Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua teman-teman di alam maya ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.
Fuh! Berpeluh sakan kakchik makan mee bandung tadi sambil mata tengok cik abe yang sedang serius meng'update' blog sukannya. Jangan cuba-cuba nak kacau, bahaya... :( Sekarang kan macam-macam sukan besar yang sedang berlangsung di serata dunia ni. Yang kakchik tau cuma Piala Thomas dan World Cup. Itu pun tau nama ajelah... bukannya tau lebih dari tu. Tapi... suami kakchik tau tersaaaaaangatlah banyaknya pasal sukan ni. Kalau tak percaya, cubalah tengok berapa banyak blog dan website sukan yang dia kendalikan. Contohnya yang ini: http://wisel.net , http://beritabola.sokernet.com/ , dan http://liga-m.sokernet.com/
Kakchik baru balik dari kedai ni. Hari ni buka kedai lambat sebab sekarang ni kakchik takde pekerja. Huhu, pembantu kakchik dah berhenti kerja Khamis lepas sebab dia dapat panggilan Kursus Salun bersama PUNB. Susah sungguh kakchik nak dapatkan pengganti. Dah 4 hari kedai tak beroperasi dengan sepenuhnya. Sedih la macam ni. Orang berbisnes ni kalau bisnes tak jalan, ruginya bukan sedikit... tapi nak buat macamana kan? Kenalah bersabar dan berusaha mencari pembantu yang baru.
Sebelum ke pejabat pagi tadi.
Jadi setiap hari lepas habis kerja di perpustakaan, kalau kakchik sihat, insyaallah kakchik akan ke kedaibuku MARIBACA, buka sampai pukul 9 malam. Kalau tak... tentu pelanggan dan jiran-jiran tertanya-tanya, kenapa kedai bertutup je... Alhamdulillah, esok pembantu kedai yang baru akan mula bekerja. Harap-harap kakchik dapat membina hubungan yang baik dengan pekerja kakchik yang baru ni. Paling penting, kakchik perlukan dia seorang yang AMANAH.
Kelas kakchik untuk semester Mei pun akan bermula Jumaat ni. Tutor-tutor belum pun kakchik tahu siapa mereka. Semester ni kakchik ambil 3 subjek, Teaching Reading, Teaching Writing dan Teaching Grammar. Kalau tengok pada modul-modul yang OUM bekalkan, nampak macam interesting semuanya. Harap benar tutor yang mengajar kakchik nanti seorang yang ceria sebab kelas kami hanya one-on-one sebab kakchik sorang je yang minor English.
Petang tadi kakchik menerima kunjungan dari 2 orang wakil 2 buah syarikat penerbit buku, PTS dan Galeri Ilmu. Kakchik sangat suka menerima kunjungan wakil-wakil penerbit sebab itu menandakan mereka prihatin kepada pengusaha kedaibuku Indi seperti kakchik ni. Pengusaha kedaibuku yang modalnya kecik tapi semangatnya BESAR. Banyak juga yang kami bincangkan dan kakchik dapat merasakan betapa besar harapan para penerbit ni untuk melihat kedaibuku kakchik MAJU. Itulah yang kakchik rasa.
Sekali ingat, rasa macam nak berhenti kerja dan tumpu 100% kepada 2 bisnes kakchik ni tapi belum masanya. Hati ni dah begitu teringin untuk berdikari sepenuhnya. Insyaallah ... dah tak lama dah... Kakchik mohon setiap hari agar Allah jadikan kakchik seorang yang KAYA. Kaya harta, boleh lunaskan hutang, senangkan hidup keluarga, membayar zakat membantu orang susah, mengerjakan haji dan umrah, dan mendapatkan rawatan terbaik untuk mendapatkan zuriat.
Kakchik juga berdoa mohon Allah jadikan kakchik seorang yang KAYA. Kaya budi, akhlak mulia dan kasih-sayang bagi menarik minat orang ramai mencintai Islam. Islam itu agama yang aman, cara hidup yang lengkap dan terbaik. Kakchik ingin kaya dengan sifat-sifat mahmudah kerana hati-hati yang keras boleh menjadi lembut dengan contoh tauladan yang baik. Dakwah bil hal kata orang.
Tapi kan... walaupun banyak kerja yang perlu dilakukan, bila kita niatkan ikhlas kerana Allah (kakchik pun tak pasti semuanya ikhlas atau tidak) kita rasa semuanya mampu dibuat dan ok saja. Kawan ada kata, "Innamal a'malun binniyah... segala amalan bermula dengan niat...". Niat baik, dapatlah kebaikan... kalau tak ikhlas... SIA-SIA...
semoga berjaya kak;)
ReplyDeletejenguk2 lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
Terima kasih amar haziq. insyaallah kakchik jenguk.
ReplyDeletesalam kakcik, ada meniaga ni yang kita tak boleh jalankan sengsorang. Mesti ada bantuan dari orang lain. Dan kita akan sentiasa berterima kasih pada orang yg membantu kita. Tapi selama mana mereka boleh berkerja tu diluar kawalan kita. Nasib baik dapat lama. Kalau berhenti nak kena train yang baru pula.
ReplyDeleteDapat yang baik alhamdulillah..
Begitulah perjalanan org yang meniaga ni ye kakcik..
kakpah kalau ke kb nanti nak jumpa kakcik lah... tapi tak tau bila hehe..
salam...
ReplyDeleteniat kita,keikhlasan kita,hanya kita dan ALLAH yg tau,kan...
ramai org sering berkata,saya ikhlas,derma saya ikhlas...tp masa dok bg derma tu,kamera lip lap lip lap amik gambar,terpampnag kat akhbar hehe...
salam k.chik..bestnya ada kedai sendiri..mudah2an kchik dpt pekerja yg amanah..amin
ReplyDeletewa'alaikummussalam kakpah.
ReplyDeletememang betul kak, meniaga ni nak kena ada geng (kita + staf) tambah2 kita yg ada kedai ni. kalau bisnes online je mgkn takde hal sangat. 3 orang staf sebelum ni semua sedara-mara yang sangat-sangat bagus kerja mereka dan amanah. ulangan melatih staf baru ni memang perlu dibuat sb nak dia faham prinsip, polisi dan cara bisnes kita. moga2 baiklah dia hendaknya.
boleh je kakpah nak jumpa... nanti dtg tu bagitau ya.
wa'alaikummussalam kak kam.
ReplyDeleteha'ah. semuanya antara kita dengan Allah sahaja. bimbang nak sebut 'saya ikhlas' sebab dah jadi tak ikhlas la pulak. yg tunjuk dlm s/khabar tu taktik politik tu kak, hehe
wa'alaikummussalam jue.
ReplyDeletebest tu ya jue... tapi risikonya tinggi. insyaallah jue, kakchik pun mohon dgn Allah pekerja baru ni seorang yg amanah. amiin
kakchik..sy pun berniaga sambil bekerja...
ReplyDeletesy pun susah nak ada perasaan percaya kat pekerja..ada yg leh sy percaya sgt2 tapi dia tak reti buat keje..slow lak tu..kadang2..dia cuci baju tak bersih...
tapi yg pandai plak...mulut dia menjaja ke kedai seangkatan yg lain..tak paham sy
kita ni businesswomen yang perlu kerja kuat kan asha? mmg tak senang nak dapat pekerja yang serasi dgn kita dan amanah pula. banyak pengalaman kawan2 yang pekerja menyusahkan bisnes diorang. bukannya kita dpt sepanjang masa dok di kedai nak memantau, itu yg nak sgt yg amanah tu. susah la kalau dpt yg suka menjaja tu... dok dlm shopping mall ni, pembantu2 kedai akan berkumpul kat mana2 bila pelanggan takde... itu yg kakchik selalu tengok. entah apa yg diorang bualkan.
ReplyDeletesalam kakchik
ReplyDelete"Kakchik mohon setiap hari agar Allah jadikan kakchik seorang yang KAYA. Kaya harta, boleh lunaskan hutang, senangkan hidup keluarga, membayar zakat membantu orang susah, mengerjakan haji dan umrah, dan mendapatkan rawatan terbaik untuk mendapatkan zuriat."
amin,amin ya rabbal alamin
Wa'alaikummussalam Ummu Masyitah.
ReplyDeleteTerima kasih banyak dik.
salam 'alaiki kakchik. sy ada persoalan... apa ubat bagi hati yg x ikhlas?
ReplyDeleteWa'alaikummussalam fasihah.
ReplyDeleteHati yang tak ikhlas kena disedarkan dengan peringatan tentang sia-sianya amalan tanpa keikhlasan. Buat penat saja buat itu ini tapi hanya setakat dunia saja. Itu pandangan peribadi kakchik la ya. Nak lebih baik, kenalah cari 'doktor' kalbu.