Followers

1.5.10

Selamat Hari Pekerja!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Selamat bercuti sempena Hari Pekerja! Kalau tahun 80an dulu orang panggil Hari Buruh tapi entah bila ditukar menjadi Hari Pekerja. Mungkin sebab perkataan 'buruh' tu kurang sesuai mewakili semua golongan orang yang bekerja. Macam buruh kasar je bunyinya.

Apapun, tentu semua orang gembira sebab dapat bercuti hari ni. Macam kakchik lah. Kan setiap Sabtu kakchik kerja tapi hari ni rezeki Allah takdirkan 1 Mei jatuh hari Sabtu, maka cuti hujung minggu pun jadi 3 hari. Alhamdulillah.

Dapatlah kakchik tumpukan hari ni dengan kerja-kerja berpindah rumah dengan lebih giat lagi. Bukan boleh buat sekali harung sebab yang bekerjanya hanya kami berdua. Jadi kenalah angkut sikit-sikit. Itupun kakchik amat berterima kasih kepada suami tersayang, cik abe, yang begitu banyak berpenat-lelah mengurus, mengemas, mengangkat, menyusun, menyapu, mengemop dll lagi. Terima kasih Yang! I love you!

Special untuk cik abe, hari ni kakchik sediakan dulang sarapan ini:

nasi goreng telur rebus + roti bakar + air teh 'o'

Nanti nak ke kedai menghantar kotak-kotak buku dan kalau sempat nak singgah di gerai buku kat stadium tu untuk bertanya khabar adik yang menguruskannya.

Sehingga itu, jumpa lagi ya. Wassalam.

4 comments:

  1. selamat hari pekerja, kak chik. gambar tuh buat sha teringat sha tak makan pg td. hehe.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari pekerja untuk Tukang Kata juga.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari pekerja Sha! Haa... jangan lupa sarapan ya. Sarapan bagus untuk kesihatan. dengarlah nasihat pakar, hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs