Jemaah Muslimat semasa azan solat Isyak. Malam tadi menyaksikan ruangan padang stadium hampir penuh. Subhanallah. Tak terkata rasanya. Tak dapat nak digambarkan betapa semangat solidariti. Ya Allah, mohon Kau perkenankanlah doa-doa dari hati-hati yang datang di malam ini.
Bersama-sama rukuk, solat menunaikan amanah Allah mencari keredhaan-Nya.
Selesai sudah solat Isyak berimamkan Yb Ust. Muhammad Mustafa, ADUN Demit. Doa beliau sungguh panjang, khusyuk dan beliau seringkali terisak-isak.
Pantomen, "Kenapa Aku Dibunuh?" - ramai yang merah mata malam tadi. Moga-moga deraian air mata kita menyaksikan simulasi kehidupan di Palestin akan tidak melalaikan kita dari tugas dan tanggungjawab kita sebagai Muslim.
Pantomen dari pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang hampir berakhir.
Sebahagian isteri-isteri VIP yang memakai ikatan merah di kepala, Selamatkan Palestin. Orang ramai di padang sudah mula bergerak untuk memberi laluan kepada ruangan pentas utama.
Kelihatan wakil pemimpin HAMAS bersama YAB Tok Guru sedang mendengar ucapan dari wakil bangsa Siam, En. Charan yang penuh bersemangat (ucapan dalam bahasa Siam, hehehe).
YAB Tok Guru berucap dalam masa yang cukup pendek tetapi padat. Beliau juga yang membacakan doa qunut Nazilah. Penutup dalam hujan yang semakin lebat penuh syahdu.
Memang ramai Yan. Sedih juga tak dapat nak bersama mereka, sekadar jadi penonton dan tukang amin doa je. Jemaah bermula dengan solat Maghrib lepas tu solat ghaib untuk syuhada' Palestin, kemudian solat Hajat. Malam tadi boleh kata stadium menyaksikan air mata insaf dan doa2 org yg mengharap.
Subahanallah kak chik..ramainya yg memunaikan solat..tak terkata..ibarat di tanah suci..semoga Allah mendengar doa2 saudara kita ini..Amin..
ReplyDeleteMemang ramai Yan. Sedih juga tak dapat nak bersama mereka, sekadar jadi penonton dan tukang amin doa je. Jemaah bermula dengan solat Maghrib lepas tu solat ghaib untuk syuhada' Palestin, kemudian solat Hajat. Malam tadi boleh kata stadium menyaksikan air mata insaf dan doa2 org yg mengharap.
ReplyDelete