Followers

13.1.09

Roti Pita Segera

Pagi tadi memanglah tak ada idea nak masak apa untuk sarapan. Bangun sebelum Subuh pun dok terfikir-fikir nak buat apa untuk Cik Abe ni.
On kan laptop, mulalah jenjalan je rumah orang mencari-cari resepi yang senang, cepat dan ada pulak bahan-bahannya kat dapur tu.
Tengok dalam peti ais, ada sebungkus roti pita segera, ada sebungkus jejari ayam, ada salad dan sayur-sayuran lain (lebih kepada ulam-ulaman).

Hmmm... cuba buat roti pitalah. Lagipun hari tu beli yang segera tu pun memang dah niat nak buat makan pagi-pagi. Kalau nak makan petang, nanti nak cuba buat sendiri.
Cari punya cari, semua kawan-kawan buat sendiri, tak jumpa yang guna pita segera. Hmm... masa berjalan tu, akhirnya, lantak ajelah... buat aje ikut kata hati. Harap-harap sedaplah rasanya.


Dengan cara paling cepat kot, ginilah hasilnya. Sesangatlah ringkasnya. Orang lain buat mesti lebih sedapkan sebab ada masukkan mayonis, tapi kat rumah manalah ada benda tu sebab bukannya dok makan mayo tu... lidah orang kampung, memang tak terniat pun nak beli mayo kalau jumpa.

Anyway, ginilah resepi & cara KakChik punya RoTi PiTa SeGeRa.

Bahan-bahan:
3 biji roti pita segera (wholemeal)
1 bungkus jejari ayam
daun salad secukupnya (ikut suka)
sos cili

Cara-caranya:
Panaskan roti dalam oven pada suhu 150 drjh selama 6 min (hingga kembang tengahnya)
Goreng jejari ayam hingga masak, lepas tu potong dadu/cincang
Gaulkan jejari ayam tu dengan sos
Bila roti masak, keluar dan sejukkan.
Potong dua semua roti, pastikan ada poket
Masukkan daun salad kemudian jejari ayam tadi.
Dah boleh makan.

Sedaplah juga... tapi kalau ikut hati nak tambah mayo, tomato & capsicum. Semua tak ade... Anyway, semua orang suka. hehehe... kira orait la tu.

10 comments:

  1. saya pun kadang guna yg segera...terutama pagi2 dan kalau diaorg nak bawa sekolah...
    kat sini pun byk roti pita segera yg halal...maklimlah kat sini ramai arab, turkistan dan pakistan....
    pizza pun yg halal pizza pak arablah...

    ReplyDelete
  2. Ha....Kak tie pun buat gitu bila budak2 tu jemu makan nasi. Kekadang kak tie guna roti pita tu buat pizza segera... Senang, kan....hi hi..

    ReplyDelete
  3. suzi - kira senanglah jg utk suzi dptkan brgn halal ya. tapi yg seronoknya makan hak buat sendiri... puas hati.

    kak tie - wah macamana nak guna roti pita biar jadi pizza tu? boleh la kak tie kongsi kat Memori nanti ek. Nak try juga.

    ReplyDelete
  4. huhuhuuuu...sedapnyer kakchik! dh penah carik yg segera,tp semua tk leh mkn sbb ade shortening binatang@haiwan..nk kene wat sendrik la jawabnyer! mmg peberet niH! adehhh!terliuq dh nih! heeeee...

    ReplyDelete
  5. salam kak...

    wah2 menyelerakan betul..haruslah di terai nanti nie..ehehe..

    ReplyDelete
  6. hana - kat jepun tu kot payah sikit nak cari yang halal kan. kat sini pilihan banyak tapi kakchik cuba beli yang keluaran orang Islam, kalau takde baru beli yg lain. nak tlg ekonomi ummat Islam ... sabar ya... telan air liur perlahan-lahan, hehehe

    yan - sudah semestinya perlu dicuba. ikut suka hati je yan.

    ReplyDelete
  7. kak chik, sorry lama sgt tak kesini jengguk kak chik...

    wah still going strong sama masak-masak.. hehe,

    miss you!

    ReplyDelete
  8. alamak..
    rasa lapar la tengok roti pita kakchik.. :)

    ReplyDelete
  9. my dear nurulhuda, it's ok... don't worry because I know you are not well. my cooking venture tu memang getting stronger hehehe

    If you miss me, I'm always here for you.

    ReplyDelete
  10. hariza - terima kasih ya sudi ke KeluargakuSayang ni. KakChik takleh nak tolong tu, kena cepat gi cari apa-apa yg boleh dimakan tu... tak pun hariza boleh buat sendiri..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails