Assalamualaikum semua. Ceria-ceria selalu ya.
Hari ni lagi ceria, sebabnya KakChik dah KAYA! Kaya sungguh!
Ramainya orang nak bagi duit FREE-FREE kat KakChik. Dari awal minggu ni tiap-tiap hari ada je email yang sampai MEMBAWA KHABAR GEMBIRA yang KakChik ni BERTUAH. Ada yang bagi KakChik lebih dari 1 JUTA POUND, ada yang kata KakChik MENANG LOTERI 340 billion, ada kata KakChik TERPILIH kerana punya bisnes yang mantap, syarikat nak bagi hadiah 1/5 juta, macam-macam lagi.
Oh, alangkah bertuahnya nasib badan...
Alangkah bertuahnya KALAU SEMUANYA BENAR.
TAPI...
SEMUANYA PALSU belaka... SEMUANYA SPAM, SPAM, SPAM
Menyesakkan ruang email saja. Menyerabutkan. Menyusahkan KakChik, kena delete, kena setkan SPAM. Banyaklah diorang punya auta. Ingat kita tak tau ke diorang tu PENIPU. Kita ni orang ISLAM, mana ada main loteri. Kita tak pernah kenal pun siapalah kat Nigeria tu, pangkat PANGLIMA lagi tu... Kita tak pernah pergi pun kat UK tu, mana ada pernah melabur ke apa ke kat sana. Isyk, isyk, isyk... boring betul dengan SPAMMERS ni yang juga boleh kita panggil SCAMMERS.
KakChik rasa kawan-kawan pun dah jadi JUTAWAN macam KakChik juga kot.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam jumaat kakchik...saya la gan cikmin...byk spam jutawan ni....
ReplyDeletesalam kakchik... hehehe... sha pun kaya gak la kalau camtu... beratus2 email spam dlm mailbox tu
ReplyDeleteSalam Jumaat CikMin. Kita sama-sama kaya ya CikMin. Kaya Spam.
ReplyDeleteSha - a^a, Kaya Spam. Entah apa lah jadahnya, minggu ni banyak sungguh. Letih nak membuangnya.
hahahhaa...yan klu buka email kat yahoo tu mmg belambak2 spam jutawan gitu..huhuhu..sampai malas nk buka email yahoo tu..coz penuh ngan spam aje..huhuhu..
ReplyDeletepstt!!!..kak chik..tu gmbr yg snap tu duit kak chik ke??..ehehe..hulur ler sikit nk beli laptop baru...hahaha..
anyway salam jumaat kak chik..
dan selamat berhujung minggu bersama keluarga..
Yan - mmg betul tu, kdg2 malas nak bukak yahoomail tp nak buat mcmn kan sb kakchik buat bisnes gn yahoomail jgk. ada email dotcom pun byk prob je. tah lah, biarkan ajelah dulu dgn spam tu. larat, kakchik delete, tak larat, biarkan aje kat situ. buat semak inbox.
ReplyDeletetu bukan duit kakchik yan, kalau kakchik punya, dah lama kedai baru kakchik dapat bukak, hehehe, kakchik jumpa gambar kat tenet la...
selamat menempuhi hari Jumaat yg indah untuk yan juga.
Salam kakchik...
ReplyDeleteKak Tie dah lama jadi jutawan..hi hi...saja malas nak claim sebab nak bagi peluang kat orang lain..kah kah!!
Wkslm Kak Tie - you are right! Tahniah ya Kak Tie, jadi JUTAWAN SENYAP, kehkehkeh. Takpe kali ni bagi can kat kakchik pulak, hehehe
ReplyDeleteehehhe...terkezut jugak..ingatkan duit kak chik..hahaha..tgk yan gelak dh tak ingat dunia dh..astaghfirullah..
ReplyDeleteYan - best kan kalau ada duit byk tu tapi bimbang pulak takut jadi lalai bila duit byk sgt depan mata.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSembang pasal duit..saya nak tahu sikit. macam mana Kakchik daftar advertlets tu?Memang menguntungkan?dapat duit?
Wkslm Ibnurashidi. Oh, advertlets tu, daftar free gitu je. Last KakChik tengok duit ada RM10.92 berdasarkan jumlah tetamu yg berkunjung ke blog. Dia sebenarnya blh jana lbh byk duit kalau KakChik apply utk iklan2 berbayar yg lain utk letak kat blog tapi takpelah dulu sb kakchik bukannya buat blog nak meniaga, yg letak tu sekadar suka-suka. Kalau sampai RM50, dia bayarlah (kakchik setkan di aakaun advertlet). Kita tgk je lah, nanti sampai RM50 dia byr ke tak. Kalu tak bayar tu tandanya menipu dan KakChik pasti akan delete semua iklannya.
ReplyDeletesalam k chik..
ReplyDeletebeberapa thn dulu..nani pernah layan email mcm tu..dia sggp call..nasib baik nani bg no fon kwn..hish..x sggplah...nak ambik duit kena pergi afrika sana...takut kena jd umpan nk carry dadah...ish..na'uzubillah