"Nak, kalau nak bantu rakyat Palestin, tolonglah ibu dan ayah buat kerja di rumah
Biar ayah mu ada masa untuk edar risalah boikot Israel/US.
Nak, kalau kesian tengok anak Palestin dibom
Belajarlah rajin-rajin
Dapat kerja elok-elok
Dapat gaji, dermalah untuk bantu umat Palestin.
Nak, kalau kau marah pada tentera pengganas Israel
Janganlah kau beli lagi barangan Israel/US
Pesan pada kawan-kawan kau yang tak tahu
Nak, orang kita masih ramai tak peka lagi
Semalam khutbah Jumaat di Bongek tak bincang isu Palestin
Khutbah Jumaat di Batu Pahat bincang isu kesihatan
Bukan salah mereka
Tapi salah orang-orang macam ayah ni
Tak kerja sungguh-sungguh untuk beri kesedaran
Belajarlah rajin-rajin nak
Tolonglah ibu di rumah nak
Biar ayah boleh edar banyak risalah lagi
Rozmal bin Malakan
salam Kakchik..
ReplyDeletePesanan yang baik..teruskan berpesan ya..resepi baru takda ke?
Wa'alaikumsalam Ibnurashidi. Insya-Allah, apa-apa yang didapati membawa keinsafan di hati KakChik ni akan KakChik kongsikan di sini.
ReplyDeleteResepi baru, insya-Allah akan ada, sabar & tunggu je.
Asasnya ialah faham tentang agama dan mengenal Allah.
ReplyDeleteTentang hadith yang dikemukakan, belum pernah terdengar. Lagipun ada ayat seruan yang tidak sama dengan kaedah tabligh Rasulullah.
Abang Long - terima kasih ya.
ReplyDelete