Kelemahan kita ialah kurang penyatuan di kalangan ummat Islam dan negara-negara Islam. Palestin seolah-olah berjuang bersendirian.
Namun sebagai seorang yang yakin dan beriman dengan Allah SWT juga qada' dan qadarNya, kita pasrah dengan dugaan hebat ini. Tapi ini bukan bermakna kita biarkan sahaja kesusahan itu dirasai oleh saudara kita di Palestin saja. Hanya mereka yang berjuang menghadapi tentera-tentera zalim Zionis sedangkan kita di sini duduk melihat dan berkata-kata.
Marilah kita sama-sama berdoa di dalam waktu solat kita dengan membaca Qunut Nazilah agar musuh-musuh Islam dan kemanusiaan akan segera diberi pembalasan oleh Allah, Tuhan sekalian alam.
Doanya ada di sebelah. Kalau mahu membacanya, menghafalnya adalah lebih baik, klik saja dan imej lebih besar akan dipaparkan, cetak, tampal & hafal agar kita boleh membacanya di dalam solat.
Bagi sesiapa yang tidak tahu bagaimana hendak membaca doa qunut ini, sila lihat caranya di bawah ya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
(diambil dari blog ummihurairah_83)
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca, "Sami'allahu liman hamidah, Rabbana walakalhamd"
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.
Ada tiga cara membaca doa tersebut (tapi ummihurairah_83 cuma letakkan dua cara sahaja disini. Ada sesiapa yang boleh bantu bagitahu cara ketiga tak?).
Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
- Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah seperti di atas, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
- Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Nota KakChik:
Kalau kita bersolat sendirian pun boleh membaca doa Qunut Nazilah ini. Ibu-ibu di rumah boleh jemaah dengan anak-anak, biar mereka yang aminkan doanya.
kak chik, setiap kali dgr pasal Palestin, meremang bulu roma, kadang2 ela sendiri tak faham kenapa negara2 Islam tak mahu bersatu..walhal banyak negara Islam yg kaya raya..hidup mewah..rumah cam istana..sanggup kita tgk saudara kita ditindas n menderita...sedihhh
ReplyDeleteela,
ReplyDeletebegitulah realiti dunia sekarang ni. amerika dan israel bersekongkol mengganazi palestin, negara Arab dan pemimpin-pemimpin Islam hanya mampu melihat.
sekali ingat syabas kpd perdana menteri venezuela yg telah menghalau keluar duta israel dr negaranya krn kekejamana israel.
tabik untuk beliau.
baca: http://theidealmuslimah.blogspot.com/2009/01/while-world-is-watchingsomeone-is.html
salam kak chik...
ReplyDeletetengok gambar budak tu...sebak dan nak menitis air mata...terbayang kalau itu anak saya...ya Allah hebatnya dugaan yg mereka lalui...
apa agaknya sbb kenapa kita umat islam ni tak blh bersatu ye??
Wkslm Suzi.
ReplyDeleteMelihat gambar sungguh menyayat hati, sapa tak sayu. Tadi ramai yang merah mata bila dengar kuliah jumaat. Terasa sangat Islam dizalimi.
sama2 lah kita membaca doa qunut nazilah...
ReplyDelete