Followers

13.5.10

Piala Thomas: Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Wah... TAHNIAH ya Malaysia sebab dapat masuk SEPARUH AKHIR!

Piala Thomas 2010
Sumber: www.ehoza.com

Piala Thomas, kakchik langsung takde masa nak menontonnya. Berbeza dengan cik abe yang sememangnya dari beberapa hari lalu meluangkan masa menontonnya di astro. Dia kan blogger sukan hehe. Tengoklah update kat blog dia ni: http://wisel.net/

Kalau tanya kakchik pasal sukan badminton ni, minta maaflah sebab memang langsung tak minat. Lagipun kat dalam rumah ni 2 tv masing-masing ditonton oleh adik ipar dan juga cik abe. Semalam adik ipar kakchik mengeluh sakan. Katanya teruk sungguh prestasi pasukan Malaysia. Tekun sungguh dia dok tengok tv tu sampai anak-anak nak mandi petang pun jadi lambat hehe, penangan Piala Thomas.

Para peminat sukan badminton tentu dari awal-awal dah booked saf depan untuk tengok tv kan. Blog cik abe pun beratus-ratus pengunjungnya yang sentiasa nak tengok update terkini.


Kalau sudi, singgahlah ya, tanda sokongan dan juga kerana anda minat sukan.

Dan ini pula berita terkini myMetro:
Piala Thomas: Malaysia mara ke separuh akhir
MALAYSIA melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra malam ini.
Lee Chong Wei mlwn Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17.
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17, 21-19.
Wong Choong Hann tewas kepada Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21. Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas kepada Lars Paaske/Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21.
Hafiz Hashim mn Joachim Persson (DEN) 21-12, 21-10
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PialaThomas_Malaysiamarakeseparuhakhir/Article

10 comments:

  1. salam kakchik...
    ain minat juga tengok badminton ni...tp takde la sampai mewajibkan diri...tadi pun menonton sambil memasak...tahniah la untuk Malaysia

    ReplyDelete
  2. masa mula2 tuh tertekan jugak...maklumlah, dah lama betul tak tgk piala thomas dengan 100% focus. tp lepas tuh terus rasa hepi.

    berbaloi usaha mereka...

    ReplyDelete
  3. Congrates to Malaysia team and all the best for the outcoming matches..

    ReplyDelete
  4. kakchik...sy pun tensen ada pialothomas ni...nak tgk adamaya jadi berebut..walau tv ada 2 gak..tapi satu lagi tak bape clear...sesuai pasang cd je kat satu lagi tu

    ReplyDelete
  5. wa'alaikummussalam ain.
    masing-masing punya minat kan ain. kakchik minat bola keranjang dgn hoki, badminton dgn bola boleh bagi kat cik abe. dia wajib tengok sebab memang dah kerja dia. elok2 tengok sambil memasak, kan hangit kan...

    ReplyDelete
  6. sha, kakchik tengok muka adik ipar kakchik pun gitu juga. moga2 separuh akhir pun bagus juga.

    ReplyDelete
  7. yes, jfook. congrats to them.

    ReplyDelete
  8. asha, terkekeh kakchik baca komen asha tu. huhu, kalah le adamaya kalau bos nak tengok badminton. nasib baik kakchik tak pernah tengok adamaya, kan terpaksa pulak buka tv kecik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs