Items in this set:
Vic Matie 0832607ac420, 170 CAD
Melie Bianco Fringe Hobo, $80
Amazon.com: White Gold Rhodium Bonded Purple and Blue Enamel Band with..., $43
Miami Nice Bangle Stack, 14 GBP
Abayas : Waafia: Modest, Islamic, Muslim, and Sunnah Clothing for Men...
Vic Matie 0832607ac420, 170 CAD
Melie Bianco Fringe Hobo, $80
Amazon.com: White Gold Rhodium Bonded Purple and Blue Enamel Band with..., $43
Miami Nice Bangle Stack, 14 GBP
Abayas : Waafia: Modest, Islamic, Muslim, and Sunnah Clothing for Men...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar hari ni? Kakchik doakan kalian semua sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. Hari kerja, memang lambat sikitlah nak update blog. Dah masuk jam 3 lebih ni ada masa untuk rehat sebentar, bolehla tengok blog sendiri.
Bukannya ada idea sangat pun. Tapi petang ni kakchik nak kongsikan dengan kalian pengalaman kakchik memakai ABAYA. Itulah dress yang macam JUBAH tu... warnanya hitam, datangnya dari Dubai, UAE. Kalau di sana abaya ni ialah PAKAIAN TRADISI tapi bagi kakchik pulak ia pakaian paling sopan dalam menutup aurat.
Kenapa pakai abaya?
- Menutup aurat dengan sempurna.
- Hitam itu pakaian muslimah zaman Nabi Muhammad s.a.w.
- Ianya selesa, tak panas walaupun berwarna hitam, bebas bergerak.
- Elegan, sesuai untuk pakaian harian sama ada ke pejabat, membeli-belah, berkelah, majlis-majlis rasmi mahupun memanjat bukit (jangan tak percaya!).
- Orang kenal kita wanita Islam.
- Abaya boleh dipakai oleh sesiapa saja, kawan kakchik seorang Kristian juga selesa pakai abaya sebab dia rasa dirinya SOPAN.
- Abaya membuatkan kita terasa lebih terjaga dari segi akhlak dan pergaulan.
- Fesyen dan coraknya pun sudah pelbagai tapi kakchik suka yang ringkas-ringkas.
Tak boleh pakai baju lain ke?
Mestilah boleh... tapi bila pakai abaya, kakchik boleh aje nak pakai apa saja fesyen yang trendy di bawahnya. Nak berhias sakan pun tak apa sebab hanya suami yang lihat, orang lain cuma nampak abaya kakchik je. Nak pakai SEKSI pun boleh je... asalkan suami sorang yang melihatnya. Tak gitu ke Yang?
Kalau nak cepat ke mana-mana, sarungkan saja abaya ke atas pakaian sedia ada dan lengkapkan dengan tudung labuh yang sesuai. Dalam gambar di atas tu labuh tudungnya belum cukup tu. Kena labuh melebihi paras dada, baru menepati syariat. Kakchik sentiasa cepat sebab bersiap memang mengambil masa yang sangat singkat.
Sebelum kenal abaya, kakchik melalui 2 fasa pakaian muslimah iaitu FASA BAJU KURUNG dan FASA JUBAH. Semasa di sekolah rendah dan menengah, kakchik gemar berbaju kurung. Jumlah baju kurung boleh mencapai lebih 20 pasang, banyak yang masih boleh dipakai hingga ke hari ini. Sekarang baju kurung kakchik pakai di bawah abaya.
Bila mula mengenali jubah, jubah menjadi pakaian luar dan baju kurung di dalamnya. Begitulah sehingga kakchik tamat universiti. Bila dah bekerja, bergaul dengan ramai orang dari dalam dan luar negara, kakchik melihat kepada keindahan memakai abaya hitam ini. Setiap kawan yang dikenali yang memakainya setiap hari, mempunyai akhlak dan perwatakan yang sungguh memikat. Siapa yang tidak tertarik kan?
Tahun 2007 kakchik membeli abaya pertama buatan Indonesia. AKU SUDAH JATUH CINTA. Itulah yang berlaku kepada kakchik. Bila nak pakai, mestilah kakchik mencari. Internet menjadi enjin carian dan akhirnya kakchik kenal ABAYA DUBAI dan dari situlah koleksi pakaian di dalam almari mula menjadi hitam sikit demi sikit disulami serba sedikit warna-warna yang kakchik suka, hijau, merah, ungu dan coklat.
Siapa kata bila pakai abaya, kita jadi mundur. Tipu je. Kakchik langsung tidak mundur dalam pakaian ini, malah rasanya semakin maju ke depan sebagai Muslimah. Kakchik yakin, kalau Saiyidatina Khadijah boleh terkenal kerana beliau isteri Nabi yang berjaya sebagai usahawan, kakchik juga boleh ikut jejak langkah beliau.
Pakai abaya memang best!
berapa range harga abaya ni k.chik..
ReplyDeletesaya pun suka dah pakai abaya.. baru je pakai abaya aritu.. selesa..
ReplyDeletejue, abaya yang kakchik jual range harganya antara RM130 - RM300.
ReplyDeletetahniah wanita mustanir. langkah yang bagus tu :D
ReplyDeleteZue pun suka pakai jubah/abaya...lg selesa dari baju kurung rasanya...baru 2-3 tahun nie start pakai.
ReplyDelete***Td zue beli abaya baru, hihihi....sukanya...saja nak share ngan kak chik :)
salam kak chik...fatin iman here hehe
ReplyDeletei really hope everyone enjoys donning d abaya as much as we do!! peace!
abaya is definitely the best muslimah attire, u still look smart and approachable even though in full black attire!
keep writing kak..btw im in KT..insyaAllah we can meet up n share stories! can't wait!!
wassalam
zue, bila dah mula memakainya memang susah dah nak tukar kpd yg lain terutama abaya hitam ni.
ReplyDeletekakchik dah pegi tengok abaya zue kat blog, cantik.
wa'alaikummussalam iman.
ReplyDeleteyes, you are right sis. wearing abaya still make us smart & approachable. it even make us look elegant isn't it?
insyaallah i'll keep sharing if i have time to spare.
thx for dropping by iman.
Assalamualaikum semua,
ReplyDeleteMaaf dikchik(sebab kak dah tua), menyampuk sikit. Akak ni tak berapa pandai bab fesyen ni,nak tanya sikit. Apa bezanya antara abaya dengan jubah ye? kainnya ke atau potongannya atau selain darinya?
Wa'alaikummussalam kak nisha. Setahu chik jubah ni panggilan kita orang di sebelah timur. Abaya pulak digunakan oleh orang di timur tengah dah ianya panggilan umum untuk dress warna hitam tu. Abaya ni maksudnya pakaian luar untuk menutup badan kita. Majoriti warnanya hitam, pakaian harian wanita timur tengah. Jubah kebanyakannya cutting dia ikut badan. Abaya pula cuttingnya sama ada A-line atau lurus dan biasanya sangat longgar. Kain jubah ada macam-macam begitu juga abaya tapi abaya direka dan dibuat menggunakan kain hitam yang selesa dipakai dlm cuaca panas. Itu je yang chik tau.
ReplyDeletekak chik...lama lin tak datang menjenguk .dah makin berkembang biak dah bisnes nampaknya ke abaya plak nih..hehe
ReplyDeletesaiz abaya untuk lin ada tak? sbb slalu panjang dah ok tapi lebar baju besar sgt ..slalu kn alter..
Salam kak Chik,
ReplyDeleteakak start wearing abaya last year je. Sebelum ni jubah biasa dan baju kurung..tapi itulah macam kak chik katalah..sejak akak nekad demi kerana ALLAH akak hanya akan berabaya hitam sahaja memang sekarang tengah giat usaha mengumpul abaya..still tak cukup koleksi..sebab faktor harga, tapi sejak akak tahu abaya di on9 lebih murah so memang melekat le ke situ..
Thanks kak chik..you made me very motivated to teach our muslimah to wear the real islamic dressing...love you
lin, kakchik dah buat bisnes abaya ni sejak bln Nov tahun lepas. kalau lin berminat silalah ke Abaya Elegan, insyaallah saiz org tinggi macam lin ada.
ReplyDeleteWkslm kak azah,
ReplyDeletekakchik pun takdelah lama sangat berabaya hitam ni kak. dulu hanya berjubah pelbagai warna pastel dr tingkatan 4 sampai la skrg. tapi hitam ni bila dipakai dia jadi tak mau dah warna lain. sgt selesa sekali. hairan kan? kakchik jadi penjual abaya ni pun sebab mahal sangat nak beli di kedai kak.
you are welcome kak. my motivation alhamdulillah comes from inside and also from friends around me who share the same feeling.
salam kakchik! dh lame jadi pembace senyap blog kakchik..kalu nk copy post kakchik yg ni ke page fb saye boleh? hehe..tq!
ReplyDeletewkslm dLyNn. terima kasih ya sebab setelah sekian lama senyap, kali ni ada 'suara'nya. silakan. boleh saja.
ReplyDeleteSalam kakcik .. Masih berkecimpung dalam dunia abaya ke? Kite nak jumpang promote abaya kite bole tak? https://m.facebook.com/nursurayaofficial/
ReplyDelete