Followers

26.1.09

Sarapan: Nasi Kerabu & Penkek Gebu

Assalamualaikum semua. Hari ni cuti kan. Untuk Kak Aliya, Selamat Tahun Baru Cina! Semoga akak dapat bergembira bersama keluarga. Hari ni KakChik buat penkek lagi tapi kali ni penkeknya lebih gebu dan lembut. Agaknya sebab masukkan minyak zaitun kot.

Dan... kami juga akan makan nasi kerabu. Masa KakChik dok menulis ni, Ummi sedang hiris ulam-ulamannya. Yang dalam gambar tu sebahagian dari bahan-bahan dalam nasi kerabu. Ikut arah jam, sambal kelapa (kelapa goreng + serai + halia + bawang merah + bawang putih), sos budu (budu + cilipadi + limau nipis), sambal pedas cili padi dan sambal ikan tawar (isi ikan rebus digoreng).

Nantilah lepas ni KakChik update dengan gambar hidangan siap ya. (dah siap dah hidangannya)
Jemput makan ya. Ke.... ada yang masih berbungkus dalam selimut ni? Hehehe

4 comments:

  1. alahaii sedapnyer nasik kerabuuu! skrg nih pantang btol klu nmpk mknn sedap2... mcm d ugut2 jerk suh masuk dapur! heeeee......

    ReplyDelete
  2. hana - mesti belum ke dapaur lagi tu. Tapi hana dah pro, masuk dapur je banyak benda yg menjadi.

    ReplyDelete
  3. kak chik, hari ni mak saya buat nasi dagang.. hehe, tapi kak chik ada kata kan tak minat nasi dagang...

    saya kalau nasi kerabu suka letak asam limau lebih dengan sambal cili api..

    lagi pedas lagi sedap :)

    ReplyDelete
  4. nurulhuda - ooo, mak pandai buat nasi dagang ya, tentu seronok dapat makan kan? mmg betul pun kakchik tak makan nasi dagang, kureng sikit, hehehe. nasi kerabu tu, asam limau banyak taruk dlm budu dan sambal tu kakchik pun jenis yg suka byk dan pedas juga. baru umph kan?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails