Followers

24.1.09

Pizza, Jamuan, My Sisters and Hola-Hoop

Hai... macam ni lah kalau adik-beradik ramai pompuan. Ni baru ada 4 orang. Kalau balik yang 2 orang lagi tu, makin gamatlah rumah kami ni.


Lauk untuk jamuan malam ni, antaranya acar mentah & dalca.

Semalam dalam pukul 2 pagi, La sekeluarga sampai dari Penang. KakChik pun tak sedar diorang sampai sebab masa tu dah lena sebab keletihan balik dari stadium. Diorang bawa balik kereta baru. KakChik pun belum tengok betul-betul lagi. Katanya jenis Toyota Moist ke apa, tukar Vios hari tu. Baguslah jugak. Sebab yang ni lagi besar, keluarga pun dah makin besar, 7 bulan lagi nak dapat oarang baru lagi. Hehehe murah sungguh rezeki adik KakChik yang sorang ni.

Yang besar ni bakar guna api lower je, macam biasa.

Jadi, bila dah ramai ni, riuh-rendahlah jadinya. Tambah-tambah malam ni nak buat solat hajat dan jamuan makan kecik-kecik untuk keselamatan naik kereta baru. Dah biasa dalam keluarga kami ni, kalau beli apa-apa yang baru buat solat hajat dan jamu orang makan.


Dari pagi sampailah ke Maghrib, rumah jadi gamat dengan telatah kami dan macam-macam cerita. Kakak dan adik semua doktor, cerita pun banyak yang lucu-lucu pasal hospital dan klinik.


Yang kecik sikit ni bakar dengan api upper-lower, lebih garing dan mendapat sambutan hangat.

Tapi... sambil kita dok masak-memasak ni, KakChik sempat buat 2 biji pizza dan adik-adik pulak, sibuk main hula-hoop mengalahkan anak-anak. Tengoklah tu, isyk, isyk, isyk...


Adik-adik dan kakak yang riuh-rendah bermain hola-hoop.
Actually benda alah tu KakChik punya buat main dengan anak-anak sedara.

Abang ipar kata dah boleh buka kedai pizza, hehehe satu perangsang yang baik.
Begitulah adanya hari ni kat rumah KakChik.

9 comments:

  1. salam kak chik...bravoooo..tutuplah kedai pizza lepas ni....nampak sedap pizza tu..

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam kak ina. hehehe, kalau betul diorang tutup kes kakchik selalu buat pizza ni, ah... alangkah bagusnya... tukang buat tak makan pun kak ina, hanya untuk famili

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Tengokla piza cikgu yang telah diubahsuai, guna bahan apa yang ada dalam peti ais je, tak letak pun bahan-bahan yang cikgu tak pernah beli tu... dan anak pula pandai komen tak mau bahan yang diorang tak mau makan. So, guna bahan yang diorang nak saja, tak jadila sesedap taukeh piza ni...
    Tk dan maaf kerana telah mengubah resepi asal.

    ReplyDelete
  4. Dah mula buat, macam-macam pula perasa yang diorang nak. Piza daging, sardin, telur kena buat...
    Marilah tengok gambar yang anak-anak ambil

    ReplyDelete
  5. Cikgu rash - Wa'alaikumsalam. Oh, tak apa cikgu, letaklah apa saja asalkan famili kita terutama anak2 suka. Nak ubah resepi tu tak kisah sebab kakchik pun ubah juga dari yang asal. Bila dah mula tu, alamatnya mesti akan selalu buat nanti. Sat nak gi tengok.

    ReplyDelete
  6. kak chik....suka la ngan pizza kak chik..dah pro nampaknya yer..ela pun nak try la wat kak chik..tak penah ela bake pizza/roti tau..agak2 leh pas tak....

    ReplyDelete
  7. ela - kakchik jamin ela pun boleh buat juga. insya-Allah pas nya. try la buat nanti kemaruk nak buat tiap2 hari. kenalah beringat pasal kalori juga, hehehe.

    ReplyDelete
  8. kak chik, pizza lagi? adoi.. nak jugak, serius! hehe..

    nak buat belum berkesempatan...
    nanti ingat nak buat,tapi perlukan pertolongan kak chik, ye? mintak tlg guide...

    ReplyDelete
  9. nurulhuda jgn marah ya sb kakchik ni asyik2 buat pizza je. sebenarnya roti pun buat jugak tapi saje tak letak gambar sb sblm ni dah byk kali kan entri pasal roti. hehehe.
    bab nak tolong2 tu no prob, insya-Allah blh diuruskan. Janji nurulhuda nak buat je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs