Followers

5.1.09

Telan air liur ajelah...

Assalamualaikum dan salam malam untuk semua teman-teman tak kira di mana saja anda berada. Dalam hati masih berduka atas apa yang menimpa saudara kita di bumi Kiblat pertama, Palestin, kita dikunjungi berita gembira. Eheh, memang menggembirakan sekali hingga tertelan air liur beberapa kali. Sekali lagi ada hadiah dikirimkan khas dari luar negara, dari bumi Australia sana. Segugus ceri yang sedang masak ranum... oh, sedapnya... gulp, gulp.

Untuk teman KakChik yang bernama SUZI tu, syukran jazilan untuk tanda ingatannya. Walaupun yang meni'matinya ialah Suzi sekeluarga, namun KakChik pula dapat menjamu mata. Nak pergi tak sampai, tengok gambar pun kira oklah. Suatu hari jika diizinkan Allah, akan KakChik jejaki juga....

Dan sebagai tanda terima kasih, ingin KakChik luahkan rasa di hati, khas untuk Suzi:


p/s: Suzi, lain-lain buah tak petik ke? strawberry, epal, oren, kiwi... etc. hehehe

5 comments:

  1. ini namanya melukut di tepi gambar ... tengok je laaaaa.

    ReplyDelete
  2. kat atas gunung tak ade ke buah ni one Z?

    ReplyDelete
  3. salam kak chik...insyaAllah kalau ada rezeki sampai kat sini ye...
    strawberry n epal blm lagi...oren tepi rumah je hihihi...kiwi takde kat sini New Zealand byk kot...
    nanti bln 2 baru start musim epal, plum,peach...kalau ada kesempatan nak juga pergi hihihi...
    terima kasih kak chik kad luahanrasa hati kak chik tu...moga ikatan ukhuwwah berpanjagan...sayaaaang kak chik!!! mmmmuaaaaah.......

    ReplyDelete
  4. hahahhaha..tu haruslah kena carik nnti..ngee...

    ReplyDelete
  5. Suzi - Wa'alaikumsalam. Moga2 Allah makbulkan hajat ni. Ooo rupanya takde kiwi kat situ ya. Kchik ingat ada jgk. Lupa geografi dah ni. Dan kad tu memang untuk orang yg sepatutnya.

    Yan - dah cuba cari kat pasaraya kat sini, yang ada tu dah layu2, kureng menarik minat

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails