Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Malam-malam ni baru kakchik ada masa nak baca betul-betul suratkhabar dari muka ke muka. Siang tadi hanya belek-belek dan baca tajuk menarik je. Tu yang terbaca artikel Paknil terus je kakchik kongsikan kat sini tanpa sebarang komen pun sebab masa tu kat pejabat jadi 'copy & paste' ajelah. Lagipun tulisan Paknil tu memang cukup bernas, tak perlu nak diulas lagi.
Malam ni kakchik terkesima bila membaca berita ini:
Eksperimen budak
Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.
Sumber berkata, tiga murid itu bersama mangsa yang juga rakan sekelas dikatakan berada di dalam bilik darjah di sekolah itu walaupun sesi persekolahan berakhir.
Perbuatan mereka dikesan seorang guru agama yang kebetulan melalui kawasan kelas berkenaan apabila mendapati bilik darjah itu dalam keadaan pintu dan tingkapnya berkunci, tetapi timbul rasa curiga selepas menyedari kipas masih terpasang.
“Berikutan itu, guru terbabit segera menghampiri bilik darjah berkenaan sebelum disedari semua murid berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Guru wanita itu yang curiga melihat perbuatan murid terbabit membuat aduan kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber berkata, guru disiplin terbabit kemudian memanggil ibu bapa murid perempuan itu dan menceritakan perkara yang berlaku sebelum dinasihati membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM).
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka lama pada bahagian alat sulit mangsa. Berikutan itu polis menahan dan merakam keterangan ketiga-tiga murid lelaki itu untuk siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga murid lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu (rogol) kerana perasaan ingin tahu,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 30-an dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.
Rujuk: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Eksperimenbudak/myMA/myArticle/
Sedihnya hati membaca berita-berita begini. Mereka semua masih kanak-kanak yang sebaya dengan anak saudara kakchik. Sepatutnya di usia 11 tahun itu mereka menikmati dunia kanak-kanak yang penuh keriangan dan diberi didikan agama sebaik-baiknya sesuai dengan peringkat tumbesaran mereka.
Timbul persoalan di sini,
- Bagaimanakah mereka boleh timbul keinginan untuk melakukan seks?
- Di manakah mereka melihat aksi-aksi tersebut?
- Adakah ibu bapa dan keluarga tidak memantau aktiviti anak-anak mereka? Terutama bila menggunakan internet, menonton VCD/DVD mahupun menatap bahan bacaan (yang bagaimana?)
- Siapakah yang akan menanggung dosa mereka yang teruja seksualnya sebegitu awal?
Hati kakchik teramat dukacita. Entah bagaimana nasib kanak-kanak berempat itu? Jika mereka tidak diberi nasihat, teguran, didikan yang sebetul-betulnya selepas ditangkap melakukan seks itu, masa depan mereka mungkin gelap. Gelap dari segi kehidupan dunia dan bimbang juga gelap dari akhirat juga.
Semoga ada pihak yang sudi tampil memberi kaunseling terbaik buat semua kanak-kanak itu. Janganlah dibiarkan mereka hanya diadili oleh undang-undang saja. Adililah mereka dengan didikan agama yang sebaik-baiknya.
Sebagai ibu bapa, kakak, abang mahupun datuk atau nenek, kembalilah kepada cara hidup Islam. Bersihkan rumahtangga kita dari anasir-anasir dosa agar masa depan generasi baru lebih terjamin di dunia dan akhirat.
Kakchik teringat perbualan dengan seorang pelanggan tentang anaknya yang terlepas cakap, "Kawan adik kata kat rumah dia ada banyak CD lucah. Mak dan ayah dia tengok sama-sama." Nak pengsan dibuatnya wanita itu mendengar perkataan anaknya yang baru di Tahun 4.
nauzubillah.... umat muhammada..umat akhir zaman...
ReplyDeleteSemoga ALLAH melindungi anak2 kita dari kejadian begini :(
ReplyDeleteastaghfirullah al azim... takutnya saya kakchik... kesian anak anak kita sekarang =(
ReplyDeleteHafiz, kita minta dijauhkan Allah dari berlaku lagi hal yang sama.
ReplyDeleteSemoga sistem Co-ed ini diteliti semula.. Perencanaan musuh musuh Islam begitu licik.
ReplyDeleteKanak kanak sedari kecil lagi tak segan silu sama berlainan jantina. Hantar anak anak anda ke sek yg mengasingkan antara jantina, lebih baik kalau hantar ke sek all boys atau all girls school. Terlebih baik sekali ke sek agama.
p/s: Sek lama saya adalah all boys, sekarang ni dah co-ed. Sapa yg tukar tu?
nowadays younger generations.. exposed too much to such matters =/
ReplyDeleteya'ALLAH chik..naik risau baca artikel camni...mudahan anak2 kita takde yg terjebak dgn perasaan ingin tahu ni lebih awal dari usia yg tak sepatutnya...
ReplyDeletesalam k.chik..'selamat hari ibu' tuk k.chik & bonda k.chik gak...Lama rasanya x ziarah umah k.chik nie...rindu lak ngan cite k.chik..ngeeee.nanti dtg umah k.atie ambil bunga sempena hari ibu nie yer...
ReplyDeleteastagfirullah..sy rasa takut pulak nak besarkan anak2 ni kak chik..mohon dijauhkan Allah dari bala sebegini..amin..
ReplyDeleteasiah: suasana skrg ni jadi cabaran besar ibu bapa mendidik anak. terlalu mencabar
ReplyDeleteSitisifir10: Sama-samalah kita berusaha agar Allah selamatkan kita dan anak2 kita.
ReplyDeleteSdr Azhar: Kakchik setuju kalau ke sek agama. Sek co-ed atau single gender pun banyak masalahnya. Skrg ni lesbianism berlaku di mana2. Musuh merancang, kerajaan kita ikut je... tanpa sedar, hasilnya adalah suasana kini.
ReplyDeletekenwooi: agree with you bro. parents are being lenient, access is too easy. unlimited. no prohibition and good supervision.
ReplyDeletecikmin: sama-samalah kita didik anak2 sebaik2nya ikut acuan Islam. kadang tu kita dah jaga elok2 tapi bila ke sekolah, berkawan dll... ancaman mula datang. na'uzubillah. semoga anak2 cikmin dilindungi Allah.
ReplyDeletesalam kak chik;
ReplyDeleteada gak terbaca pasal nih...dan ada member bagitau tadi huhuhu risau gak bebudak skang nih curious sangat kan...
wa'alaikummussalam shiori.
ReplyDeletememang merisaukan, kadang2 tu kita sampai trauma bila ingatkan masa depan anak2. moga2 anak2 shiori dijaga oleh Allah SWT.
astaghfirullah al 'adzim...
ReplyDeleteterkejutnya nadiah baca berita tu! mdh2an keluarga kita dilindungi Allah & dijauhkan dgn perkara2 mcm tu