Followers

2.1.09

It's A Baking Day...

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas

Assalamualaikum teman-teman yang dirahmati Allah semua, semoga di hari Jumaat ni kita mendapat banyak Rahmat dari Allah SWT. Hari tu masa gi Tesco, KakChik ada bagitau kan yang KakChik ada projek lagi. Hehehe, sebenarnya projek kecik je, projek buat pizza. Maklum sajalah KakChik ni banyak 'first time'nya. Kali ni 'first time' buat pizza pula. Hari tu 'first time' buat roti nasi.

Semua ni datang kerana mendapat banyak inspirasi dari teman-teman chef yang sungguh rajin memasak & menayangkan hasil kat blog masing-masing. Jadi KakChik pun merayap le ke blog hana, suzi dan kak zana untuk lihat macamana depa buat pizza. Kalau resepi & caranya mudah, KakChik dah nekad nak tiru. Lagipun permintaan dari anak-anak sedara dan Adik hampir setiap hari sejak minggu lepas. Jadi, hari ni tak ke mana, kita tunaikan janji ajelah.

Oh, KakChik juga buat roti hari ni, tapi roti jenis lain pulak. Kali ni buat roti Butter Rolls yang sangat mudah. Kakak yang asyik dok mintak buat sebab dia kata ada resepi mudah dalam majalah Perempuan kepunyaannya. Jadi, boleh ajelah... ketika semangat masih meruap ni.

Inilah hasilnya:


2 biji pizza tanpa nama dan...


9 biji bun Butter Rolls.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepinya di bawah ni.



Untuk pizza, sila lompat ke blog Sifu HANA sebab hari ni KakChik tiru dia. Orang takde breadmaker kenalah tiru cara orang takde juga. Nanti bila ada breadmaker, bolehlah tiru teman-teman lain pulak.

Untuk Butter Rolls pula ada kat sini:

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~~
  1. 1 sudu makan gula
  2. 1/2 cawan susu cair/segar
  3. 1 oz yis (kakchik guna dry yeast)
  4. 250 gm tepung gandum (2 cawan)
  5. 15 gm (1 sudu makan) mentega
  6. 1 biji telur
Cara Membuatnya
~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Masukkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga sebati perlahan-lahan.
  • Uli adunan hingga jadi doh yang lembut & tak lekat di tangan. Jika doh lembik, tambahkan tepung & uli lagi hingga doh lembut & kental.
  • Biarkan di bawah penutup kain lembab hingga doh naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk doh untuk keluarkan angin, canai dan bahagikan kepada saiz kecil seberat lebih kurang 35 gm.
  • Buat bentuk bulat (ikut suka hati pun boleh) dan masukkan dalam acuan.
  • Sapukan kuning telur untuk kilat. (kakchik letak keju mozarella untuk topping).
  • Bakar pada suhu 200 darjah C selama 20 min.
Resepi dari PEREMPUAN, Dis. 2005.

14 comments:

  1. pandainye kak chik buat..cam kt kedai punya je..suka lah..klu duk dkt bleh yan try...ehehehe..

    ReplyDelete
  2. tak pandai sangat yan. kakchik ikut je resepi & cara yang hana sebut dlm blog dia, pas tu pandai2 sendiri la.

    eheh, tima kasih le pujian tu menyebabkan kakchik bimbang naik ke langit pulak diri ni.

    dok berjiran, lupa pulak nak gi hantar rumah yan tadi.

    ReplyDelete
  3. Wargh...

    Kak Chik nak buat pizza rupanya...

    Hurm, bolehlah pinjam resepi Kak Chik ni, yer!

    Hehe...

    (Kira pizza ni atas dia tu kita letak jelah apa yang kita suka kan?)

    ReplyDelete
  4. BalQis, a^a letak je apa yang kita suka. KakChik tadi tu guna aje apa yang ada dalam peti ais. Silakan mencuba. Kalau KakChik yang 1st time buat pun boleh dikatakan menjadi, BalQis pun tentu menjadi juga.

    ReplyDelete
  5. erm besnye kakchik..tolla cam kt kdai kakchik..ish trgoda sy...kakchik ni pandai masakla..nk kna blaja ngan kakchikni

    ReplyDelete
  6. lily, tak pandai sangat. kalau ikut resepi boleh la sikit-sikit. malu la kata kakchik pandai... tak blh jadi cikgu..

    ReplyDelete
  7. Mampu tengok gamba je la...esok gi tesco beli yang dah siap punya.

    ReplyDelete
  8. tahniah kakchik! suka la tgk perkembangan kakchik nih.. ;)pizza tuh pon nmpk sedappp! alf mabruk! :)

    opsss... amik ole2 dr tokyo yer.. salam maal hijrah dan slamat thn baru!

    ReplyDelete
  9. one Z, ngape nak beli yang siap? boleh buat sendiri tu... gi tesco beli bahan2nya, balik rumah boleh buat banyak2, makan sampai puas.

    ReplyDelete
  10. hana - syukran jazilan wahai sifu. ole2 dari Tokyo? ni mesti best ni.

    ReplyDelete
  11. Amboi..amboi..amboi.. k.chik rajin nya masak pizza nampak sedap..!

    ReplyDelete
  12. KiTTuN, nak mencuba... alhamdulillah boleh la sedapnya.

    ReplyDelete
  13. Salam, kakchik...mmm, saya nak amik resepi doh rotinya ye..saya pernah juga buat pizza sblm ni, adalah beberapa kali. cuma kadang2 dohnya tidak berapa naik. Em, utk toppingnya, saya suka buat lauk ayam cincang tumis masam manis, then letak sayur2 skit. Hmmm suami saya suka..kawan2 dia pun suka hehehe

    ReplyDelete
  14. wkslm sam. silakan... kakchik pun ambik dari kawan juga.
    kalau dah pernah buat & suami suka, boleh la selalu buat sam, tambahlah dia sayang nanti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs