Assalamualaikum dan salam dinihari semua.
Walaupun dah lewat malam, kakchik yakin masih ramai blogger di serata dunia yang masih setia menghadap laptop atau pc masing-masing, macam kakchik juga. Tapi lepas publish post yang ini kakchik rasa nak masuk beradulah sebab Putera Raja dah beradu dah... tak kan Puteri nak dok sorang-sorang kat bilik kerja ni, hehe.
Kawan-kawan pun tahu kan yang kakchik ni selain buat bisnes buku, ada juga bisnes abaya. Cumanya bisnes buku ada kedai nyata dan bisnes abaya pulak hanya kedai maya. Tapi tak kisahlah sebab dunia hari ni orang dah mula yakin membeli-belah di alam maya. Bukan apa, kadang-kadang malaslah nak memandu dalam jalan yang sesak, cari parking kemudian ke sana-sini menjelajah kedai, butik, shopping mall dan supermarket untuk membeli barang terutama kalau jenis kegunaan orang perempuan.
Bagi peminat dan pemakai abaya, membeli abaya secara online sudah menjadi satu kebiasaan sekarang ni. Pelik juga sebab tak dapat nak sentuh dan cuba tapi percayalah, bisnes ini berjaya. Contohnya, kakchiklah pelanggan dan kakchik juga penjualnya. Kakchik dah banyak kali membeli abaya dubai secara online dan setakat ini, alhamdulillah semua lancar.
Yang penting kita kena kenali dulu tuan punya bisnes online tu agar kita menjadi rapat. Kepercayaan akan terbina apabila ukhuwah yang ikhlas terjalin. Insyaallah kita sukar ditipu.
Malam ni nak tunjukkan beberapa helai abaya baru jenis berwarna. Huhu, bukan semua abaya warnanya hitam ya. Ada juga warna lain, misalnya seperti di bawah ni:
Semuanya jenis chiffon dua lapis kecuali yang stripey tu. Harga RM95.00 sehelai kecuali yang stripey tu RM89.00 sehelai.
Kalau ada kawan-kawan yang berminat, bolehlah order dengan kakchik ya.
Ok, selamat malam. Sweet dream.
Salam..wah cantiknye yg warna putih tu. nampak soft aje.heee.. smoge bisnes trus maju ye kak chik. x buka booth kat muktamar pas nnti?
ReplyDeletecantik sungguh yang stripey tu kak.. :)
ReplyDeletesaya ngat abaya ni jenis berbelah di depannya... bukan kah begitu kakchik ke saya sudah ketinggalan zaman?
ReplyDeletekalu berbelah nak juga carik satu sebab saya menyusukan baby
Alhamdulillah, semoga terus maju....
ReplyDeleteWkslm Zara. Yg putih memang cantik. Kalau dipakai nampak lady like. Semoga pemakainya pun punya akhlak yang ayu. Trm kasih ya Zara. Kakchik belum pasti nak buka gerai atau tidak. Kalau stok baru sampai, boleh kot buka, share dgn buku.
ReplyDeleteLeen, kakchik dah order sehelai yg stripey tu. Taukeh kena pakai baru tahu pros & cons nya. Selalunya kalau buka gerai, abaya yg kakchik pakai akan laku dibeli pelanggan sebab mrk nampak di badan kita.
ReplyDeleteWan, abaya ni ada macam2 fesyen. Tak belah langsung, belah depan, belah sisi dan zip di belakang. 90% berwarna hitam dan jadi pakaian harian wanita timur tengah.
ReplyDeletecntknya..
ReplyDeleteharga pn ok..
makin maju nmpak
lawa la yg last sekali tu...
ReplyDeletesekali selendang ke kak?
semoga bertambah maju...
kak chik, nak tahu ukuran bahu, labuh, n tangan untk yg stripey n yang warne krim-itam itu(last skali..)
ReplyDeletesy buleh g 16 bahu, tangan 22.5..
mekasih bnyk kchik...barakALLAH..
hudaidris
tahniah kakchik..cantekks
ReplyDeleteterima kasih kak nza.
ReplyDeleteterima kasih adreynieelisya. lagu maju kalau adreynieelisya jadi pelanggan kakchik hehe.
ReplyDeleteasha, ha'ah semua sekali dengan selendang yang sedondon. kakchik hanya jual yang lawa je :D
ReplyDeleteDarul, ukuran bergantung pada saiznya. Untuk semua abaya ni terutama yg stripey tu adalah antara saiz S - XXL. Darul bagi je ukuran badan Darul kat kakchik, senang nak rekomenkan saiznya.
ReplyDeleteterima kasih ina @ ibu 2AZ
ReplyDeleteSalam kakchik,
ReplyDeletesaya mcm berminat nak yg stripey tuh.. dgn yg hitam bulat2 putih tuh..
Saiznya mcmana ya? kalau boleh nak yang zip belakang tanpa belah2 sisi.. Ada ke kakchik?
Bahu 16, lengan 22.5 atau 23 labuh jubah 56
cantiknya kakchik! murah pulak tu. selalunya abaya kan beratus juga harganya
ReplyDeleteWa'alaikummussalam wanita mustanir.
ReplyDeletealhamdulillah... kalau minat bolehlah order mengikut saiz yg biasa adik pakai. kalau ikut ukuran yang diberi tu, adik sesuai pakai saiz L. tentu adik seorang yang kurus tinggi ni.
kalau nak order, sila email ke sini ya: hanniaziz@yahoo.com
nadiah, ha'ah memang cantik sebab itulah kakchik suka nak promote. harga murah, affordable kan.
ReplyDeleteInsya ALLAH kak chik business kak chik pasti akan berkembang maju..mana tahukan lepas ni boleh buka kedai abaya macam kak Aida..Insya ALLAH, amin..
ReplyDeleteMemang sah saya dah pun menjadi pelanggan setia kak Chik..next order abaya apa yek? any suggestion kak Chik? :-)