Followers

7.1.09

Roti Untuk Sahur

Salam Subuh semua. KakChik saja nak kongsikan roti yang buat malam tadi untuk bersahur pagi ni. KakChik buat roti ni main campak-campak aje. Tak timbang langsung bahan-bahannya. Nasib la sebab malas nak keluarkan penimbang. Entah nak bagi roti apa ni tapi resepi pakai yang Butter Rolls punya cuma tak ikut sukatan.


Dapat 10 biji roti, 4 biji KakChik letak sosej (2 batang potong 2) untuk anak-anak sedara buat bekal ke sekolah. Sahur tadi, 3 biji dah dimakan. Rasanya ok lah cuma agak mampat isinya, tak gebu sangat. Satu sebab lagi, malam tadi KakChik tak tunggu sampai dia naik 2 kali ganda sebelum bakar, nak cepat la katakan. Jam dah nak pukul 12, mata dah ngantuk sesangat...


Syukurlah... dapatlah Ayahanda makan roti dengan bubur kacang tadi, sebab malam tadi puas dia tunggu sambil tonton gusti, akhirnya tertidur depan tv tak sempat nak makan roti panas.
Ok, nak bersiap untuk solat Subuh la pulak. Wassalam.

7 comments:

  1. Now,you ARE baking!!!

    And not bad at all for somebody who once claimed she couldnt bake...WAY TO GO Niza!!

    Looking forward to seeing more of your 'projects' now that the baking bug has bitten you...cakes next??

    ReplyDelete
  2. salam kakchik..gebu gak tu nampak..awlnyer kakchik wat posting ye..cikmin minum produk HPM tu kakchik..nampaknyer berhasil la..dan satu lagi tips..cikmin mula kita kalori bila nak makan...seksa la kakchik..tp xpe..kurus pun tuk kesihatan sendiri bkn tuk org lain...

    ReplyDelete
  3. Amboi...comelnya roti...

    Lama tie tak buat roti nih...susah nak cari tepung roti laa...dok ulu ni leceh sikit..

    ReplyDelete
  4. Kak An - don't laugh ok because I'm loving this new passion, hehehe... cake? hmmm... that one have to wait since I'm not very good at it. I've tried it before. Last week I'm thinking of stopping at Cerita Mama to have a look at that cheesecake recipe, but postponed it after something came calling. Insya-Allah I'll try to bake it.

    CikMin - Nampak je gebu tu tapi tak gebu sangat. Posting ni lepas makan sahur tadi, sambil dok tunggu azan Subuh. Wah... semangat sungguh CikMin nak turunkan berat badan ya, moga2 berjaya ya. Betul tu, kurus untuk diri sendiri, bila kurus tapi sihat kita pun puas hati kan.

    Kak Tie - harapkan comel saje tak boleh Kak Tie, nak juga rasanya sedap. Yang ni boleh tahan je. KakChik guna tepung gandum je Kak tie sebab tepung roti dah habis, malas nak ke bakeri beli supply baru. Kak Tie cubalah buat dgn gandum tu.

    ReplyDelete
  5. kak chik..geram betul tgk roti tu...nasib baik jauh..klu tak dh gi serbu umah kak chik..mesti anak2 enjoy kan??..selalu dpt santapan yg gini..

    ReplyDelete
  6. Yan - anak2 buah mmg enjoy. diorang tau makan je... permintaannya punyalah byk. nak roti kejulah, pizzalah, donutlah, makaroni bakarlah... macam2.

    ReplyDelete
  7. kak chik dan rotinya,

    eh i saw ade blog jugak buat roti sosej ni, comel sangat.. kak chik buat pun comel...

    :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails