Followers

26.1.09

Betul ke hari ni Gerhana Matahari?

Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan berketurunan Cina.

KakChik nak bertanya sikit. Betul ke hari ni akan berlaku Gerhana Matahari? KakChik baru terbaca di satu blog yang mengajak untuk solat sunat gerhana petang ni. Tapi, kalau memang benar makluman tu, kita ni tau ke macamana nak solat gerhana tu?

Ok, ikut maklumat yang KakChik baca, bila berlaku gerhana, kita dianjurkan mendirikan Solat Sunat Gerhana. Bagaimana caranya ya? Ok, berikut ialah cara nak solat gerhana. KakChik cut & paste dari sini.

GERHANA MATAHARI ~4.30 - 7.00 PETANG

~Jangan lupa solat sunat Khusyuful Shamsi (Gerhana Matahari)


Cara Solat:
  • Niat - berimam "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"
  • Jika solat seorang diri "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Raka'at Pertama
  • Takbiratul Ihram
  • Baca Surah A-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Baca Al-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud (macam solat biasa)
Rakaat kedua
  • Baca Al-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Baca Al-Fatihah dan surah lazim
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud
  • Tahiyyat Akhir
* Kalau boleh baca surah panjang @ mana-mana ayat dari surah Al-Baqarah
** Jika berimam sunat membaca khutbah selepas solat

*** Jika tidak berkesempatan solat sunat seperti solat sunat biasa


Kalau petang ni memang gerhana, jom kita sama-sama solat sunat gerhana.

12 comments:

  1. ye la kakchik...dlm radio sinar ada sebut...insya'ALLAH kakchik...

    ReplyDelete
  2. salam ,
    syukur ke hadrat Allah kerana saya tergerak nak bukak blog kak chik hari ni , act saya ni kat office tup tup terbaca entry kak chik pasal solat sunat ni .. saya teringat yg masjid negara ada buat solat ni lepas asar .. syukran kak chik kerana mengingatkan!! ni saya zass nak ke masjid negara ..

    ReplyDelete
  3. CikMin & ezatulhaq - alhamdulillah, dah solat gerhana. semoga peluang melihat fenomena alam ini akan lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..seb baek sy trbukak blog arini...mekasih byk2 kakchik 4 this info...

    ReplyDelete
  5. salam kakchik..

    saya pun dapat makluman begitu juga..cumanya kat mesir tak nampaklah pula gerhananya..

    Dah lama tak nampak kakchik?busy agaknya:)

    ReplyDelete
  6. kak chik, nampak ke gerhana matahari kat kb sana?

    ReplyDelete
  7. Lily - dapat tengok tak gerhana semalam? KakChik terlepas la sebab ada ejen buku dtg, kami dok msyrt sampai 6.30 ptg.

    Ibnurashidi - KakChik ada cuma agak sibuk sikit.

    ReplyDelete
  8. kin, kakchik melepas la kin. dah siap sedia nak tengok, tiba2 ada call dari ejen buku dia datang ke kb nak jumpa kakchik. so, kenalah gi maribaca jumpa dia, settle kan pasal hutang buku dan stok baru.

    ReplyDelete
  9. kak chik, ada gerhana kan.. tapi saya tak tgk pun, tak tau area mana yg nampak jelas...

    ReplyDelete
  10. nurulhuda - sama la kita melepas. kakchik dok sibuk layan ejen buku kat kedai.

    ReplyDelete
  11. kakchik-sy xsempat tgk gak kakchik..tp alhamdulillah sempat gak sy wt solat gerhana..sy tgk tv jela..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs