Followers

3.1.09

Dedikasi untuk Teman-Teman Guru

Assalamualaikum untuk semua teman-teman yang dirahmati Allah. Esok akan bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2009 untuk sebahagian guru terutama yang bertugas di negeri-negeri Pantai Timur dan sebahagian lagi akan mula bertugas lusa.

KakChik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas untuk kalian semua terutamanya untuk azza dearie, mamahusna @ sarah, ummu hanis, one Z, kak aliya, hasz, pasti al-husna, sha dan sesiapa sahaja yang bergelar guru yang tersinggah di KeluargakuSayang ni.

Semoga kalian akan terus berbakti ke arah melahirkan generasi baru yang seimbang fizikal, spiritual dan sosioemosinya.

Kad di atas adalah untuk kalian semua.
SELAMAT BERTUGAS!

10 comments:

  1. kakchik dearie..
    terharunya..
    tkaseh atas ingatan kakchik..
    jarang skali org mengucapkan begini utk guru memulakan tugas di sesi baru..
    tkaseh kak..

    ReplyDelete
  2. my dear azza, sama-sama. kakchik tau guru juga perlukan semangat untuk memulakan tugas. harap-harap azza akan lebih bersemangat untuk ke medan ilmu ya.

    ReplyDelete
  3. :) sekolah dah buka kan...

    tahun baru, semangat baru....

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah.

    Melompat dari blog DS Fatimah. Sekolah tidak dilanda banjir ?

    ReplyDelete
  5. selalunya budak2 dan cikgu2 memang semangat. ingat tak masa zaman kita dulu, pakai baju baru, keras lagi kainnya.

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah utk Abang Long juga. Ooo lompat2 takpe, asalkan tetap pendirian hehehe... kat sini tak semua tempat banjir la Abang Long, hari ni dah sekolah cam biasa.

    ReplyDelete
  7. kakchik..thanks 4 d card..lily pun ngaja gak kakchik..kat politeknik muadzam shah...nanti kalau kebetulan nk ke JB bo la sggh umah lily...walau keje kt pahang tp still lg anak jati kelate...hehe

    ReplyDelete
  8. Lily, insya-Allah kalau ada rezeki KakChik lalu kat situ boleh la singgah. Dah lama ke keje kat poli tu?

    ReplyDelete
  9. ramaikan bloggers cekgu cekgi nie..aritu baca paper..peratus bloggers yg paling ramai terdiri daripada guru2 dan surirumah..hehehe..suri rumah pun termasuk tau..canggih betul surirumah zaman skrg nie kan..*perasan kejap*..

    ReplyDelete
  10. yan - betullah tu. cikgu-cikgi tu dah mmg depa kena pandai komputer pas tu zmn skrg kan zmn blogging, pc plk sng nak dpt, rege pun dah murah, sb tu lah surirumah mcm yan pun dpt blgging. lagipun surirumah zmn skrg ni dah educated. betul kan?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails