Followers

31.1.09

Kesan Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulut Kita

Assalamualaikum semua. Tadi jalan-jalan blog-hopping dan terjumpa entri yang menarik ini dari blog Pn. Suzana Ghazali. Insya-Allah sebagai orang dewasa yang waras kita dengan mudah dapat faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis asal artikel ini. Silakan membacanya dan jom kita sama-sama buat eksperimen selepas ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-kata yang Positif dan Baik. Setelah mendapat info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yang melakukan ujikaji, sayapun tertarik untuk melakukannya.

Kaedahnya:
Tempatkan sisa nasi yang bersih (putih) yang sudah di biarkan semalaman ke dalam 2 botol dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat. Masing-masing botol di tampalkan label yg berisi kata2 seperti:

Botol A: " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

Botol B: " Kamu Bodoh, Tolol, Pendengki, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kawan dengan mu "

Letakkan kedua-dua botol berjauhan (pisahkan) dan simpan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu rumah untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat kedua-dua botol.


Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik


Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik

Keputusannya: Inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu berlalu:
Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Sekarang anda bolehlah mencubanya sendiri……….

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan rumahtangga/ hidup kita, kawan2 kita, rakan-rakan sekerja kita, dan jiran2 kita, bahkan binatang dan tumbuhan di sekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Pengajaran: Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah idea2/perasaan yg timbul dalam batin kita. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

****Awasi setiap kata-kata yang anda luahkan... Moga sama-sama mendapat iktibar!!

Sumber: Blog Suzana Ghazali

10 comments:

  1. SALAM KAKCHIK... SUKANYA ARTIKEL NI... NAK PRINT DAN LETAK KAT STAFF ROOM LA... BUAT IKTIBAR PADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN

    ReplyDelete
  2. very interesting kak chik..i think i wanna give it a try.. i must!...so amazing kan..simple experiment tapi the outcomes, sungguh menabjubkan...thanks 4 da info...

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumsalam Sha. Silakan. KakChik harap tuan asal pin izinkan. Lagi ramai yg membacanya insya-Allah lagi ramai yg dpt iktibar.

    ReplyDelete
  4. ela, let's try it. kakchik pun nak cuba buat. cuma nak kena cari botol bertutup dulu.

    ReplyDelete
  5. salam kak...

    rasa mcm nak cuba..tu ler kata org tua2 kan..bak kata klu nk mendidik anak tu kena jaga pertuturan..kena ckp yg elok2..supaya anak pun jd anak yg baik..tapi klu keluar dr mulut ayat yg tak elok maka tak elok lah jugak perangai anak nanti..waulahhualam..

    ReplyDelete
  6. Betul!

    Kata2 merupakan doa.

    ReplyDelete
  7. Kak Chik,
    Saya teringat ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah (nama Puan Mahawa) di awal tahun 2005 dahulu (kalau tak silap sayalah), dia sampaikan ceramah The Power of Water.

    Fungsinya sama je dengan apa yang Kak Chik siarkan dalam artikel ni :) Seperti mana nasi ini bertindak balas dengan kata-kata, begitu juga AIR akan bertindak balas dengan kata-kata.

    Sebab itu kita lihat air boleh jadi penawar penyakit. Kerana molekul-molekul air akan berubah bila kita ucapkan kata-kata yang baik @ buruk kepadanya.

    Puan tu ada nasihatkan, simpan air dalam 1 botol / bekas, dan tuliskan apa hajat kita - pastikan 'telah' berjaya memperoleh kejayaan tersebut bukannya 'akan' (Contoh : Saya berjaya mendapat 9A dalam PMR tahun ini atau saya telah pulih daripada sakit buah pinggang) dan tampalkan tulisannya pada botol (tulisan menghadap ke air). Biarkan air semalaman, dan esok pagi bangun tidur, minumlah :)

    Amalkan berterusan insya Allah. Panjangnya komen saya.. Maaf Kak Chik, sekadar berkongsi ilmu ;)

    Wallahualam.. :)

    ReplyDelete
  8. salam hujung minggu kakchik....cikmin nak try la kaedah ni..iktibar tuk diri sendiri dan keluarga jgk...

    ReplyDelete
  9. Kakcik...jemput ke rumah ambik award, tau..

    ReplyDelete
  10. Wkslm Yan. Jom kita cuba. KakChik nak ke pasaraya cari balang ptg ni.

    Kak Tie, memang betul kata2 itu suatu doa, sebab tu elok kita byk kan bercakap perkara yg baik.

    Aina - terima kasih. Apa yg pencrmh tu cakap sama dgn konsep yg diguna oleh ustaz2 yg buat air tawar atau air penawar dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur'an. Komen pjg tak jadi hal Aina sb isinya ada.

    CikMin - wkslm. hari ni CikMin msh cuti kan, KakChik kat ofis ni. Eksperimen ni untuk pengajaran kita yg boleh dilihat oleh sains dan logik akal.

    Kak tie, ada award? 1st time ni dapat award dr Kak Tie, yea yea!

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs