Cerita Zahra'
Gambar: Budak-budak nakal yang menceroboh kawasan Zahra' petang semalam. Balik dari Billion ternampak diorang sedang panjat pagar & rosakkan pokok tamar kami.
Dalam bekerja ni kadang-kadang ada seronoknya dan ada juga yang letihnya. KakChik sekarang takde lah buat kerja fizikal sangat kat Zahra' ni, tak seperti di awal-awal (2000 - 2004) pembukaan Zahra' dulu. Tapi sekarang banyak menghadap laptop atau pc membuat proposal, kertas kerja yang kadang-kadang separuh jalan je siapnya, surat-menyurat, uruskan kewangan dan beberapa urusan pentadbiran yang biasa dibuat oleh Setiausaha. Kadang-kadang KakChik jadi Pengurus tapi yang sebenarnya KakChik ni hanyalah seorang kerani je di sini. Bos no 2 pun panggil KakChik kerani.
Lusa nak mesyuarat, so kenalah kemaskinikan apa-apa yang patut dan nanti bolehlah mesyuarat dengan efektif. Yang sebenarnya diri KakChik ni bukan ketua yang baik sebab banyak kerja duduk dalam pejabat je, sedangkan orang lain bertukar ganti bertugas di luar. Ada juga masa-masa yang KakChik akan ke depan misalnya bila ada yang bercuti. Satu kelemahan KakChik ialah nak mesyuaratkan orang. Memang lemah sangat-sangat. Ada sesiapa ada formula yang bagus tak? Boleh la kongsi dengan KakChik.
Dalam hati ada niat nak berhenti dah tumpukan pada MariBaca dan KakChik dah pernah bagitau rakan-rakan yang KakChik akan berhenti. Tapi kasih sayang KakChik pada Zahra' ni macam ibu sayangkan anak. Dari dia tak ade hinggalah ia berkembang, KakChik telah merasai segala jerit perihnya. Kalau ada sesiapa yang berani rosakkan sesuatu di sini atau memburuk-burukkan namanya, memang KakChik akan sedih, marah dan geram. Tapi apakan daya, KakChik hanya makan gaji di sini. Lambat laun perlu tinggalkan juga. Walau apapun KakChik akan membaiki kelemahan diri dan berusaha sebaik mungkin untuk membuat beberapa proposal untuk menambah dana perpustakaan ni.
Ada sesiapa yang nak menyumbang tu dipersilakanlah. Sumbangan wakaf untuk dunia hingga akhirat.
Cerita Kawan
Tadi seorang lagi kawan baik yang juga seorang blogger (sekarang dah suam-suam kuku dia menulis) yang sibuk memanjang menguruskan keluarga, pusat haemodialisis, dan impiannya telah singgah di Zahra' ni. Dah lama juga dia tak singgah walaupun hampir setiap hari lalu-lalang kat jalan di depan tu.
Ni'mah of Pecinta Kedamaian, datang untuk tumpang solat sementara nak mengambil anak-anak dari sekolah. Katanya, "sekarang waktu dia jadi pemandu" selain dari menjadi pengurus. Rindu kat Ni'mah. Tau... Ni'mah sibuk sesangat sekarang ni. Tak pe... janji kita masih boleh berhubung.
Ok, nak sambung siapkan proposal pulak. Rehat lambat jadi takleh lama-lama. Bye for now.
salamz...
ReplyDeletenanti boleh kenalkan Ni'mah kat KiTTuN yer k.chik.. makin bertambah kenalan blogger nanti. Ukhwah semakin kukuh bila kita semua bersatu.
Penat sedikit untuk kebaikan semua orang, itulah yang dinamakan pengorbanan. Di mata manusia mungkin nampak kecil, tapi di sisi Allah, hanya DIA saja yang tahu..Justeru itu, ikhlaskan hati....
ReplyDeleteWkslm KiTTuN.
ReplyDeleteWah, ada akaun blogger yang lain ya.
Insya-Allah jika ada peluang boleh diperkenalkan antara KiTTuN dengan Ni'mah. Dia pun ada di facebook tu.
Kak Tirana, terima kasih banyak-banyak. Doakan Chik ya.
ReplyDelete