Followers

22.1.09

Posing-Posing Sebelum Balik

Ni entri orang takde cerita. Saja-saja nak kongsi gambar yang snap-snap sebelum balik dari MariBaca petang tadi. Dah pukul 6, pelanggan pun takde, kita kemas-kemas nak balik la pulak.

Ah, lupa nak cakap, tadi dapat jumpa 2 kenalan, rapat la juga. Seorang junior masa di Faris dan seorang lagi bakal doktor dari USM KK yang juga seorang blogger. Dalam pukul 12 kot, junior 17 tahun lalu datang menyewa buku di kedai. Memang dah banyak bulan kami jumpa di facebook, baru hari ni ada rezeki berjumpa 4 mata.

Ayu, seayu namanya. Sungguh happy sebab bertemu kembali setelah begitu lama. Dia masuk tingkatan 1, KakChik dah tingkatan 5. Kawannya Rie adalah 'Adik Bimbingan' KakChik. Mekasih ya Ayu, singgah kat MariBaca. Biarlah sekejap pun tapi KakChik amat-amat gembira. Nanti kita jumpa lagi ya. Tempat keje Ayu tu (JPJ) dekat je dengan kedai KakChik. Rupanya Ayu pun minat novel-novel KakChik tu...

Dah petang sikit emrullah pulak datang menyerahkan duit jualan buku. Actually emrullah ni bakal doktor yang rajin la juga menulis blog. Dia juga nampaknya amat berminat nak jadi usahawan buku. Bak kata kalau cita-cita tercapai, jadilah emrullah, doktor-jual-buku. Macamana emrullah? Boleh ke? Kalau nak tau apa cerita pasal student-doctor, boleh la klik nama emrullah tu.

Banyak juga sembang-sembang ilmu dengan Azizi tadi, yelah kakak senior jumpa junior, tentulah nak kongsi macam-macam. Cerita pasal program, pasal tabung Palestin, pasal jual buku, pasal pilihanraya kampus dan lain-lain. KakChik ni tak taulah, memang banyak cakap. Tak percaya, tanyalah Azizi.

Pukul 2.30 ptg KakChik tutp kejap kedai tu dan ke pejabat pos sebab nak poskan pesanan pelanggan. Terpaksa pos belah petang sebab waktu ni kurang pelanggan tapi kena masuk sebelum pukul 4 sebab pelanggan suka singgah masa balik keje. So... dah siap urusan di pejabat pos, terasa lapar pulak. Berangan nak makan tomyam campur tapi malas pulak nak membelinya. Jadi... sebab rumah kita dekat, pusing ajelah kereta tu balik ke rumah makan nasi, hehehe. Untung Ummi dah masak, KakChik balik makan je.

Balik ke kedai dengan Adik. Dia nak ikut barangkali sebab rindulah tu. Lepas tu macam biasalah ada pelanggan, layan, takde pelanggan ambik gambar buku & baca blog. Itu ajelah. Sebelum balik, sempatlah posing-posing macam kat bawah ni.


Dengan itu, wassalamualaikum.

9 comments:

  1. Seronok kan kalau dapat jumpa kawan-kawan lama... Kak tirana ni dalam proses menjejaki kawan-kawan masa sekolah dulu..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..

    wahh..kak chik berposing ya hehehhe..
    Emm bestnya Kak Chik..ada kedai buku..doakanlah huda juga nak ikut jejak Kak Chik buka kedai buku seperti itu...insyaAllah impian itu akan tercapai aminn..;)

    ReplyDelete
  3. Kak Tie teringin benar nak bertemu dengan kakchik ni...tapi tak pasti kat mana kedai MariBaca tu... kekadang ada peluang ke KB... tapi susah gak...selalu jem..hubby pun tak minat.. Mungkin satu hari, kita bertemu juga, kan..hihi..jangan terkejut pulak tau!!

    ReplyDelete
  4. kakchik, segan lah sebut nama sy di blog kakchik..=)

    ReplyDelete
  5. kak chik, saya nak jugak selalu selalu pegi mari baca..

    too bad kita terlalu jauh.. :(

    ReplyDelete
  6. Kak Tirana - memang seronok. Rajin la akak mencari diorang tu, chik kalau sempat mmg nak cari2 juga mana2 yg belum jumpa tu.

    nurhuda - wa'alaikumsalam dik. alhamdulillah, kedai buku dah ada cuma nak besarkan lagi je. Insya-Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan untuk mencapainya. Kena berusaha dgn cara yg halal.

    Kak Tie - Eh, kakchik pun amat2 suka kalau kita dapat bertemu. Mai lah Kak Tie. Peta nak ke kedai kita ni ada kat dlm blog MariBaca.

    azizi - sorry ya, kakchik dah tukar dah.

    nurulhuda - a^a, too bad tapi blh msk blog kan. we're still close

    ReplyDelete
  7. nurulhuda - i mean you are close to my heart

    ReplyDelete
  8. kak chik..bila nak buka cawangan maribaca kat klang nie??..ehehe..

    ReplyDelete
  9. Salamz k.chik kalau ada di maribaca sms lah kita yer. Rasa nak gi jer cari buu utk sarah. Kalau k.chik ada disana rasa lebih seronok.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails