Belajar bahasa Inggeris
Seorang gadis yang Bahasa Inggerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The Mall
Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '
Nota KakChik:
Humor ini sekadar menghilangkan tekanan. Tapi eloklah juga kalau kita pandai berbahasa lebih dari satu. Taklah jadi kes macam si gadis di atas tu.
Hari ni tutorial dalam bahasa Inggeris. KakChik ok je tapi kesian juga kat kawan-kawan yang kurang mahir bahasa itu. Sekali fikir buat apa dikuat-kuasakan penggunaan bahasa itu sedangkan nanti kami akan mendidik kanak-kanak dengan bahasa Melayu juga.
Terkial-kial semua orang untuk saling berdiskusi di dalam kelas tadi. Kelakar pun ada sebab masing-masing dengan 'broken English'nya.
Dah tua-tua ni, memang bukan senang nak membiasakan diri menggunakan bahasa yang jarang kita guna.
Lawak ni dapat dari email, lama dulu.
p/s: gambar dari Internet
Perkongsian : Hujan
8 years ago
hehe..first time dengar lawak ni kak chik..
ReplyDeleteHi hi...teringat kisah hubby bila berjumpa dengan sorang foreigner kat pulau perhentian dulu...
ReplyDeleteDia tanya hubby tentang ikan2 kat taman laut tu...lalu berkata,"I'm sorry, I cannot speak eng well... Hubby tersenyum lalu berkata.." Its okay..." kah kah!! macamlah dia pandai sangat....(sebenarnya mmg dia hancus bab eng nih!)
Afzan - terhiburkan?
ReplyDeletePandai hubby Kak Tie ya, macam tu nampaklah dia pandai eng. Mesti foreigner tu European/bkn US atau UK dan seumpamanya.
ReplyDeleteHubby tak pandai tak pe asalkan Kak Tie terer.
hahaha...
ReplyDeletehumor kak chik yg ini mmg best
saya pun bkn terer gak english, lebih2 lagi bila dh jadi wartawan majalah bahasa melayu, tiap2 hari dok pulun tingkatkan bahasa melayu smpi english pun dh dikesampingkan.
teringin gak nak garapkan kemahiran berbahasa inggeris ni
erm, tapi bagus juga klu malaysia menjadi Jepun suatu hari nnti,,takyoh dok risau anak cucu klu tak pandai english..
tapi belajar english mmg ada kebaikannya jua.