Followers

12.1.09

Sarapan Pagi Ini

Assalamualaikum semua. Ceria-ceria selalu. Entri pendek je sekadar nak kongsikan menu makan pagi ini. Baru masak ni masih panas-panas lagi masa Kakchik dok menaip ni. Hehehe. KakChik buat penkek dan Ummi masak nasi goreng biasa.

Penkek untuk Cik Abe dan Adik yang akan ke sekolah. Sebab resepinya mudah dan cepat pulak dimasak, maka KakChik buatkan aje. Kesian kat diorang nak ke sekolah tu. Alhamdulillah dapatlah makan sebagai alas perut.

Bila diorang dah ke sekolah, Ummi pulak balik dari masjid dan masakkan nasi goreng sebab nasi malam tadi masih berbaki separuh periuk. Rumah kami ni memang nasi goreng laku je. Jadi, layanlah mata anda dengan hasil masakan ekspres kami ni. Resepi penkek ada kat bawah sekali. Itu pun kalau nak la. Sebenarnya semua orang dah tau buat penkek ni dan kadang-kadang ada beza serba-sedikit resepinya. Resepi KakChik ni main pandai je.


Resepi Penkek KakChik

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
secubit serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1 biji telur

Cara-caranya:
Gaulkan semua bahan bersama-sama hingga rata.
Biarkan sebentar.
Goreng di dalam ceper tanpa minyak.
(nak guna kuali biasa + sikit minyak pun ok je)
Bila dah garing, boleh la angkat.
Sedia untuk dimakan.

p/s: resepi nasi goreng tak sempat tengok Ummi masukkan apa.

4 comments:

  1. Chik...sedap nampak penkek tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak Chik!!!

    Oh, kenapakah kak chik selalu menjeleskan saya?!!

    laparnya....

    p/s: Kak chik, tag sudah siap saya buat, hehe... penat... hantarlah sini sikit pancake tu...

    pssst kak chik, pancake tu, lempeng lah kan sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. 'WARNING'...!
    KiTTuN sentiasa beri amaran pada diri sendiri supaya tahan dengan dugaan kat blog k.chik ni..
    Asyik tengok makanan aja kat sini..
    Dari semalam asyik makan...makan.. makan.. aja.. K.chik jgn makan byk!. masak byk takpe cik abe k.chik yg makan. heheheh!
    Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati.. nanti cik abe k.chik tambah cayang..!

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana - memang sedap, alhamdulillah. Chik makan 1/4 dari yang pertama.

    BalQis - Wkslm. KakChik tak sengaja tu... kesian pulak. Nak hantar pun dah habis dah rasanya. a^a sama la tu penkek @ lempeng tapi ada la lain sikit2.

    KiTTuN - Siap letak WARNING lagi tu. Hahaha... Jangan risau, KakChik ni makan ala kadar je. Suka masak untuk Cik Abe & keluarga. Insya-Allah dia memang suka hati pagi tadi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails