Followers

20.1.09

Tahun Baru & Cabaran Membaca

Assalamualaikum & Salam pagi ceria untuk teman-teman semua. Teman-teman di rumah tu sedang buat apa sekarang ni? Yang kat tempat keje tu... banyak ke keje nya? Lebih kurang la kita... KakChik pun sedang keje ni, browse online bookstore ni untuk buat senarai buku-buku baru yang akan dibeli untuk Zahra' ni. Sambil-sambil boleh la kemaskinikan blog, hehehe.

Buku baru tapi Meredah Samudera tu dah beli kali ke-3 sebab yang sebelum ni dah hadiah kat Munzir (PMR 9A)

Ada 2 benda yang nak kongsi dengan kawan-kawan dan kedua-duanya adalah MENARIK bagi orang-orang yang GEMAR MEMBACA. Bukan apa, masing-masing di kalangan kita ni punya minat yang berbeza walaupun ramai juga yang sama. Ramai yang dulu gemar membaca tapi kesibukan kerja & menguruskan keluarga selalunya mengurangkan masa kita untuk membaca. Itulah kata kakak-kakak dan adik-adik di rumah KakChik.

Ok, yang no 1 nya ialah KakChik dijemput menyertai READ-A-BOOK-A-MONTH iaitu satu reading challenge! Kalau hujung tahun lepas KakChik buat reading challenge kat diri sendiri, kali ni ada pula kenalan menjemput menyertainya. Dan yang bagusnya, KakChik juga boleh jemput teman-teman lain untuk ikut serta dalam cabaran ni. Katanya hanya membaca 1 buku sebulan bersama anak-anak dan insya-Allah kita boleh membaca 12 buku setahun. Agak-agak boleh tak? Boleh la... buku apa-apa pun boleh kecuali BUKU TEKS. Jadi... kalau kawan-kawan berminat, boleh klik gambar kat bawah ni dah terus ke blog KittyCat yang menganjurkan cabaran membaca ni.


Orang single pun boleh... baca dengan adik atau anak sedara. Hehehe, nak tanya nurulhuda lah, dia minat tak nak turut serta ni. Sebab nurulhuda pun kaki buku juga. Kak An (Cerita Mama) pun dah setuju nak join, agak-agaknya Kak Tirana tu nak ikut tak? Hmmm.... nanti nak jemputlah diorang ni. Ramai lagi yang KakChik kenal yang suka membaca, jangan terkejut kalau nanti terima jemputan KakChik ya.

Perkara no 2 ialah Projek Wakaf Buku untuk Zahra'. KakChik tahu semua orang dah dermakan duit lebihan yang ada tu untuk selamatkan Palestine, tapi nak buat macamana, bagi pihak perpustakaan tercinta ni, KakChik mohon juga dengan kawan-kawan kalau ada yang sudi untuk mewakafkan buku untuk manfaat masyarakat. Untuk kemudahan kami dah senaraikan sebahagian dari bukunya. Boleh tengok di SINI. Kalau nak calling-calling untuk menderma tu boleh guna no ni ya, 09-7484975 direct line pejabat KakChik.

Jadi, itulah saja perkongsian pagi ni. Ops, lupa... jangan lupa makan pagi ya, nanti masuk angin dan kita juga yang sakit nanti. Wassalamualaikum.

6 comments:

  1. Niza, I just discovered that my kids have passed the stage of , " Mama, please read to me.....". And they dont want to read WITH me. They want to read by themselves!! So how??

    But,Alhamdulillah and InsyaAllah, they did and will always read. I counted,in 2008 Adik read 5 new books and more than 10 of old ones( re-read). Abang slightly less....

    I guess I'm not eligible anymore.....

    ReplyDelete
  2. Kak An... did you visit KittyCat's blog? I think you're still eligible for this.

    Wow! Adik and Abang have really become independent readers now. Kudos for you Kak An for inspiring and encouraging them.

    p/s: Are you still using the same email? I can't reach you through yahoomail.

    ReplyDelete
  3. Yes, I did visit her site...
    Nanti lah, I try buat entry on this..
    Yahoo mail rasanya yg lama jgk but jarang guna...i use dis one more,an_suhaimi@hotmail.com

    ReplyDelete
  4. kak chik, minta maaf,

    saya lambat sangat jenguk kak chik,

    saya mmg minat sangat, excited tu kak chik jemput, sb ramai2 kan, kalau sorang2 tu challenge ape nye kan.. hehe

    sempat baca skit rules dia,

    tapi kata baca ngan anak2, kalau kita je ok boleh jugak ye?

    ReplyDelete
  5. Kak An - ok, take your time and thanks for the email.

    ReplyDelete
  6. nurulhuda - eh, takpe, takpe. yang part nak baca sorang tu kakchik tak sure tu, nanti nak tanya KittyCat.

    kalau tak blh, kita buat sesama kita.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs