Followers

17.5.10

Menonton Pertunjukan Fesyen Abaya

Assalamualaikum semua.

Hari ni kakchik ambil peluang menonton pertunjukan fesyen. Bukan selalu tau dapat peluang untuk menonton pertunjukan fesyen ni. Lagipun siapalah kita ni untuk dijemput hadir ke dalam majlis-majlis sebegitu kan?

Tapi tak pe... kakchik kan ada internet dan dalam internet ni boleh je kakchik cari video-video pertunjukan fesyen terutama fesyen pakaian yang kakchik minat seperti abaya.

Hari ni kakchik nak jemput teman-teman sama-sama dengan kakchik menonton Pertunjukan Fesyen Abaya Hanayen. Jom!


Huh, kalau tengok semua abaya-abaya tu cantik tapi kakchik tak yakinlah untuk memakainya hari-hari. Harganya tentu lebih dari RM500 sehelai tu. Dan satu lagi, kakchik tak setuju dengan cara wanita-wanita Negara Teluk memakai tudung kepala tu... belum memenuhi cara menutup aurat yang betul. Sebetulnya perlu labuh dari paras dada dan rambut tidak nampak. Itulah yang baru betul dengan cara Islam.

Kalaulah kakchik dapat reka fesyen abaya yang cantik-cantik dan gayakannya dengan tudung-tudung yang sesuai sebagai contoh kepada umum.... syukur tak terkira rasanya.

1 comment:

  1. cantiknya kat minit kedua tu... ^_^ huhu ni pkai jubah pon kna jalan lengang kankung mcm nk tcabut pinggang :P

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails