Followers

23.1.09

Sepanjang Petang Menggodek MariBaca

Assalamualaikum semua.

Hari ni lepas buat keje rumahtangga tadi, belah petangnya bermula jam 2 hinggalah sekejap tadi, KakChik duduk je kat depan laptop ni menggodek-godek blog MariBaca. Aduh... sakitnya bahu entah berapa jam dok menaip, mengubahsuai dan menyobek (mencantikkan) blog tu.


Akhirnya jadilah macam kat atas tu. Entahlah. Tak puas hati sangat tapi buat masa ni kira oklah. Yang dulu bukan tak cantik, cantik... tapi sidebar dia kecik dan sempit sesangat. Tak suka betul nak letak shoutbox ke atau apa-apa widget lain.

Yang ni, ukurannya dah lebih luas. Jadi... buat masa ni, pergilah tengok dan komen-komen ya. Nak bagi cadangan ke atau nak buat belian ke... hehehe.

Bye, nak gi mandi dulu. Malam nak gi stadium ada solat hajat dan pelancaran Tabung Cakna Palestin. Jom ke sana!

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails