Followers

26.5.10

Kita semakin hilang budi bahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar hari ni? Apa khabar IMAN kita? Adakah makin turun, mendatar atau naik? Jangan merudum terus sudah la ya. Moga-moga kita sama-sama dapat nasihat-menasihati agar IMAN kita meningkat. Janganlah biarkan kita sorang je yang makin baik dan 'berjurus' sedangkan ahli keluarga dan teman-teman kita lalai dan leka. Tak baik macam tu sebab itu tandanya kita tidak bertanggungjawab kepada ahli keluarag dan masyarakat. So... hari ni, JOM kita buat lebih banyak kebaikan berbanding semalam.

Pagi ni kakchik nak sentuh sikit pasal BUDI BAHASA.

Gambar ihsan Laman Web Pusat Sumber Al-Ghazali, IPGM Kampus Pendidikan Islam

Sepanjang 5 tahun menjadi blogger ni kakchik sendiri melalui beberapa fasa perubahan dalam komitmen dan kandungan penulisan blog-blog kakchik. Sepanjang itu juga kakchik kenal dan bertemu secara maya pelbagai karektor orang. Ada yang peramah, sopan santun, tegas, kasar malah ada pelbagailah. Kalian pun boleh senaraikan.

Dari pengalaman 5 tahun tu yang paling ketara yang kakchik lihat perubahannya ialah semakin hari semakin ramai blogger yang mula hilang BUDI BAHASA sama ada dalam tulisan-tulisan di blog mahupun bila singgah di mana-mana blog milik orang lain. 

Maksud kakchik di sini ialah CARA KITA SAPA-MENYAPA di kotak jerit, shoutmix atau chatbox dan juga di kotak komen. Mungkin kerana sekarang ni ramai blogger yang muda-muda remaja di kalangan pelajar kolej dan universiti. Kakchik pulak dah 30an tentu kalian kata zaman berbeza, cara pun berbeza. TAPI kan, ISLAM tak pernah berbeza kan... BUDI BAHASA ni bukan saja adat resam Melayu atau bangsa lain tapi juga DIDIKAN agama kita iaitu ISLAM.


Kakchik agama-agama lain juga mengajar penganutnya tentang budi bahasa ni. Hormat-menghormati dan BERAMAH-TAMAH sesama kita. Barulah setiap perkenalan itu boleh dirasai kesan yang berpanjangan.

Contoh-contoh hilangnya budi bahasa:
  1. TIADA SALAM - bukankah kita dari kecil lagi sudah dididik bila ke rumah orang mesti memberi salam. Bukan susah pun... ASSALAMUALAIKUM! Satu nafas saja. Paling tidak, SALAM. Kalau orang bukan Islam boleh kata HAI atau HELLO. Salam itu tandanya kita mendoakan kesejahteraan kepada tuan rumah atau orang yang baru dikenali. Maaf ya sebab kakchik nak pinjam mesej yang ditinggalkan di shoutmix sebagai contoh agar dapatlah diubah. Kakchik pun manusia yang lemah iman tapi kakchik ada tanggungjawab sebagai teman untuk menegur. Semoga Allah permudahkan. Contoh:
    • singgah..
    • tumpang kentot
    • [link]
    • dan seumpamanya
  2. KURANG SOPAN - Sambil blogwalking tu kalau nak tinggalkan jejak, cek dulu siapa tuan rumahnya. Lebih muda atau lebih tua dari kita. Gunakan bahasa yang sesuai sebagai tanda kita singgah di blognya dan menghormati blogger itu sebagai tuan rumah. 
  3. MENCARUT - Entah kenapa akhir-akhir ni banyak betul blogger yang menggunakan bahasa mencarut ni. Kalau nak marah sikit tulis blog dengan perkataan-perkataan mencarut yang suatu ketika dulu hanya kita boleh dengar melalui filem-filem dari Barat. Tapi hari ni, lelaki atau perempuan, dua-dua macam biasa saja menggunakan perkataan-perkataan tidak baik itu. Lagi sedih bila penulisnya perempuan yang bertudung. Tiada cerminan kita itu perempuan Islam.


Mungkin ada banyak lagi tapi kakchik hanya tuliskan yang paling ketara saja. Sebagai orang Islam, kakchik malu dan sedih dengan perkembangan negatif ni. Berbudi bahasa adalah amat selari dengan didikan Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal mempunyai AKHLAK YANG MULIA. Bila kita tiada atau kurang budi bahasa, kita seolah-olah tidak minat atau mungkin masih JAHIL tentang agama kita sendiri.


Apa guna kita belajar tinggi, di kolej itu di universiti ini tapi bahasa kita tidak menunjukkan tahap akademik kita yang sebenarnya. Sekali baca hati terasa sedih dan berkata, "Inikah pelajar universiti kita hari ni?" Sepatutnya semakin maju negara kita, semakin canggih perkembangan akademik kita, semakin BAGUSLAH juga ADAB dan PERLAKUAN kita.

Untuk adik-adik terutamanya, kembalilah kepada Islam. Ambillah peluang usia muda itu untuk membetulkan akhlak dan halatuju hidup kita. MATI boleh datang bila-bila masa saja. MALAIKAT pun mencatat setiap apa yang kita sebut, setiap apa yang kita tulis. Biarlah catatan para Malaikat itu mengenai diri kita lebih banyak yang baik berbanding yang buruk. Bila banyak budi bahasa, insyaallah akhlak kita juga juga makin baik. Yakinlah, bila akhlak kita banyak yang baik, kalau kita mati sekarang, kita tidak mati SIA-SIA.

Maafkan kakchik di atas teguran di atas. Menegur kerana sayangkan teman-teman kerana Allah. Kakchik bukan ustazah, bukan juga orang yang belajar agama secara formal. Hanya seorang hamba Allah yang cintakan saudara seagama dan masyarakat kita yang berakhlak.

Allahu'alam.

9 comments:

  1. salam kak chik,
    Moga2 adik2 kita makin 'dewasa' dengan teguran ni.. :)

    ReplyDelete
  2. salam k.chik, tq mengingatkan..sejak teguran k.chik dkt entry mana ntah pasal salam tu, alhamdulillah sy dah buat entry bermula dgn salam..TQ k.chik

    ReplyDelete
  3. wa'alaikummussalam nur. harapnya teguran kakchik ni boleh diterima je.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam jue. you are welcome sis. alhamdulillah... bagusnya. terima kasih jue sebab sudi membuat perubahan yang positif.

    ReplyDelete
  5. bila pendidikan islam tidak diendahkan lagi.. maka lahirlah golongan bijak pandai tapi akhlak teruk... Astaghfirullah

    ReplyDelete
  6. jaga juga kehalalan makanan kita. Insya Allah diberkati...doa diterima, hidayah pun Allah bagi..

    ReplyDelete
  7. Syafrizal, pendidikan Islam sangat penting tapi penghayatan masih kurang. Ramai juga di kalangan mereka yang berpendidikan agama tapi akhlaknya masih serupa dengan mereka yang tiada pendidikan agama. Makan-minum pun zaman sekarang ni banyak yang fast-food, mgkn itulah salah satu faktornya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs