Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Sedang buat apa tu? Tengok tv ke? Atau sedang bersembang-sembang bersama ahli keluarga macam adik-adik kakchik dengan ummi kat luar tu. Budak-budak semua dah tidur sebab esok diorang sekolah. Kalau dibiarkan tidur lewat, kan liat pulak nak bangun subuh esok dan mandi pagi. Macam juga kita yang dewasa ni, kalau susah nak bangun pagi dan solat subuh di awal waktu, janganlah suka membuta hingga lewat pagi. Kan terbabas pulak solat 2 rakaat tu.
Sumber: ratz4me photobucket
Kakchik nak cerita pasal satu sikap yang paling kakchik benci iaitu sikap cakap tak jelas dan bila orang tak faham, mulalah cepat naik angin dan nak marah-marah. Selalunya kalau ada sesiapa yang bersikap begini dengan kakchik, tindak balas pertama dari kakchik ialah berdiam diri. Kakchik memang akan diam dan tak akan jawab langsung. Nak tengok muka pun kakchik tak ingin. Kalau tengok kan rasa nak laser je. Baik diam. Lebih selamat.
Hari ni ada dua kes kakchik bertemu orang yang bersikap begini. Mereka ni ingat kakchik ni apa agaknya. Bukannya kakchik ni robot, takde perasaan, tanpa empati dan timbang rasa, cepat je nak arah itu ini. Please lah... kakchik ni manusia, perempuan pulak tu. Bukan tak sudi buat tapi sabarlah, bagi can kakchik selesaikan urusan yang ada dulu. Hmm... komunikasi tidak berkesan, hasilnya adalah yang naik marah.
Dalam dua kes yang berbeza tu dengan dua insan yang berlainan, terasa berat sungguh beban jiwa ditambah pula beban fizikal. Kena SABAR tahap gaban lah jawabnya. Berdiam dirilah kakchik kerana tidak mahu mereka berdua tu semakin naik angin. Orang tengah panas tak tentu pasal, kalau dibalas, makinlah panas. Nafsu ammarah ni memang begitulah lumrahnya.
Oleh sebab kakchik dah letih fizikal dan mental, malaslah nak counter attack. Lagipun itu bukan strategi yang bagus. Yang paling mampu kakchik lakukan ialah berdoa agar mereka lekas istighfar, kalau sudi MOHONLAH MAAF, insyaallah kakchik akan maafkan.
peringatan utk diri sy gak..mudah marah..tapi sejak keje kerajaan ni kena byk bersabar dgn kerenah anak2 buah..:)
ReplyDeleteddy pn x suke org yg macam tu. annoying.
ReplyDeletemarah..darah mengalir laju..kalau darah tu sampai ke tempat yang tak sepatutnya mcm tangan atau kaki..memang habis la..
ReplyDeletenak kawal marah ni depend kat individu..in your case..sabar je la yek?
sabar je la kak chik....orangni memang macam macam ragam kan...
ReplyDeletesalam kakchik.
ReplyDeletebetul tu sy setuju sgt. sebelum marah org, kita kena siasat dulu. lawa la abaya tu..
:)
Catlina, bila kita sedar tu senang kita nak control tapi ada pulak orang yang tak sedar-sedar w/pun dah beberapa kali dapat respon dingin dr kakchik. Keje macam Catlina tu mmg kena byk sabar sb interaksi dgn org dan haiwan.
ReplyDeletebetul tu ddy, sikap macam tu mmg sgt annoying
ReplyDeletebudakHitam, tahap kesabaran ni dia boleh dikawal atas bbrp syarat tapi max tetap ada. tapi kakchik masih boleh bertahan kerana selalu ingatkan diri, Allah suka orang yg sabar.
ReplyDeleteshiori, hehe, kita pun ada ragam juga cuma takde orang nak bagitau kita ni sikapnya elok atau tidak. hanya harap takdelah sikap buruk ada pd diri kita.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Intan.
ReplyDeleteSepatutnya begitulah tapi orang tu memang takde pun nampak diam dan berfikir sebentar malah terus je marah. Ammarah dia lebih kuat nampaknya.
Abaya cantik tunggu Intan order je.