Followers

29.1.09

Semangat Nak Ke Tadika

29 Januari 2009, Kakak lengkap beruniform Tadika Iman, ikut KakChik ke BIMB, tak mahu masuk dalam tadika. Gementar kot sebab baru nak masuk sekolah.

Semalam KakChik membawa Kakak @ Ameerah ke Tadika Iman berdekatan Zahra' untuk mendaftar diri ke tadika. Masa kat rumah punyalah semangat dan beraninya dia nak ke sekolah tapi bila sampai je kat pintu pagar sekolah, terus jadi lembik, menangis tak mau turun dari kereta. Last, last KakChik sorang yang masuk ke dalam sekolah jumpa Gurubesar dan bincang-bincang pasal yuran dan lain-lain. Ibu Kakak (La) masih belum dapat bertukar ke hospital di KB tapi akan pindah balik ke KB mungkin bulan depan, jadi dia mintak tolong KakChik daftarkan Kakak, bimbang ketinggalan. Umur Kakak pun dah nak masuk 5 tahun, sepupu-sepupunya yang sebaya, Syuhada, Aqim dan Iffah semua dan ke tadika dan sudah pandai menulis. Tinggal Kakak sorang je yang belum sekolah.

Selesai semua urusan, KakChik dah belikan uniform Kakak, sampai kat rumah baru dia nak cuba. Semangat... tapi menangis tak mau masuk. Itu cerita semalam. Hari ni pagi-pagi lagi KakChik dah siap mandikan dia dan hantar ke Tadika Iman, dengan uniform lengkap tapi sama macam semalam jugak, menangis tak mau masuk. Akhirnya balik je ke rumah. Kata Kakak, nak Abah yang hantarkan. Hmm... kenalah tunggu adik ipar KakChik balik dari outstation minggu depan. Kakak...Kakak...

4 comments:

  1. alololo...ciannya kakak..maybe dia x biasa lg kot..bsk2 dh ramai kwn mesti dia suka..

    ReplyDelete
  2. alahai sama la ngan anak hana masa kat mesia masuk tadika...ayah dier blk melalak2 nak ikut blk jugak! tapi lepas 3 ari baru la ok... insyaAllah nnti ameerah pon sonok nk g skola....

    ReplyDelete
  3. Anak kak chik sebaya dengan Si Sara..tapi tahun ni tak sekolahkan dahulu (ajar dirumah shj)..

    ReplyDelete
  4. Yan - memang tak biasa lagi bercampur dgn kanak-kanak lain. asyik dok rumah main dgn adik2 dan sepupu2nya je.

    Hana - Itulah, menangis takde lah meraung tapi dipegangnya pintu keta 'kemah-keming' kata orang Kelantan. Kuat sungguh. Tengoklah Ahad ni macamana.

    Zureen - Kakak ni anak sedara KakChik, kat rumah memang dah dididik tapi lagi elok kalau dia dah mula belajar bersosial dgn rakan2 sebaya kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs