Followers

16.5.10

Selamat Hari Guru !

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.... SELAMAT HARI GURU!


Apa khabar teman-teman semua? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat dan sedang berehat bersama keluarga ataupun sedang sibuk bekerja seperti kakchik hari ni. Kepada kawan-kawan yang bergelar GURU kakchik ucapkan TAHNIAH sebab anda semua telah dipilih ALLAH untuk menyandang satu jawatan yang sangat mulia di sisi-Nya. Satu kerjaya yang bakal membawa kalian ke SYURGA jika kena caranya, insyaallah. 

Semoga teman-teman guru semua sentiasa kental dalam mendidik anak bangsa walaupun cabarannya semakin kompleks dari hari ke hari. Insyaallah, berkat keyakinan kita pada Allah yang kita sedang berusaha mendidik manusia menjadi insan, ditambah pula keikhlasan masing-masing, insyaallah penat lelah itu akan berbaloi bukan saja di dunia malah lebih penting di hadapan Allah nanti.

Kakchik teringat akan guru-guru yang telah mendidik kakchik sejak di tadika hinggalah sekarang ni. Malah kakchik sendiri pernah menjadi guru secara tak langsung. Mulianya mereka kerana telah mencurahkan segala ilmu dan kemahiran ke atas diri kakchik. Tanpa asuhan, bimbingan dan didikan mereka yang tidak pernah jemu, mungkin kakchik tidak sampai ke tahap ini.

Semoga Allah memuliakan semua Guru yang ikhlas dalam mendidik pelajar mereka.

5 comments:

  1. selamat hari guru utk semua guru di mana saja anda berada:)

    ReplyDelete
  2. sha, selamat hari guru utk sha w/pun sha bukan guru. tapi hakikatnya kita adalah guru kan.

    ReplyDelete
  3. selamat hari guru kak chik,kitapun guru gak..guru dalam kehidupan!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih BCP. Betul jugak tu.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik
    selamat hari guru juga untuk akak ek.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails