Assalamualaikum dan salam petang Jumaat untuk semua teman-teman. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga KakChik mencoretkan serba-sedikit pengalaman hari ini terutamanya pengalaman ke kuliah jumaat di Dataran Ilmu, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Hari ni selain mendengar dua kuliah yang disampaikan oleh YB Ust. Nasaruddin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri dan kemudiannya kuliah kedua oleh YAB Tok Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar, KakChik dapat mengikuti beberapa siri ucapan pendek sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin.
Oleh kerana agak letih ni, KakChik hanya letakkan slaid gambar-gambar semasa di Kota Bharu pagi tadi. Bolehlah berkongsi dengan kalian yang tidak ke sana. Ada perasaan gembira, sedih, sayu, marah dan insaf sepanjang berada di sana.
Inilah gambar-gambar semasa kuliah pertama berjalan dan ketibaan YAB Tok Guru ke tempat kuliah.
Ini pula slaid suasana pelancaran tabung dan demontrasi.
Ini video sedutan semasa demo pagi tadi.
Oleh kerana agak letih ni, KakChik hanya letakkan slaid gambar-gambar semasa di Kota Bharu pagi tadi. Bolehlah berkongsi dengan kalian yang tidak ke sana. Ada perasaan gembira, sedih, sayu, marah dan insaf sepanjang berada di sana.
Inilah gambar-gambar semasa kuliah pertama berjalan dan ketibaan YAB Tok Guru ke tempat kuliah.
Ini pula slaid suasana pelancaran tabung dan demontrasi.
Nota: Akan dikemaskini lagi selepas ini.
kakchik, kalau boleh upload-kan video keseluruhan kuliah itu disini...
ReplyDeleteboleh ler kami tahu perkembangan tersebut di Kelantan...
hmm
http://mazaaida.blog.friendster.com
maza, kakchik takde video keseluruhan sebab yang tu Kelantan TV yang buat rakaman. KakChik cuma ada video pendek semasa ucapan YB Ust Nasa. Insya-Allah sedang KakChik upload ni.
ReplyDeletethanks kak chik share video nie kt sini..sedih sgt2 mengenangkan nasib bumi palestin..
ReplyDeleteSama-sama Yan. Mari kita bacakan doa & qunut nazilah untuk mereka.
ReplyDelete