa...

    ReplyDelete
  8. salam
    macaron...yg tengah popular sekarang...mcm cupcakes dulu jugak la kan...skrg cupcakes dah dianggap biasa..

    ReplyDelete
  9. assalamu 'alaikum kak,

    selamat ulangtahun perkahwinan tuk kak chik and cik abe...

    moga sentiasa diberkati and dirahmati allah selalu di dalam mawaddah wa rahmah...

    baru teringat, kak chik dinikahkan pd maulidurrasul... kan saya dpt jawap soalan tu dulu, hehehe...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kakchik... Sedapnya melihat macaron tu walaupun rupanya dah agak hancur. Kena cubalah lepas ni..
    Suka melihat rakan2 blogger berjaya dalam bisnes.

    ReplyDelete
  11. Ayu: Kakchik syorkan Ayu order dengan cikmin. Tapi tak tahulah cikmin buat ke tak penghantaran ke luar negara. Kena special delivery tu. Yang biru tu sedap tp kakchik pulak tak tahu apa nama rasanya.

    ReplyDelete
  12. Wkslm Cikmin.
    Ha'ah chik pun dah baca entri kawan-kawan yang dah lebih dahulu order macaron cikmin. Sebab tu chik pun order juga. Tak sangka pula jadi macam ni. Takpelah cikmin, dugaan yang berlaku ni jadikan panduan untuk masa depan. Chik percaya cikmin bukan sengaja dan bukan salah cikmin pun.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam umi.
    Alhamdulillah kak, dapat juga merasa air tangan cikmin. Sedap umi. Memang suka sgt yang coklat tu tapi yg lain2 pun suka. Kakchik makan sorang je baki yang ada ni sb cik abe tak suka sangat makan manis. Tapi no prob sb kakchik suka.

    ReplyDelete
  14. Tihara, kena cuba juga tau. Barulah dapat rasa kesedapannya.

    ReplyDelete
  15. erin, cepat-cepat order dgn cikmin tu. cepat order cepat dapat, cepatlah dapat makan. yum yum.

    ReplyDelete
  16. catlina, tu lah... kakchik ada baca review catlina, takde pulak jadi macam yg kakchik punya ni. kakchik pun rasa kes mishandling jugak ni. rasanya cikmin pun dah lapor kot kpd kurier tu. harap2 diorang beringat lepas ni kalau taknaka hilang pelanggan.

    ReplyDelete
  17. suzi: dah sampai ke macaron yg suzi order? kakchik rasa tentu dah sampai sebab kakchik dah lewat benar membalas komen suzi ni. sedap kan?

    ReplyDelete
  18. wkslm kak kam. betul kak. sekarang ni memang orang cerita pasal macaron je. dalam blog, dalam fb semua pakat tayang gambar macaron. ledakan macaron hinggakan bergoncang bisnes kek cawan hehe.

    ReplyDelete
  19. wa'alaikummussalam areef. Terima kasih banyak. Ha'ah, ingat lagi dia ya. Actually masa kakchik tulis entri yang ini, anniv kakchik dah lepas beberapa hari :)

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikummussalam Nur. Memang sedap Nur. tak rugi kakchik order dari cikmin. Tang rupa tu, nasib ler hehe. Insyaallah next time kakchik order dah tak jadi macam ni dah. Kakchik pun suka juga Nur.

    ReplyDelete
  21. laaaaa,macaron tak lawa dah lepas sampai kat tangan....pihak kurier sepatutnya berhati2 kan..huhu

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs