Assalamualaikum semua. Sekarang ni KakChik di MariBaca. Pagi-pagi ni pelanggan tak ramai mana. Baru sekejap ada pelanggan datang beli aksesori kanak-kanak. Bawa dua orang anak, sorang baby sorang kakak tingkatan 1. Si ibu asyik tawarkan anaknya yang kakak buku cerita tapi si anak pulak tak mau sebab dia nak buku cerita HANTU. Hehehe, kat kedai KakChik ni hanya ada 1 je buku cerita pasal hantu, Siri Adam Kecil: Dicakar Hantu. Al maaf la ye dik, kami tak jual buku cerita hantu-hantu ni.
Hmm... selalunya hari ni KakChik dah keluar selesaikan urusan menghantar pesanan pelanggan dan ke bank. Nampaknya semua urusan tu kena tunggu waktu tengaharilah, sambil keluar makan bolehlah poskan pakej dan singgah bank-in duit.
Beginilah kita kalau dah ada komitmen berniaga ni. Mencari buku-buku terbaik untuk dikongsikan bersama orang lain. Satu je tujuannya, seronok membaca. Bila kita seronok membaca, maka anak-anak juga akan terikut-ikut sebab selalu dok tengok mak atau ayah diorang membaca.
Pernah dengar cerita tak? Cerita pasal sorang ibu hairan tengok anak kecilnya yang umur 4 tahun tu selalu je bila jumpa buku atau majalah, dia belek-belek 2, 3 mukasurat, dia koyak. Pernah dengar?
Hehehe, ceritanya macam tulah. Ibu tu hairan sungguh kenapa anak dia yang sukakan buku tu tiba-tiba je berubah jadi cam gitu. Dia pun buatlah beberapa siri pemerhatian dan...
....
....
Akhirnya pecahlah rahsianya.
Rupanya si anak selalu membaca atau bermain-main dekat dengan abahnya yang suka membaca majalah Motor atau pun suratkhabar. Tiap kali si abah membaca, dia belek, belek, belek, dia koyakkan sesuatu dari dalam majalah tu. Bunyi koyakan tu memang menarik sebab berulang-ulang dan si anak memang selalu tengok.
Dan itulah yang dia cuba tiru. Ikut macam abah yang membaca lepas tu koyakkan sesuatu. Hahaha, barulah si ibu tau punca masalahnya... kenalah talk, talk sikit dengan si abah kerana ibu bapa MEMANG ROLE MODEL anak-anak.
So, membacalah di hadapan anak-anak, nescaya tabiat itu akan ditiru mereka. TAPI, berhati-hati ya, jangan sampai terbuat perkara-perkara yang tak sesuai.
Hehehe, sebenarnya si abah tu suka koyakkan iklan dalam majalah. Iklan yang tak berapa elok untuk dilihat selalu-selalu...
Oh, ada pelanggan. Cukup dulu ya & Kak Ummu Najah, bukunya dah sampai ni. Terima kasih banyak. Got to go, bye...
tolla kakchik..lily stuju sgt pe yg kakchik ckp tuh...kiteorg kt umah slallu mmbaca majalah n suratkhabar..pe lg si kecik tu pn kalutla nk membaca..kalau suratkhabar mesti ade 2..1 utk sy n 1 lg mesti utk die,then bacela sesame..pastu kalau sggh kdai buku..mesti kna bli buku kt die..
ReplyDeletelily - sebenarnya kakchik ulas cerita dlm buku kakchik ni, The Read Aloud Handbook. Gelak kakchik baca cerita tu. anak2 ni mmg cpt meniru so, eloklah kita buat byk benda baik2 kan.
ReplyDeleterajin membaca tu baguskan..dapat menolong mereka untuk nak menulis pulak karangna di sekolah..
ReplyDeleteMemang betul Maklang. KakChik selalu jugak guna hujah tu bila ada ibu bapa reluctant nak belikan buku cerita kat anak-anak diorang.
ReplyDeletee'eh...sama ngan nama anak yan ler..Aiman..buku tu best tak kak chik??
ReplyDeleteyan - kakchik saja je nak pancing yan tu sebab kakchik tau nama anak yan aiman, hehehe.
ReplyDeletebuku Dunia Sains Aiman ni memang best. tahun lepas kakchik pernah masukkan satu entri pasal uji minda boleh baca ke tak kalau tulisan berterabur, ha... benda tu ada dlm buku yg warna hijau tu.
siri DSA ni antara yg terlaris kat kedai.