Followers

2.1.09

Someone Gave Me a Present!

Assalamualaikum dan salam malam untuk semua.

Alangkah terkejut tapi gembiranya hati ni bila ada orang yang sudi menghadiahkan kakchik sebentuk brooch yang cantik ni. Jenama Ozel dan warna purple pulak tu, warna kegemaran kakchik tu. Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Tini yang telah bermurah hati menghadiahkan brooch ni. Tak sempat nak ambik gambar semasa dalam pembungkus sebab ramai sangat orang keliling ni yang nak tengok apa kat dalamnya.

Tak tau nak kata... tima kasih sekali lagi. Insya-Allah akan dipakai juga nanti. Nanti saya ambik gambarnya khas untuk Kak Tini. Bungkusan kecil tiba petang semalam semasa kakchik sedang sibuk di KB Mall membuat liputan untuk Kempen Kita Bersaudara.

Untuk makluman teman-teman, kakchik mengenali Kak Tini dah beberapa tahun lamanya melalui laman kedai maya + forum iaitu UmmikuSayang.com yang dikendalikan oleh Kak Lily Muas dan Kak Hani. Bermula dari situ kami menjadi baik terutama bila KakChik dapat berjumpa beliau buat pertama kalinya di Zahra' semasa beliau pulang bercuti dari Kuala Lipis. Ingat lagi masa tu anak sulung Kak Tini, Ikram masih lagi kecil. Sekarang dah darjah berapa agaknya.

Kami selalu tak dapat berjumpa walaupun kadang-kadang selisih kereta di hadapan Zahra' sebab masing-masing punya urusan tersendiri. Namun pertalian kami sudah semakin erat.

Kata Kak Tini, hadiah ni "SEBAGAI TANDA UKHUWAH, PERSAHABATAN & KASIH SAYANG, INSYA-ALLAH."

Kalau teman-teman nak kenal orangnya, silalah lihat di Guestbook kakchik di atas tu.

3 comments:

  1. cantik.. suka sangat brooch yang bentuk unik2 mcm ni, wat collection pun seronok je tgk... :)

    ReplyDelete
  2. tima kasih. kakchik dok tgh pK ni nak pakai kat mana sebab selalunya pakai yg simple je kat tudung.

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya k.chik....berkualiti nie...kakak saya ada hadiahkan saya 1...kedai ozel nie kat KB bangunan setentang dgn pantai timur....


    belakang papan tempat letak broch tu disimpan kad guarantee nya...kalau tertanggal berliannya..boleh pi baiki free of charge....

    cantikkan...skali tgk mcm bintang (nama ae tah..lupa plk) dlm citer spounch bob....(eja xreti);)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs