Assalamualaikum dan salam malam yang nyaman untuk semua.
Oleh kerana sudah beberapa kali dah kakchik menyentuh isu pakaian wanita Islam terutama pasal tudung, malam ni rasanya kakchik nak kongsikan contoh pakaian yang boleh menutup aurat dengan paling modest asalkan TUDUNGNYA DILABUHKAN ke bawah paras dada.
Gambar-gambar ini semuanya kakchik salin dari laman web AMAL MURAD, seorang pereka abaya dari UAE. Gambar-gambar model abaya ini adalah yang kakchik rasa sangat sederhana.
Abaya jenis Butterfly
Kakchik sangat berkenan dengan yang ini. Cuttingnya cantik.
Ada unsur-unsur etnik, menarik.
All black - bagi yang tak suka ada warna lain, yang ini pun boleh.
Potongan abaya ini adalah sangat cantik terutama bila ia kembang ke bawah begitu. SATU yang kakchik TIDAK SETUJU ialah bahagian atas yang tidak benar-benar tertutup. Kena pakai tudung lagi besar.
Ada banyak lagi abaya yang direka oleh Amal Murad ni tapi kakchik cuma pinjam 5 contoh sahaja untuk kita 'mencuci mata'. Yang paling bawah tu mungkin tidak sesuai untuk dipakai hari-hari kerana ia agak sarat dengan sulaman. 1, 2 dan 3 tu kalau kakchik la kan, kakchik rasa kakchik boleh pakai ke pejabat atau ke MariBaca.
Oleh kerana kakchik ni suka pakai abaya, maka kakchik pun sukalah juga nak kongsikan minat kakchik kat sini. Lagipun pakaian ini sangat bagus untuk menutup aurat kita. Pertimbangannya adalah mengikut ciri-ciri pakaian wanita Islam yang telah digariskan oleh agama kita.
Itu saja perkongsian malam ini. Wassalamualaikum.
Rujukan: AMAL MURAD
idah ada tgk td dalam FB...masha Allah cantik2 sungguh designya kak..antara 5 gmabr yang akk pamer ni idah pun suka hok no dua tu..mcm kaftan pun iye juga kan...sekali dgn shayla kan kak?meruntun jiwa..sbb tu kalau tgk stok abaya rasa nak amik semua..ihik:)
ReplyDeleteabaya bukan sahaja cantik,malahan menutup aurat lagi
ReplyDeletetengah2 malam pun kakchick masih aktif ye..huhu
jenguk2 lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
nice to see nice to hold haha
ReplyDeleteidah, harganya juga boleh membeliakkan mata hehe. ooo suka yg no 2 jg ya. ada banyak sungguh design amal yg taste kakchik. mmg meruntun jiwa la idah. ambik idah... jgn tak ambik
ReplyDeleteamar haziq, kakchik dah nak lights off dah ni. esok ada kelas. nanti boleh la amar belikan untuk ahli keluarga yg perempuan, hadiah agar menutup aurat.
ReplyDeletekakchik singgah esok la di blog amar sb nak tidur dah. tima kasih dtg.
miss havoc, kena sambung ayat tu... nice to wear too
ReplyDeletesalam kakchik..apa kabar
ReplyDeletecantiknya...designnya tak berlebih2an..
wa'alaikummussalam kak kam. yang tak berlebih-lebihan itulah yang cantik kak.
ReplyDeletesalam k.chik..
ReplyDeletecantek2 lah..sy suke yg no. 2 & no. 3
salam kak chik,
ReplyDeleteyang bestnya tudung model tu sama coraknya ngan abaya. sepadan.. :) yang fening bila dapat baju cantik, tudung tak serasi..aduh..
Wa'alaikummussalam Jue.
ReplyDeleteBanyak lagi yang cantik Jue, kakchik cuma copy 5 gambar je. Kalau tengok dlm website dia, mashaallah...
Wa'alaikumussalam Nur.
ReplyDeleteha'ah betul. kakchik pun suka yg matching2 ni. kalau baju berbunga, selalunya match dgn tudung kosong. kalau baju kosong macam abaya ni mmg sng nak match.
Salam..kakchik..cantiknya abaya2 ni rupenyer..terdetik dlm hati untuk memilikinya..cewah..yang last skali tu cantik...rase mau beli..huhu..cuma pemakaian hjiab tu perlu di 'adjust'...
ReplyDelete