Followers

6.1.09

Tengahari tadi ...

Kononnya tadi nak gi Billion nak beli kasut yang jenis bertutup
sebab dah banyak sangat dah yang jenis terbuka ni. Dengarnya kat Billion bahagian pakaian wanita tu masih ada SALE lagi. Tapi... jangan marah ya, sebab gi tengok KASUT tapi yang dibelinya BEG... huhuhu dan sehelai mini dress paras lutut.

Beg Giossardi tu dapat 50% diskaun, dapat RM59.95 dan mini dress pula 20% menjadi RM31.90. Beg tu memang KakChik berkenan sangat walaupun warna cerah sikit. Tak kisahlah asalkan saiznya agak besar untuk muatkan segala macam benda penting ke dalam tu. Mini dress tu untuk Adik. Dia dok minat tengok dalam majalah Dara.com bulan ni dan dok suruh KakChik carikan. So... ada yang sesuai ni, KakChik tolong belikan je lah.

Lepas tu singgah kat Restoran MZ Mutiara untuk ambik 'lunch' yang KakChik dah 'order' sebelum keluar tadi. Sebenarnya KakChik jalan kaki je dari Zahra' ke Billion pas tu alah nak balik singgah kat MZ. Bihun tomyam RM3.50, penuh dengan 'seafood', sungguh sedap, pedas dan kaw-kaw. Emmmm... yummy! Rugi pulak beli sebungkus je. Jiran ofis sebelah tu dah terliur tu.

Dan... inilah 'wedgey' kesayangan yang dipakai saban hari. Dibeli bulan 11 yang lalu di BATA cawangan Wakaf Siku pada rege RM59.99. Kira RM60 sebab BATA tak pulangkan bakinya. Hampir setiap hari pakai benda ni sebab selesa sangat. Tinggi sikit takpe asalkan selesa, lagipun KakChik ni rendah, boleh la jadi tinggi sikit. Hehhee.

8 comments:

  1. salam kakchik...wah..awal2 tahun dh sopin ye..cikmin baru nak bernafas setelah menyelesaikan satu beban credit yg beso...

    ReplyDelete
  2. wkslm cikmin. hehehe... kakchik shopping benda2 ni slelau time org lain dah kering sb bila msk je pasaraya tu lengang je... beratur nak membyr pn sekejap ja.
    beban kredit apa tu cikmin? perkataan BEBAN tu bunyi cam besar je.

    ReplyDelete
  3. kak chik, rindu..

    wah dah ada beg baru eh...

    eh eh, kasut itu sama la ngan mak saya punya, hehe,kelakar je tgk sama, belikan mak masa nak raya aritu kat bata, mana lagi kan.. :) selesa sangat even nampak tinggi...

    ReplyDelete
  4. kakchik pun ingat kat nurulhuda... sebab tu sehari mesti nak turun KL tu tgk awak ok ke tak hehehe.
    wah, sama ngan mak ya, kira kakchik ni dah sama taraf ngan mak-mak ni... huhuhu
    tapi... betullah wedgy ni selesa sangat...

    ReplyDelete
  5. warghhh.. k chik dh beli beg baru

    k chik tiru fari yek.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. fari, takde tiru-tiru la... tapi itu paten nampak macam ada persamaan sikit-sikit hehehe

    ReplyDelete
  7. ihik..comelnya bila kak chik pakai kasut tu..

    ReplyDelete
  8. yan... kaki pun comel ke yan? dah la nampak semabab semacam je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails