Followers

19.1.09

Ilmu Pasal Pizza @ Piza

PIZA adalah antara sajian yang sentiasa mendapat tempat di hati kanak-kanak dan kebanyakan daripada kita. Ia berasal dari Itali dan sungguh popular sebagai makanan segera. Malah, ia boleh didingin beku dengan mudah untuk disimpan selama beberapa minggu di dalam peti pembeku.

Ada tiga langkah utama dalam menyediakan piza. Pertama, bahagian dasar. Memandangkan doh menggunakan yis, ketelitian perlu bila mengadunnya. Yis adalah bahan yang amat sensitif dengan suhu. Pastikan yis yang digunakan masih baru dan aktif.

Yis yang tidak aktif atau mati tidak mampu mengembangkan adunan. Hasilnya, piza akan menjadi keras dan tidak gebu. Yis menjadi tidak aktif jika ia terkena garam. Jadi, hendaklah dimasukkan garam ke dalam tepung terlebih dulu. Dengan cara ini, ia tidak akan tersentuh secara langsung dengan yis.

Jangan gunakan air panas kerana fungsi yis akan terbantut. Hanya gunakan air suam. Namun begitu, jika anda menguli dengan mesin, lebih sesuai menggunakan air sejuk. Ini kerana kepanasan doh meningkat dengan sendirinya bila diuli dengan mesin dalam jangka masa yang agak lama.

Teknik ulian mesti betul bila membuat doh piza. Lakukan di atas papan pencanai yang ditaburkan dengan tepung. Tolak doh dengan tapak tangan secara terus-menerus. Tarik dan tolak doh sehingga ia menjadi lembut, licin dan halus permukaannya. Jangan lupa gunakan tepung roti atau tepung berprotein tinggi kerana kandungan gluten memudahkan doh kembang.

Pelembut roti akan membuat doh piza lebih lembut.

Manakala bread improver mempercepatkan proses mengembangkannya. Doh mesti diletak di tempat hangat supaya mudah kembang. Tempat paling baik adalah di dalam kereta yang diletakkan di bawah matahari terik.

Cara lain ialah menyediakan bekas besar atau periuk pengukus berisi air mendidih. Letak mangkuk berisi doh dengan penutup tuala. Kemudian tutup pengukus itu dan biarkan. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sos piza di dalam botol. Anda juga boleh menyediakannya sendiri dan menyimpannya untuk digunakan pada waktu lain. Sos ini jugalah asas kepada sos tomato untuk spageti bolognese dan lasagne. Jika tidak cukup masa, campurkan sos tomato dan sos cili. Kemudian sapukan di atas doh piza.

Bahan atas untuk piza boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing. Jika menggunakan daging atau ayam cincang, anda hendaklah memasaknya terlebih dulu. Tambahkan cili Benggala atau lain-lain sayuran yang anda gemari. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sardin atau tuna di dalam tin.

Hirisan sosej atau salami lembu adalah pilihan yang sesuai. Salami adalah daging atau ayam dalam bentuk sosej yang sudah dicampur rempah dan disalai atau diproses hingga masak. Bagi penggemar sayur-sayuran pula, boleh mencelurnya sebelum digunakan.

Selain keju mozarela, anda boleh gunakan parutan keju cheddar. Sebaik-baiknya anda parut terus ke atas piza untuk mengelakkan ia berketul atau bergumpal.

Jika sukar mendapatkan oregano kering dalam botol, boleh gantikan dengan Italian seasoning. Herba seperti ini adalah penting untuk memberikan rasa asli atau autentik piza. Sekiranya anda boleh memperoleh daun basil segar, taburkan di atas piza sebaik saja ia dikeluarkan dari ketuhar.

Untuk menyimpan piza secara dingin beku, bakar sehingga separuh masak. Kemudian biar sejuk. Bungkus dengan plastik nipis sebelum diletak di dalam bekas bertutup. Anda juga boleh membungkus dengan kertas timah. Kemudian barulah disimpan dalam peti pembeku. Biar piza kembali ke suhu bilik semula sebelum dibakar seperti biasa.

Bagi yang tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk menguli doh piza sendiri, boleh gunakan roti pitta. Selain menjimatkan masa, anda juga boleh mempelbagaikan bahan atasnya mengikut bajet dan kreativiti sendiri.

(Sumber maklumat: Kosmo Online)

5 comments:

  1. Hmm....nanti laa...

    Yis kat rumah dah abis pulak..hi hi..

    ReplyDelete
  2. nyum..nyum..memang menyelerakan sungguh..bertuah anak2 kak chik..punya seorg ibu yg rajin walaupun sibuk dgn kerja tp sempat lg nk membuat ini semua..tahniah kak chik..

    ReplyDelete
  3. Kak Tie - bila dah buat tu kongsi kat Memori ya.

    Yan - memang yum yum pizzanya. sekali ingat lagi sedap dari yang beli kat pizza tu, hehehe, perasan la pulak.

    ReplyDelete
  4. Salam, terziarah,
    Maaf, mula-mula tumpang lalu je tapi rupanya tercuri resepi. Ingatkan nak cuba senyap-senyap tapi bila ada macam-macam yang tak pernah guna terpaksa singgah.
    Bread softener, bread improver, oregano... macamana rupanya... halal ke... di kedai biasa ada ke... sebab cikgu ni tak suka singgah supermarket sb byk benda tak halal...kuno nye cikgu ni ye... tapi itulah hakikatnya. Cikgu kuno ni tau buat kuih yang guna bahan asas tepung, gula, garam, yis... tu je. Kalau anak nak makan piza, kenala tunggu sepupu buat, nak bertanya tak sempat...
    Harap-harap dapatla tau apa bendanya bahan-bahan tu.
    Wassalam, tk

    ReplyDelete
  5. Cikgu rash, ya tak mengapa. Silalah copy sebab memang tujuannya pun untuk berkongsi...

    Bread softener tu warna putih macam krim, bread improver tu kakchik pun blm kenal lagi. Kedua-dua bahan ni kakchik tak guna pun dalam buat pizza atau roti. Kalau was-was status halalnya tak payahlah guna.

    Oregano tu dia macam lada hitam. Beli yang bentuk serbuk senang nak tabur. Tapi kalau nak senang, guna aje serbuk lada hitam, boleh juga.

    Resepi yang ni kakchik copy Pn. Norzailina (penulis + tukang masak) dari Kosmo.

    Resepi kakchik ada yang lebih senang macam kat sini: http://keluargakusayang.blogspot.com/2009/01/jom-tengok-slaid.html

    Selamat mencuba ya cikgu rash.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs