Followers

27.5.10

Jawapan kepada komen teman-teman di post sebelum ini

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Terima kasih banyak atas kesudian kalian singgah dan cuba menenangkan hati kakchik. Insyaallah kakchik akan balas satu demi satu komen kalian di sini.

Jue: Wa'alaikummussalam. Maafkan kakchik ya, tak dapat nak luahkan lebih dari itu. Tapi prihatin Jue telah banyak membantu. TQ dik.

Tukang Kata: Syukran. Kakchik ingat sangat kat buku La Tahzan tu. Saat macam ni kalau dibaca juga lagilah sedih rasanya.

Ani: Wa'alaikummussalam Ani. Maafkan kakchik takleh nak jawab.

Irma: Wa'alaikummussalam. Terima kasih dik. Memang benar.

Ika: Wa'alaikummussalam Ika. Amiin... moga Allah tunjukkan kebenaran.

Wa'alaikummussalam Catlina. Terima kasih banyak. Hopefully I'm that strong sis. Trying to brave the situation is quite hard even though my husband is always besides me. He also is clueless. Insyaallah... call me k.

Noorma: Waktu makan Noorma tak tentu masa ya. Dok rumah ok je kalau gitu... sumber makanan dekat hehe. Kalau dok keje ofis, cepat lapar dan cepat letih. Betul kata Noorma tu, tapi yang ni sangat menyentuh hati kakchik sebab terlalu ..... Sedih mengingatkannya.

Wa'alaikummussalam Hana. :) kakchik minum air arab dulu la ya, bagi tenang sikit. Terima kasih ya Hana, datang tolong console kakchik. Masalah dari sumber sekitar je.

Terima kasih Syafrizal. Insyaallah, itulah yang diharapkan.

Wa'alaikummussalam K.Atie. Huhu, kakchik bukannya baik sangat kak... biasa-biasa je. Kan nanti orang-orang tu baca dia kata kakchik nak menunjuk-nunjuk pula. Nak kawan-kawan puji. Dalam keadaan 'uzur' ni hanya mampu berdoa kak. Hati dah tenang tapi sedih tetap ada.

Sha, jangan risau ya. Insyaallah masalah kecik je... kakchik ni yang lemah semangat. Kena uji sikit dah berlebih-lebih.

Wa'alaikummussalam kak e. Insyaallah kakchik cuba kak. Sayu hati ni bila diingatkan kata-kata diorang. Tafsiran yang salah terhadap kita. Tenang baca ayat terakhir kak e tu.

Hani: Wa'alaikummussalam. Syukran Hani. Bertuah kakchik punya ramai teman yang ambil berat. Nak balas macamana pun tak tahu.

Aja: PHD.. memang mudah menggoda manusia. Kalau boleh nak juga biar sangkaan manusia tu selari dengan sangkaan Allah. Tapi hati manusia mudah PHD kan?

Kakasma: Terima kasih banyak kak. Tak tau nak kata kak. Suami pun dok tanya, siapa? Kenapa kakchik sedih? Susah nak cakap kat dia. Kita ada masalah dengan orang lain dan kalau bagitau kan nanti dia pulak yang marah kat orang tu. Jadi kakchik cuba sabar. Nak tunggu masa yang sesuai untuk bersemuka. Minta penjelasan.

Semoga jawapan kakchik walaupun tidak jelas akan memuaskan hati sahabat semua. Nak jawab dengan jelas, nanti kan ramai yang akan terasa hati pulak. Lemah kakchik nanti. Terima kasih banyak-banyak atas prihatin teman-teman semua. Semoga jasa kalian menyejukkan hati kakchik akan mendapat ganjaran Allah atas keikhlasan hati kalian. Kakchik sayang sahabat semua.

8 comments:

  1. salam achik niza..maafkan ibu kita ye..sibuk sangat ibu masak didapur sekarang ni,sampai tak sedar chik tengah bersedih,harapan faheem dengan ibu,achik niza dapat selesaikan masalah ni dengan baik.. :) senyum sikit achik...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kakchik harus terus kuat!

    *Semoga segala kekusutan akan terlerai dengan baik...

    Take care

    ReplyDelete
  3. takpe kak chik,saya faham kenapa kak chik tak nak share,mungkin personal..

    ~Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi berani semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.

    moga kuat ya kak! :)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Nan Faheem. Achik faham Ibu faheem tu macamana dan achik tak marah. Achik tengah fikir nak selesaikan mcmn ni. Insyaallah dpt diselesaikan. TQ nak.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam kak e.
    Terima kasih kak. Insyaallah akan kuat.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih tukang kata sb memahami. Kata-kata nasihat tu kakchik ingat sebab kakchik pun pernah nasihatkan seseorang seperti tu sblm ni. TQ.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails