Followers

16.1.09

Antara banyak2 klinik, yang mana anak2 belum pergi lagi?

Sekarang ni penyakit memang la banyak. Ada penyakit yang memudaratkan badan tapi masih ada cara mengubatinya. Ada pula penyakit boleh membawa maut walaupun sudah berubat beribu ringgit mahupun serata dunia.

Ada tak kita perasan yang ada satu lagi jenis penyakit yang kalau tak diubati dari awal akan membawa mudarat bukan sahaja di dunia malah terseksa hingga ke akhirat?
Apa lah... penyakit tu?
Haaa... ibu bapa, jangan pandang ringan pasal penyakit yang satu ni. Bak kata, kalau lambat diberi ubat atau diusaha agar sembuh, alamatnya besok-besok meninggal gelaplah kubur kita.

PENYAKIT APA YA?

ITu lah... penyakit itu... PENYAKIT MALAS SOLAT... ataupun SOLATNYA macam ayam patuk beras. Maka, berilah peluang kepada diri kita & diri anak-anak kita memperbetulkan SOLAT masing-masing.

KakChik ini sekadar membantu secara sukarela mempromosikan program KLINIK SOLAT REMAJA ni kerana teringatkan kenangan semasa di tingkatan 1 dulu. Kalaulah senior tidak kumpulkan kita dalam surau dan suruh lakukan solat sendirian dan jemaah, sudah tentu banyak yang salah dalam pengerjaan solat diri ini.
Orang yang berilmu (senior) memperbetul, mengajar cara-cara terbaik masbuk-muafik, bagaimana mengelakkan ruang kosong antara kita dalam solat, bacaan dalam solat, kedudukan lelaki & perempuan dalam solat jemaah, apa nak buat kalau nak tegur imam, kalau terbatal solat bagaimana nak keluar, kalau solat sendirian, di mana lebih elok untuk khusyuk, wudhuk dan macam-macam lagi.

Kawan-kawan,
Jika Cuti Tahun Baru Cina nanti anak-anak tak ke mana, hantarlah mereka ke program ini. Bantulah mereka menjadi orang yang solatnya sempurna. Kasihanilah anak-anak kita jika dibiarkan mereka solat SEADANYA, ATAU ASALKAN SOLAT.

Tidakkah kita biasa mendengar, SOLAT ITU TIANG AGAMA?


Info dari: Re-Engineering of Islamic Building

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs