Followers

12.1.09

Mengisi Masa Rehat Dengan 2 Buku Ini

Assalamualaikum teman-teman semua, semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria-ceria selalu. Tapi... jangan lupa, sedekahkan doa untuk saudara kita di Palestin agar Allah selamatkan mereka.

Esok nak mesyuarat, perkara-perkara yang berkaitan tu dah hampir KakChik selesaikan. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, mesyuarat Zahra' akan diadakan pagi esok jam 10. Sementara nak tunggu masuk waktu solat Zohor tadi, KakChik teringatkan 2 buah buku yang ada di rak Rujukan kat atas tu. Buku-buku ni jadi kegemaran kami kat Zahra' ni. Sebabnya... ada banyak roti dan kek. Teringat masa mula-mula buku-buku ni sampai pada tahun 2000 dulu, tak puas KakChik belek sorang-sorang. Maklumlah masa tu belum ada orang lain kat Zahra' ni.

Terima kasih bagi pihak Zahra' kepada Puan Hasnah dan En. Johan Scheding dari Phi Delta Kappa Australia yang telah menjadi penderma pertama buku-buku di perpustakaan ni. Sudah lama tidak berhubung dengan mereka dan masih ingat anak mereka Adam. Agaknya sudah berumur 8 tahun sekarang ni.


Antara gambar-gambar roti dalam buku
The World Encyclopedia of Bread and Bread Making

oleh Christine Ingram & Jennie Shapter.

Kawan-kawan pun tau kan sekarang ni KakChik macam kegilaan nak buat roti dan seumpamanya. Ni yang gi cari balik buku tu dan sepanjang berehat dok belek-belek. Uuuuuu... memang menarik sungguh kat dalamnya.


Ini pula dalam buku 50 Classic Cakes oleh Linda Fraser
Isyk, terliur sungguh! Nanti nak cuba buat kek la pulak. tapi fobia sikit...

Mungkin dah ada kawan-kawan yang membaca ataupun mempunyai buku-buku ni. Tak mengapa, berkongsi apa salahnya kan? Inilah untungnya kerja kat perpustakaan, hehehe.
Alhamdulillah...

5 comments:

  1. Ni yang membuatkan terliur ni...hehehe..terliur tengok buku bukan tengok makanan...

    ReplyDelete
  2. Chik pun terliur juga Kak. Dulu2 takde pulak terliur nak beli buku mcm ni.
    Rasa ada nampak hari tu kat popular.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan kak chik .. terliur tengok kak chik punya roti .. sekkadar nak bertanya, kalau nak buat roti2 tu kita kena ada mesin khas ke atau main bancuh jer? sbb saya ni baru nak berjinak2 jugak nak buat roti sendiri .insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan juga untuk ezatulhaq.
    Terima kasih sudi ke KeluargakuSayang ni. Dan tak mengapa nak bertanya, selagi KakChik mampu jawab & tolong, insya-Allah KakChik usahakan.
    Pasal nak buat roti ni, sehingga ke hari ni, KakChik hanya guna tulang 4 kerat je, takde mesin ke apa.
    Ikut je aturan bahan & cara-cara yang ada, insya-Allah roti akan menjadi.
    KakChik juga tak pandai memasak, tapi melihatkan ramai kawan-kawan yang pandai & sudi pula berkongsi resepi, KakChik jadi semangat.
    Insya-Allah ezatulhaq pun boleh buat juga.

    ReplyDelete
  5. kak chik, betul, tu untungnya keje library.. hehe

    tahun lepas saya internship kat hq tnb, jalan bangsar, tingkat 8, human resource,

    kebetulan library tnb under hr, sukanya saya, sampai tetiap ari la pinjam buku, baca overnite, hehe..

    ptt tak boleh pinjam tapi staff sume baik2.. :) dapat la pinjam buku free... alhamdulillah..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs