Petang tadi KakChik ke bandar menguruskan beberapa perkara yang sungguh meletihkan. Letih sebab jalan jam dan esok dah nak hujung minggu. Tempat berurusan pulak banyaklah jugak. Bersesaklah di bandar KB tu. Selesai semua tu dalam pukul 5.30 ptg sampai rumah dah 6 lebih. Huhuhu, letihnyaaaaaa...
Tapi sebab memang dah plan nak buat roti malam ni (untuk breakfast esok) maka lepas Maghrib tadi teruslah mulakan projek. Sambil-sambil kita makanlah ccolek dulu. Jambu batu tanpa biji + jambu madu + kuah rojak = MENJILAT JARI.
Bila siapkan bahan, KakChik selalunya proseskan yis kering tu dulu. Alamak! Terlebih air suam pulak dan saja je gi tambah yis tu, jadilah berlebihan pulak. Hmmm... tulah memandai sangat.
Tapi... tak pe lah, yis yang lebih tu KakChik guna buat pizza ajelah. Lagipun Ummi dan Ayah ke masjid belum balik & malam ni takde selera nak makan nasi. Akhirnya yang lebih tu menjadi adunan pizza. Asyik-asyik pizza, tak boring ke? Maaflah ya kawan-kawan. Kat rumah ni semuanya suka makan pizza yang KakChik buat tu... alhamdulillah, tak payah nak beli di PizzaHut atau Mom's Pizza atau Pizza Station. Jimat... belanja.
Sekarang ni, syukur alhamdulillah sebab roti dan pizza dah tak payah beli dah. Insya-Allah nanti cheesecake pun tak payah beli, KakChik nak belajar buat sendiri. Cuba, cuba, cuba insya-Allah akan berjaya. Kira berjasa sungguh oven kakak yang sebelum ni hanya bekerja lebih kurang dua kali setahun je. Itupun untuk buat biskut raya saja. Kali ni sejak KakChik naik syeikh baking, oven National tu beroperasi hampir setiap minggu. Barulah betul-betul berguna kan.
Sepanjang 33 tahun lebih KakChik tak pernah menghiraukannya apatah lagi nak menggunakan oven tu. Selalunya dok tolong kakak-kakak bakar biskut ataupun bakar kek coklat. Nak sentuh, jauh sekali. KakChik fobia dengan oven sebenarnya. Ada kenangan dulu-dulu. Tak mahu cerita, sebab dah lama dah.
Takdir Allah, selepas melihat kawan-kawan yang rajin memasak tu menayangkan roti nasi diorang, tiba-tiba je naik semangat nak buat roti sendiri. Memang semangat sungguh! Tak pernah macam tu sebelum ni. Semuanya takdir Allah. Dan KakChik gembira sebab setiap kali membakar roti, pizza atau apa saja masakan, alhamdulillah semua ahli keluarga dapat merasa dan suka pulak dengan rasanya. Sapa tak gembira... semua kata sedap. Biarlah diri sendiri kadang-kadang tak makan pun, tapi janji hati senang dan puas.
Ok lah, pizza pun dah tinggal sikit, simpan 3 potong untuk Cik Abe makan esok. Malam ni KakChik dah makan 1, Adik makan 2 dan Ummi pun 2. Gembiranya... yummylicious dan yang paling happy, Ummi suka sangat dan Adik kata, "lepas ni buka kedai pizzalah pulak kakja, kedai buku ado doh." KakChik senyum ajelah.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak chik...
ReplyDeletewah tahniah! dah boleh buat pizza n roti sendiri. bagus tu lebih sihat n selamat..kan??
Wa'alaikumsalam Suzi.
ReplyDeleteTima kasih la no, kira syukur alhamdulillah sebab KakChik pun lebih yakin nak makan. Selalunya bila beli terfikir-fikir juga pasal bahan2nya.
Semangat dari Suzilah tu.
salam Kakchik..
ReplyDeletesungguh kreatif ya..tgk pizza ingat kat sini..kedai pizza banyak sekali. Sebab arab gemarkan pizza. Dia pun pizza lembut dan beraneka perisa. Murah pula tuh..
Haa..satu permintaan saya. Kakchik boleh tunjuk ajar cara buat roti sardin gulung?tiba-tiba mahu mencuba pula.
kak chikkkkkkk,..ela lum penah try sendiri wat roti ngan pizza....takut tak jadi..tapi tgk kak chik berkali2 wat..macam interested lak nak wat
ReplyDeleteIbnurashidi - Wa'alaikumsalam. Oh, rupanya orang Arab suka pizza ya. Baru KakChik tau. Ingatkan orang Itali je yang suka, hehehe.
ReplyDeleteAaahh, ada permintaan... roti sardin gulung tu macam yang KakChik pernah buat ke? Kalau yang tu, insya-Allah kalau ada tukang ambik gambar masa KakChik buat tu mgkn senang sikit nak tunjuk langkah demi langkah.
ela - haaaa kena cuba tu. dulu kakchik ingatkan susah, rupanya senang sesangat nak buat pizza ni. tentu ela pun boleh buat.
ReplyDeleteuntung cik abe kak chik..dapat isteri solehah, pandai memasak lagi...
ReplyDeleteamin... masih lagi belajar & berusaha sebaik mungkin.
ReplyDeleteinginkan jaminan syurga.
dulu oven sy pun cam kakchik punya..pas tu bila dah giler baking ni trus tukar oven besar sikit.. kak chik pun dah expert buat roti n piza.. betul kata anak kak chik tu.. dah boleh bisnes roti lak..
ReplyDeletekak zana - memang lah hati ni nak beli yang baru dan lebih besar tapi kena tunggu sikit masa lagi lah sebab cik abe pun belum bagi green light lagi.
ReplyDeleteKak Chik,
ReplyDeleteKongsilah dengan akak macam mana nak buat roti nasi tu..suka tengok kak chik buat...cantik dan sungguh menyelerakan..