Amreena @ Nana, 3 tahun yang memang semangat nak solat. Hapir setiap hari minggu lepas dok menelefon Tok Meknya minta dijahitkan kain sembahyang. Balik cuti raya Cina ni memang dia rajin ambil wudhu' dan solat ikut mak-mak sedaranya. Suka sungguh hati ni tengok Nana.
Sedia nak solat Isyak. Sebenarnya gambar ni diambil sebelum solat hajat beberapa hari lepas.
Semoga, ibadah solat ini menjadi pembina karekter yang baik pada diri anak-anak sedara KakChik. Biar mereka membesar sebagai hamba Allah yang soleh/solehah.
Alhamdulillah.....suka tengok anak2 manis ni...
ReplyDeletealhamdulillah...dr kecik2 nilah kita kena ajar..dan ternyata adik nana mmg bersemangat nk solat..melihatkan keinginannya suruh dijahitkan kain telekung..so sweet lah..
ReplyDeleteKak Tie - memang suka kan.
ReplyDeleteYan - KakChik pun syukur juga. Memang tersenyum memanjang dia pakai kain sembahyang.
Memang teringat zaman-zaman kecik dulu kan? Azizi dulu pun suruh mak carikan kain pelikat ke?
ReplyDeleteazizi - baru kakchik tau ada jugak org lelaki yg tak reti pakai pelikat ya hingga ke asrama. ingatkan kami je org pompuan yg tak reti pakai kain batik, hehehe
ReplyDeletehehe, comelnye.
ReplyDeletebgs nye. kecik2 dh pupuk amalan mulia ni, moga dh besar, jd anak solehah insyaallah. :)
mar - memang itulah yang diharapkan. bimbang juga zaman sekarang ni, kita boleh didik anak2 dengan baik di rumah tapi bila mereka masuk ke dalam masyarakat, pelbagai pengaruh kurang sihat mereka tengok dan mungkin ditiru. Sungguh membimbangkan.
ReplyDeletecumil nyer Nana... raser bsemangat lak nak jahitkan Telekung untuk eisya nie ha......
ReplyDeleteerin - mmg bagus cdgn tu, kasi semangat kat anak-anak. ajar2 diorang cara solat, moga2 ibadah penting ni akan sentiasa diorang pandang penting hingga ke tua.
ReplyDelete