Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.
Oleh kerana semalam ada yang email kakchik tanya pasal benda yang digunakan untuk meninggikan sanggul rambut di bawah tudung, kakchik kongsikan di sini beberapa gambar pemakaian alat yang dipanggil HAIR FLOWERS atau HAIR CLIPS yang glamor di negara-negara teluk. Mereka suka pakai yang saiz besar-besar dan panggil style tutup kepala tu EMIRATI STYLE.
Kakchik sarankan JANGAN TIRU ya. Ini sekadar pengetahuan sebagai peringatan bersama selepas kakchik kongsikan tulisan tren terkini di kalangan wanita Malaysia semalam.
Sumber: http://hubpages.com/hub/Hair-Flowers
Sumber: http://projectsforyournest.blogspot.com/2009/04/flower-clips.html
Mashaallah... janganlah buat gini, hodohnya...
Diorang buat macam nilah untuk dapat efek macam gambar kat atas tu. MEMANG HARAM sebab sengaja mengubah apa yang Allah telah kurniakan.
Punyalah besar benda alah tu.
Jadi, beringat-ingatlah kita jangan sampai kita buat cara-cara berhias dan bercantik menyerupai cara-cara di atas. Sanggul tak tinggi macam ni pun masih lagi cantik apa... Allah memang dah jadikan wanita itu cantik, percayalah. Jadi jagalah dengan baik-baik agar kita selamat di akhirat nanti.
Sama-samalah kita ingat-mengingati. Wallahu'alam.
mmg hodoh pun kakchik. huhu..
ReplyDeletesalam kakchik..saya pun pelik kakchik nape org suka pakai..bukan cantik pun..Alhamdulillah hati nie x terarah ke situ..:)
ReplyDeletesalam kak chik, kalau kita ikat rambut kita yg panjang ni mcm biasa, tidak terlalu tinggi mcm yg gambar kat atas tu dikategori kan bole ke camne ye?
ReplyDeletewa'alaikummussalam nonie. di akhir zaman ni nonie mmg banyak yang pelik-pelik. mungkin mereka rasa cantik tambahan pula media menggambarkan demikian.
ReplyDeleteWa'alaiukummussalam Jue.
ReplyDeleteKalau rambut panjang tu dimaafkan rasanya asalkan kita tidak sengaja ikat tinggi.
Tatkala melihat dua posting di blog Cik Puan ini mengenai Projek Alpha dengan fesyen baru berbonggolkan unta di kepala tertanya di minda saya apakah pula pandangan terhadap bonggol unta yang boleh ditutup dengan bonggol unta yang dibiarkan sengaja terbuka?
ReplyDeleteOh ya saya baru selesai membaca buku mengenai Al-Maunah dan rasanya asas kepada penulisan skrip untuk hal ehwal semasa tidak wajar begitu sifatnya.
Nadiah, bukan hodoh je sebabnya tapi salah di sisi agama.
ReplyDeletethanaif, tak perlulah ber cik puan dengan kakchik ya. panggil kakchik macam orang lain cukuplah.
ReplyDeletekakchik rasa persoalan di minda thanaif itu thanaif lebih tahu dan arif untuk menjawabnya. pandangan kakchik mudah, bonggol yg boleh ditutup hilang dosa membuka rambut manakala bonggol yang sengaja terbuka itu dosa membuka aurat jika dia Muslim. kalau thanaif nak kaitkan dgn project alpha tu mereka semuanya bukan Islam.
Maafkan kakchik sebab tidak faham maksud berkaitan buku al-Maunah dgn asas penulisan skrip. Kakchik bukan orang sastera atau ahli agama. Tolong jelaskan ya.
salam kak chik..
ReplyDeleteselain dr klip bunga ni. sy pernah nampak gambar sanggul palsu yg dijual di fb..
yg penting Allah jdkan kepala kita ni bulat. cantik dah. x perlu nak dtinggikan. mcm ada ketumbuhan la pulak ;)
betul betul.kat sini kbnyakan dorg pakai bunga ni jugak bt sanggul jd besar.penah nmpk masa solat kt surau universiti.huhu~
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Irma.
ReplyDeletePasal sanggul palsu tu kakchik pernah dengar tapi belum pernah lihat lagi. Kreatif tak bertempat tu.
Ketumbuhan rambut, hehe... nak bagi orang ingat rambutnya panjang.
sizuka, kat new zealand pun dah dilanda tren ini? tak sangka.
ReplyDeletebukan bebudak Msia yg buat la tapi.hehe.student2 dari Bahrain/timur tgh yg kbnyakan bt cmni.huuuu~
ReplyDeletesizuka, mungkin student dari sana tu sudah biasa dgn pemakaian alat ini di negara mereka. negara2 teluk tu mmg meluas penggunaannya. entah apa ulamak mereka buat pasal isu berhias ni.
ReplyDeleteRasulullah s.a.w bersabda
ReplyDeleteyang bermaksud: “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan,
maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”
“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika
ReplyDeletekamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah
perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)
Allah telah berfirman dalam al-
ReplyDeleteQuran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat
wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
“Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan
ReplyDeleteorang-orang Jahiliyyah yang dahulu” (al-Ahzab: 33)
“Perempuan-perempuan tua yang telah terhenti haid dan mengandung, tiada
ReplyDeletekeinginan berkahwin lagi, tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan
adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (al-Nur: 60)
Allah telah berfirman yang bermaksud:
ReplyDelete“Katakanlah, api neraka jahanam itu lebih panas jika mereka mengetahui” (al-
Taubah: 81).
Dengan jelas Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Terdapat
ReplyDeletedua golongan daripada umatku yang terdiri daripada ahli neraka. Satu golongan,
didapati bersama-sama mereka itu, tongkat-tongkat yang sentiasa terhayunhayun
laksanan ekor lembu, lalu manusia dipalu dengannya; golongan yang
kedua, terdiri dari perempuan-perempuan yang berpakaian separuh bogel, pelacur-pelacur,
berkepala besar dan terkulai-kulai; mereka tidak mungkin masuk ke
syurga; baunya yang tidak mungkin mereka rasai; masakan mereka dapat
menyedut bauan tersebut sedangkan jarak jauh di antara mereka dengan syurga
melebihi ilma ratus tahun perjalanan”.
Salam kak Chik..
ReplyDeleteAkak pun tak faham kenapa ramai yg suka pakai bonggol besar2 tu...kat tempat kerja akak ada gak yg pakai macam tu tapi akak tak berani le nak tegur sebab yg pakainya orang atasan..bila akak nyatakan adalah haram menunjukkan bonggol rambut tu, ada yg mempersoalkan sbb mereka dengar di soaljawab di TV tidak haram memakai bonggol asalkan menutup aurat...boleh ke gitew kak Chik? orang yg berpengetahuan agama tu, famous lak tu..